31 July 2013

2 Hari Lagi

Whoaaaa...
Dalam tak sedar tinggal dua hari lagi nak terbang.
Baju belum packing.
Tabiat pack last minute agaknya tak dapat dipisahkan lagi.
Persediaan raya korang macam mana?

10 July 2013

Merawat HERNIA/ANGIN PASANG Pada Bayi

Terlebih dahulu, sang faqir ingin memaklumkan bahawa setiap perkongsian dari sang faqir telah diringkaskan bagi memudahkan kefahaman, andai ada kekurangan pada maklumat yang dikongsi, maka sang faqir memohon maaf atas kedaifan tersebut. Sang faqir lebih suka 'membebel' di dalam kuliah untuk pengkhususan pada setiap keilmuan, supaya ianya lebih 'sampai' mudah-mudahan.

Adapun secara ringkasnya, permasalahan hernia atau angin pasang atau pasang surut antara yang lazim berlaku pada bayi lelaki, jarang berlaku pada bayi perempuan. Untuk permasalahan ini, ibu digalakkan memakan kurma, madu dan Habbatus Sawda' setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari, dan sebelum tidur malam, sukatannya :
1-3 sudu madu (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)
1-5 biji kurma (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)
1-3 cubit Habbatus Sawda (biji), 1-3 sudu (pati/minyak). (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)

Aturan pemakanan ini diamalkan sepanjang tempoh menyusu, elakkan pemakanan yang sejuk, contoh nasi dingin dan sebagainya.

Jika bayi diberi minum susu formula, pastikan semasa kocakan susu, tidak terlalu kuat, sehingga menghasilkan buih dipermukaan susu kerana ini akan mendatangkan gas beserta susu dan memberi risiko kembung perut yang berlarutan menjadi hernia kepada bayi tersebut.

Perlu diingatkan, kembung perut tidak semestinya hernia, tetapi hernia lazimnya akan disertai dengan kembung perut.

Lakukan urutan 2 jari pada bayi setiap kali selepas mandi terutamanya (jika boleh setiap kali melakukan penukaran lampin), diurut lembut dengan ibujari atau duajari dari ari-ari ke atas sebelum pusat(pastikan jangan melebihi pusat), sampai di pusat lakukan urutan pusingan lawan jam dari pangkal ulu hati ke sekeliling perut, sebaiknya juga dilakukan pada malam hari sebelum tidur.

Pastikan jika menggunakan minyak berangin, perut jangan didedahkan dalam jangka masa yang lama tanpa dibengkung, kerana akan membawa kepada risiko kembung + hernia.

Minyak untuk masalah hernia anak-anak, boleh dibuat sendiri, sediakan minyak zaitun atau minyak kelapa (tanak) kemudian dicampurkan dengan minyak H/sawda' dan sedikit bunga cengkih (yang telah diserbukkan), dikacau atau gaul hingga sebati, biarkan selama satu malam, keesokkannya sudah boleh digunakan untuk urutan, selain dari itu disapukan ke testis bayi tersebut (arah dari pangkal testis ke pangkal zakar).

Antara doa khusus yang boleh diamalkan semasa melakukan pengurutan adalah Ya Lathif, dizikirkan berulang kali semasa urutan dilakukan.

Pada minyak tersebut boleh dibacakan dengan Istighfar 21x, BasmALLAH 21x, Al Fatihah sebanyak 21x, Al Ikhlas 11x dan Selawat 21x, kemudian mohon hajat ke hadrat ALLAH Azza Wajalla. Semoga ALLAH memberi kesembuhan atas usaha dan ikhtiar ini.

InsyaALLAH, Tohour.

Wan Asrul Al-Aydrus

Terapi Islam Untuk Tingkatkan Imun Anak


MADU
 
Mengikut kaedah terapi Islam, tertumpu pada Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari Mengubat).Maka, saya menyarankan madu lebah, kerana antara kandungan dalam madu lebah adalah Biotin (vitamin H) dan 10-HDA selain dari beratus lagi zat-zat isian lain. Dua 'ejen' tersebut penting untuk kanak-kanak dalam memelihara tubuh dari serangan penyakit.Dosnya, dari bayi - 11bulan, diberi hisap jari kita yang telah dicelup madu(seperti tahnik), setiap pagi dan petang sebelum maghrib.Untuk 1 tahun - 3 tahun, satu sudu besar (sudu plastik), boleh juga dicampur dalam air suam, untuk menjadi minuman mereka.3 tahun ke atas, 3 sudu besar, sama ada ditelan tanpa air, atau dicampur dengan air.InsyaALLAH, semoga ALLAH melindungi sekalian yang beramal dengan janjiNYA.
 
 Madu yang saya syorkan adalah Madu Fateh, kualiti dan kesannya telah terbukti, saya tidak syorkan madu tualang, kerana cecair melebihi pepejal, tidak begitu sesuai untuk anak kecil, kerana bukan semua anak kecil boleh menerima Glutamine di dalam madu tualang.

Madu yang disyorkan adalah madu dari timur tengah, seperti yang saya syorkan di atas, kerana fungsi pepejal melebihi cecair, kerana mengandungi unsur namlik (zat asid dalam membanteras kebusukan dan kerosakan), ini adalah kerana habitat lebah tersebut, yang berada di tempat yang panas dan kering.
 
Rasulullah S.A.W bersabda “ Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka dihindari dari penyakit berat” (Riwayat Abu Hurairah ra )
 
Antara tips untuk beri anak pemakanan sunnah, khasnya madu, boleh dicuba jadikan madu sebagai jem dengan roti, atau paling tidak dicampurkan ke dalam air putih, diberi minum, lama-kelamaan mereka pula akan meminta setiap hari inginkan menu tersebut, insyaALLAH.

Cuma, sebagai Muslim, antara kaedah yang boleh dicuba, sebelum kita tidur malam, kucup dahi anak kita yang sedang tidur, sambil membacakan Ya ALLAH Ya Rahman sebanyak 11x, kemudian tiupkan ke ubun-ubunnya, insyaALLAH, akan terbuka hati dan keinginan mereka pada segala hal-hal kebaikan.

Sebaiknya setiap hari, kerana ianya bersifat lebih kepada pencegahan berbanding perawatan.

Seperti mana hadith sohih yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Bin Imam Ahmad dari Abdullah Bin Muhammad dari Muhammad Bin Ubaid, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

'Hendaklah kamu SELALU berubat dengan dua penyembuh, iaitu AlQuran dan Madu'

Mustolah dari hadith ini bermaksud, AlQuran itu untuk masalah rohani, Madu itu untuk masalah jasmani.

Berubat yang dimaksudkan itu diisyaratkan sebagai mencegah.


Adapun berkaitan dengan clostridium botulinum atau botulism bayi ianya adalah berkaitan dengan spora yang tidak bersih pada kaki lebah yang membawa parasit atau bakteria yang tidak boleh diterima usus bayi tersebut.

Disebabkan itu, Terapi Alamiah mementingkan dos. Perlu kita faham, perihal CB ini adalah kajian pakar pemakanan kanak-kanak, dan ianya dikaji ke atas kanak-kanak yang sudah bermasalah, laporan penuh tidak pernah dinyatakan berkaitan hal ini, hanya memperihalkan tentang MADU ADA KANDUNGAN CB, IANYA TIDAK BOLEH UNTUK BAYI. Bagi saya, ianya tidak adil.

InsyaALLAH, dengan dos, yang saya kongsikan, tiada apa-apa kemudaratan kepada usus bayi tersebut apatah lagi tentang lumpuhnya bayi tersebut.
mencampurkan susu bersama madu dilihat pada dua sudut. Pertama, ianya bukan amalan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Keduanya, jika melihat prinsip unsur alamiah, kedua-duanya mempunyai unsur yang panas, apabila dicampur akan menghasilkan zat yang aktif atau boleh jadi hyper, yang tidak sesuai dalam kebanyakkan keadaan.

KECUALI, ianya digunakan untuk terapi pemulihan, iaitu bagi mereka yang menghidap masalah usus, iaitu mukoid telah menempel di dinding usus, yang mengakibatkan sembelit, tidak lawas dan seangkatan dengannya.

Kalau boleh amalkan menelan madu, 10minit kemudian baru minum susu. Itu kaedah yang terbaik agar tidak memberi beban kepada fisiologi perut dan usus. (Bagi mereka yang tiada masalah berkaitan perut dan usus).

 Madu 'pantang' disimpan dalam peti ais, kerana sifat madu adalah menyerap, jika diletakkan dalam peti sejuk, maka kesan aktif haba madu akan hilang, dan secara autonya, khasiat madu 'lenyap'.

kalau ikut prinsip alamiah, selagi sesuatu bahan itu tidak terdedah kepada sesuatu atau keadaan yang boleh lemahkan unsurnya, selagi itu tidak akan rosak.
Tetapi menjadi salah satu syarat farmasi, setiap ubat atau makanan tambahan yang dibotolkan perlu dilabelkan tarikh pembuatan dan tarikh akhir atau luput.

Madu, antara bahan alamiah yang tidak ada tarikh luput selagi bahan aktifnya tidak terjejas, terjejasnya bahan aktif madu, seperti simpan di dalam.peti sejuk, direndamkan botol berisi madu ke dalam bekas air, didedahkan ke cahaya matahari dan lain-lain lagi.



HABBATUS SAWDA
 
Untuk sukatan Habbatus Sawda bagi bayi, yang berusia kurang dari satu tahun saya lebih menggalakkan diberi dalam bentuk minyak berbanding serbuk atau biji kerana ianya agak kurang sesuai untuk Esophagusnya (saluran atau rongga pengangkut makanan).

H/Sawda ada 3 jenis, iaitu:

Nigella Arvensis. (Ini jenis yang kecil dan tidak sesuai untuk perubatan, lazimnya digunakan untuk masakan dan inilah yang selalunya dijual di pasaraya - Pn Siti Noraisah Bahjuri)

Nigella Damascena.( Ini adalah jenis yang digunakan untuk Landskap dan tidak sesuai untuk perubatan malahan untuk kesihatan, lazimnya mereka yang berada dalam bidang landskap tahu dan kenal bahanan ini, bunga dan pokoknya yang cantik, bijinya seakan-akan Nigella Arvensis)

Nigella Sativa. (Jenis ini yang sebenarnya untuk perubatan, saiznya besar dan lebar, minyak asirinnya tinggi dalam pengaktifan sistem imun dalam tubuh).

Begitu juga dengan minyak atau pati H/Sawda, perlu berhati-hati, penghasilannya perlu cold press, dan itu adalah yang jenis Gred A. Adapun ianya akan turun ke gred C, jika peniaga kurang jujur dengan mencampurkan minyak kapas ke dalamnya untuk memperbanyakkan minyak tersebut.

Jika Pn2 sekalian merasa bimbang dengan jawapan saya ini, dan inginkan minyak @pati H/Sawda yang diyakini asli, boleh order dari saya (Maaf, ini bukan promosi, cuma sekadar makluman). Klinik saya ada menjual Pati H/Sawda yang diyakini kualiti dan grednya.
 
Adapun dos untuk seisi keluarga, secara ringkasnya(menggunakan minyak/pati):
umur 1hari - 6 bulan (diberi hisap jari telunjuk yang telah dicalit sedikit minyak H/sawda)

6bulan - 11bulan (diberi 1/4 sudu teh)

1tahun - 2tahun (1 sudu teh)

3-5tahun (1sudu dan setengah sudu teh)

6 tahun ke atas ( 1-3 sudu teh).

Amalan ini diamalkan setiap pagi sebelum sarapan.
 
Untuk H/Sawda dan madu, adalah antara bahan alamiah yang 'alah' dengan unsur sejuk, kerana ianya akan melemahkan unsur thymoquinone (zat aktif dalam H/sawda) dan maltose(zat tenaga dalam madu), jadi, ianya kurang sesuai dicampurkan dengan ais krim.

Adapun bahan-bahan campuran sebegitu banyak dalam pasaran, ianya elok, tetapi kontranya disitu, kita tidak tahu atau kurang pasti bahan manakah lebih aktif dan adakah pembuatannya mengikut prinsip pembuatan alamiah. Sebaiknya kita buat sendiri atau beli dari Ahli Terapi yang boleh menjelaskan secara terperinci.

Minyak H/sawda boleh digunakan untuk sapuan, cuma tidak digalakkan untuk bayi dibawah 1 tahun, kerana bimbang bahan aktif di dalam H/sawda tidak sesuai dengan kulit bayi, terutama yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Adapun ianya sesuai digunakan.untuk sapuan kepada wajah (dewasa) yang bermasalah dengan jerawat, jeragat dan kulit bermasalah, cuma pastikan pati yang asli, kerana jika pati yang telah dicairkan, sama ada ianya kurang berkesan atau akan menambahkan lagi masalah kulit tersebut.

Ramai peniaga hari ini mengambil kesempatan untuk tujuan membanyakkan stok dengan menambahkan minyak kapas ke dalam pati h/sawda sehingga kesan sebenar h/sawda menurun atau hilang terus.


 

EVOO (EXTRA VIRGIN OLIVE OILSelain itu boleh juga menggunakan EVOO, extra virgin olive oil(minyak zaitun) disapukan ke tubuh anak (sapuan nipis) setiap kali selepas memandikan anak, dan sebelum anak tersebut tidur. Kita yang dewasa juga elok mengamalkannya, kerana ianya sunnah fiiliyyah(perbuatan) Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam dalam sepanjang kehidupan Baginda.
Tentang zat dan khasiat minyak zaitun, panjang penghuraiannya.
InsyaALLAH ada masa dan kesempatan, saya yang jahil ini akan berkongsi akannya.
Maaf, jika ada kekurangan.


Palestine EVOO adalah yang terbaik di dunia kerana pokok zaitun di sana adalah yang paling tua di dunia. Sebab itu, sekarang tentera zionis sedang rancak membakar ladang zaitun Orang Islam Palestin di sana, salah satu ianya mahal adalah kerana stoknya yang memang susah untuk diperolehi berikutan isu Gaza sekarang selain dari kualitinya yang memang terbaik.

Kedua terbaik adalah Syria dan Tunisia serta Turki.



Sumber : Wan Asrul Wan Al-Aydrus

05 July 2013

Bertimpa-timpa

Dugaan dari Allah.
Anak sakit.
Motor suami kena curi.
Badan tak sihat.

Ya Allah,semoga kami tabah menghadapi Ramadhan yang akan tiba.

Tatacara Memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari).


 Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Bayi perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. ...Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau gel mandian yang sesuai.

Seterusnya disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.

Semasa menyiramkan air ke dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.

Pastikan siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Siraman seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses 'luruh' tali pusat.

Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).

Sapuan perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.

Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut.


Wan Asrul Al-Aydrus

03 July 2013

Sofea Demam

Anak demam,mak tak ada mood.
Dah masuk 4 hari Sofea demam gara-gara tiga gigi geraham berebut-berebut nak tumbuh.
Bila tengah malam,badannya mula panas.
Setiap sejam merengek.
Sambil tu batuk pula.
Bila batuk,terus muntah dengan kahak.
Kesian tapi itulah sebaiknya dari biar kahak berkumpul.
Sedihnya tengok.
Makan tak ada selera,minum susu tapi muntah balik.
Nasib baik dia suka minum air kelapa dan air barli.
Lap badan,jerlum dengan asam jawa.
Itu jela ubat demam dia sekarang.