19 December 2011

Kirimkan Bukan Sedekahkan

Mungkin sebelum ni ada yang terlupa atau tak pernah tahu

baru-baru ni saya ada tengok rancangan Tanyalah Ustaz
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sangat hebat

siapalah kita nak sedekahkan al-fatihah kepada Baginda
kita seharusnya mengirimkan salam atau al-fatihah
salam yang diberi haruslah disebut sepenuhnya
InsyaAllah salam dan doa yang dikirimkan akan sampai kepada Baginda

Hebatnya

Subhan'Allah

bertuahnya orang yang bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW
sesungguhnya, syaitan tidak mampu untuk menyamar sebagai Nabi Muhammad SAW
oleh itu, apa yang dimimpikan adalah benar dan merupakan satu petunjuk

semoga kita dapat perbanyakkan amalan agar mendapat hidayah sedemikian
Amin

Petua Memudahkan Bersalin.

Ini ada lagi saya nak share, info ni pun dari sini juga
silalah like fan page tu supaya sentiasa dapat info yang menarik


macam biasa, bakal mommies ni kena banyak membaca baru banyak pengetahuan

  • Amalkan baca Surah Yassin disertai niat da doa sepanjang tempoh kehamilan
  • Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus
  • Amalkan minum air lebihan suami
  • Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi
  • Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan, ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat
  • minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi
  • kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi
  • minum sesudu camca teh minya kelapa buatan sendiri sejak usian kandungan 6 bulan. Amalkan seminggi 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan setiap hari
  • bagi kulit bayi yang putih/bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya
Wallahualam..

Nama-nama anak yang kurang sesuai

Salam semua, malam ni saya nak share sesuatu
info ni saya amik di sini

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI..



18 December 2011

Ini Adalah Amanah

sepanjang mengandung ni, banyak benda buat saya berfikir panjang
bayi dalam rahim ni adalah amanah dari Allah
kadang-kadang terlepas mulut ni mengeluh kesakitan
lupa yang saya antara hamba Allah yang terpilih untuk pegang amanah besar ni
Anugerah Allah yang tak ternilai

sedih bila ada yang sanggup buang bayi merata-rata
nyawa dibuang macam sampah
dalam hati tertanya-tanya, dorang tak menyesal ke
takkan sikit pun tak rasa berdosa
masing-masing ada pegangan agama

untuk yang belum ada rezeki lagi, InsyaAllah, Allah ada rancangan yang terbaik untuk kita
jangan mengeluh, jangan menangis
sentiasa berdoa, usaha dan tawakal

sekarang ni banyak info kita boleh dapat untuk cara-cara nak mengandung
rajin-rajinlah membaca
jangan malas

apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya
tak dinafikan, rasa sedih bila dengar kawan-kawan yang mengeluh belum ada rezeki
ada yang menangis sampai kering air mata
ada yang hampir-hampir putus asa
tapi kita kena ingat
siapalah kita untuk pertikaikan urusan Allah

kawan-kawan,
saya sentiasa doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki
semoga doa kawan-kawan dimakbulkan
semoga kita sama-sama dapat menikmati saat menjadi ibu
InsyaAllah

Tinggal Sikit Lagi

apa yang tinggal sikit lagi???

barangan baby tinggal sikit lagi nak beli
barang untuk masa bersalin dan lepas bersalin belum beli lagi

kena ingat ada juga yang bersalin masa 7 bulan
bukan mengharap tapi berjaga-jaga
sebagai persediaan awal

sekarang ni pun dah merasa sakit belakang, sakit kaki
larat lagi ke nak membeli kalau dah 9 bulan
nak harapkan siapa pula membeli masa tu

hubby pun dah pesan awal-awal, hujung bulan ni beli apa yang tak cukup lagi
saya dah target tempat nak borong ~ Jusco !!!
kat sana banyak pilihan, harga pun dah survey
kalau kat Tesco atau Giant banyak stok yang takda
kat kedai-kedai barangan baby pula rasa tak best nak shoping
entah kenapa, rimas rasanya dengan sales assistant

15 December 2011

Sakit belakang lagi

memang normal kita rasa sakit belakang bila kandungan dah masuk 28 minggu
ini disebabkan perut makin membesar, badan kita pun tertolak ke depan
jadi, urat belakang akan menjadi tegang

kena ingat, sakit macam ni tak boleh urut sesuka hati
takut beri kesan pada kandungan
ada setengah orang guna air atau minyak selusuh
kebanyakannya guna cara kampung
kalau kita mengadu kat doktor pun, dorang cakap tak boleh nak buat apa sebab benda tu normal
saya pula guna ubat yang mak mentua bekalkan

lagi satu, cuba mommies cek tempat tidur
ini tips saya sendiri untuk hilangkan atau kurangkan sakit belakang
sekarang ni takda maknanya nak pakai tilam yang empuk, mahal atau berspring
semalam buat keputusan nak pakai tilam lain
lagi sedap tidur tilam yang biasa
tilam yang apek jual pakai lori tu
semalam tidur sangat selesa sebab tilam tu ikut bentuk badan kita
span pun tak tebal
agaknya lagi sedap kalau dapat tidur pakai tilam kekabu
lagi satu masa tidur eloklah pakai stokin supaya badan tak masuk angin

lagi satu, tinggikan sedikit bantal tapi jangan sampai terkehel leher pula
insyaAllah dapat tidur lena
selamat mencuba !!!

Mommies admitted again!!!

Alhamdulillah, baru discharged HTAR semalam
admitted sebab baby kurang gerak 10 kali dalam 12 jam
dalam masa yang sama perut asyik mengeras
siapa yang tak risau kan
13 dec tu baru lepas check up kat KK, nurse cakap kalau perut mengeras adalah tanda-tanda bersalin
Ya Allah, awalnya si kecik nak tengok dunia luar

sepanjang nak tunggu habis waktu kerja, hati risau sangat
macam-macam yang difikir
kalau bersalin awal, macam mana nak jaga baby pra matang
barang-barang baby pula tak complete lagi
rasa nak nangis pun ada

petang tu call mak kat kampung, dia pun terkejut
dia tanya ada keluar darah tak, rasa mengeras tu datang dalam berapa minit
darah tak keluar, cecair pun pun tak keluar
perut mengeras datang setiap 30 minit
sakit belakang ni hanya Tuhan yang tahu
rasa nak pitam pun ada

0930 mlm~
sampai di HTAR, mula-mula pergi kecemasan tapi staff kat sana cakap kalau kandungan 6 bulan ke atas kena pergi kaunter bersalin
lepas daftar masuk, nurse suruh salin baju hospital
urmmmm,,,, dalam hati fikir, 'kena admitted ke'

selepas tukar baju, doktor mulakan prosedur rawatan
macam biasalah, dia tanya kenapa datang hospital, last period bila, sekarang kandungan dah berapa minggu, bla,,bla,,,
pada hal semua rekod ada dalam buku pink

10 mlm~
doktor suruh baring kat katil, nak cek denyutan jantung baby
lepas tu masukkan satu benda kat bawah, tak tau nama apa
doktor seluk untuk tengok bukaan cm
drip satu botol sebab doktor cakap tekanan darah agak tinggi
mungkin sebab takut nak bersalin
dah habis drip, doktor suruh masuk bilik ultrasound, nak scan kandungan
Alhamdulillah, semua ok
kadar denyutan jantung, berat, ukuran, air ketuban ok

12 mlm~
doktor tu tanya, dah puas hati ke dengan pergerakan baby
dia cakap kalau tak puas hati, dorang suruh masuk wad
sedikit kecewa dengan doktor ni, sepatutnya dialah yang buat keputusan macam mana
lain lah kalau saya ni dah pernah mengandung
ni first baby, mana ada pengalaman langsung

selesai proses kemasukan wad, hubby balik rumah
dalam hati berdoa supaya tak lama duduk wad, dapat tidur lena, baby takda apa-apa

14 dec @ 6 pagi~
nurse kejutkan untuk ambil tekanan darah dan denyutan jantung baby
sepanjang pagi tu puas la ditanya-tanya oleh doktor pelatih
tanya soalan yang sama, berulang-ulang
memang hebat HTAR ni, ramai sangat doktor pelatih tapi takda pula rawatan susulan atau nasihat
bila kita mengadu sakit, dia tak buat catatan pun
nak tunggu doktor pakar baru ada keputusan

11 pagi~
doktor pakar cakap dah boleh keluar wad petang
dia suruh monitor di rumah saja
kandungan belum masuk 28 minggu jadi dorang tak boleh buat apa-apa
boleh macam tu pula

0730 ptg~
selamat sampai di rumah
sempatlah tengok cerita 'tentang Dhia'
harap-harap ni kali terakhir masuk hospital sampailah tiba masa untuk bersalin

kepada mommies semua,

please alert pasal baby kurang gerak ni kalau kandungan dah masuk 28 minggu
masa kita buat check up pun, doktor atau nurse mesti dah suruh kita mula mengira pergerakan bayi dalam masa 12 jam
kalau kurang 10 kali gerakan, cepat-cepat pergi hospital
kalau ada keluar darah atau cecair, pergi hospital juga
ni atas nasihat doktor masa di hospital

anak mama,

tunggu cukup bulan baru keluar dari perut tau
jangan nakal-nakal
semoga jadi anak yang baik
InsyaAllah

13 December 2011

Muntah???

sekarang dah 27 minggu 5 hari.
kenapa tiba-tiba termuntah ?
rasa morning sickness kembali lagi.
sepanjang hari ini terhidu bau busuk je.
makan pun takda selera.
dulu mak buyung ni lah yang berebut -rebut ambil lauk di cafe.
lepas makan nasi mesti beli buah atau aiskrim potong.

oh, janganlah morning sickness pula.
time -time sakit pinggang ni, sakit belakang lagi.
tengah risau baby kurang gerak, perut mengeras pula.
satu pakej!!!

Risau !!!!

anak mama,

jangan nakal-nakal tau.
mama tengah risau ni bila doktor cakap mama berisiko bersalin awal sebab perut asik mengeras.
perut mengeras tu tanda-tanda nak bersalin.sekarang dah masuk 7 bulan, posisi kepala baby ke bawah.
dah dua malam tak dapat tidur lena.pusing kiri kanan pun tak selesa.apa lagi kalau posisi menelentang.
doktor pesan kalau perut mengeras lagi, cepat- cepat pergi hospital.
pergerakan baby pun kurang.
sebelum ni aktif sangat.sampai berombak-ombak perut mama.
janganlah keluar time ni..tunggulah cukup bulan.tak lama lagi due date tu >> 9 Mac

sekarang sakit belakang makin menjadi-jadi.
macam urat saraf kejang pun ada
dah banyak kali baring tapi takda perubahan pun.
rasa nak terbang balik rumah.
rasa nak nangis pun ada.
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

12 December 2011

Keadaan janin ketika ketika al-Quran dibacakan.mp4

Panggilan Misteri

Selamat Ber'public Holiday utk warga S'gor :)


pagi-pagi ni nak cerita yang tak best.
Pukul 5 pagi tadi ada seorang hamba Allah ni telefon.
Bila kita jawab dia tak nak cakap pula.
Yang dengarnya nafas turun naik
Off hp~
Bila on keesokkannya dia buat video call pula.
Video apa
Video gila seks!!!

Nak kejutkan hubby rasa kesian pula, dah la dia tseksa diserang migrain


Last2 buat mode silent, call lah berapa ratus kali, ada ku kesah?
sampai buat entri ni pun mamat tu still keep in calling
lantak laahh!!
kalau sampai petang tak serik lagi, memang patut ada yang bertamu di balai polis nanti

11 December 2011

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Salam pagi Sabtu penchenta semua

pagi-pagi ni gigih bangun awal sebab nak goreng cempedak
sekian lama mengidam akhirnya jumpa buah cempedak di Tesco
rasa nak melompat bila nampak buah cempedak.
biasanya time mengidam ni, dorang dengki..masing-masing nak menyorok.

buat bekpes sambil tengok rancangan Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Zaharuddin.
tak dapat nak share sini sebab tak tengok sepenuhnya. nanti salah info pula.

layan cempedak goreng sambil online FB.sedar-sedar dah habis.huhuhu
kesian la orang tu yang dapat makan sebijik je.
lepas ni nak bersiap-siap sebab nak pergi kenduri kat Senawang.
esok cuti, lusa pun cuti lagi.
yihaaaa!!!

06 December 2011

Hari Asyura

Salam 10 Muharram 1433H semua..

Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

04 December 2011

sob..sob..

kecewanya arini..
dah la duduk rumah 2 ari x 24 jam
sales yang ditunggu-tunggu melepas macam tu je
TAK PERGI PUN !!!
semalam hubby keja, harini takda transport pula

call member opis lama, niat nak minta tolong belikan
lambat beberapa minit, dia dah balik rumah
waaaa.....

lepas tu dia cerita best sangat
orang ramai!!!
parking jauh !!*ok,ni tak best
barang murah-murah !!

oh, kecewanya!!
mak buyung ni dah buat list awal-awal lagi
nak beli pampers, baby wipes dan toiletries
tapi semua hanya dalam mimpi....


kecewa100X




03 December 2011

Oh Kampungku!!!!

tiba-tiba teringat kampung sendiri
atau lebih tepat RINDU !!!
bukan tak pernah ingat, kali ini terlebih ingat

kalau time sekarang ni, mesti mak tengah sebok-sebok suh adik sediakan makan malam
anak-anak buah pula melekat depan tv
sambil-sambil tu saya dengan hubby borak dengan mak
oh, bestnyaaa!!!
masa tu mak akan bercerita kat mana tempat memancing paling best, yang banyak ikan puyu besar-besar
biar pun dia tau anak dia ni tak minat memancing tapi minat makan ikan puyu bakar *tiba2 telan air liur
sambil borak tangan mak bizi la buat kraftangan dia pakai plastik terbuang

kalau boleh, nak juga tulis surat untuk Pak Najib
nak buat permintaan supaya dia buat highway dari KL sampai Sabah

Menjaga Tali Pusat Bayi

Hai Mommies semua!!

entri kali ni nak share macam mana nak jaga tali pusat bayi.
tali pusat bayi yang baru lahir selalunya akan kering dan sembuh dalam masa 10 hari dan 3 minggu.

mula-mula tali pusat akan berwarna putih hingga kuning dan sedikit demi sedikit menjadi lebih gelap dan menjadi warna hitam sebelum tertanggal.

jangan merendam bayi di dalam air, berikan mandian span sehingga tali pusat tertanggal.
doktor mencadangkan para ibu untuk membersihkan kawasan tali pusat dengan alkohol.
selain itu, boleh juga disapu dengan kapas atau tisu yang beralkohol.

penting!!!
pastikan kawasan tali pusat sentiasa bersih dan kering.
jauhi lampin bayi daripada kawasan tali pusat sehingga tali pusat tertanggal.
para ibu haruslah mencuci tangan sebelum dan selepas mencuci tali pusat atau menukar lampin bayi.
jika tali pusat berbau busuk, menjadi merah atau kekeringan, sila rujuk pada doktor, kemungkinan dijangkiti kuman.

Kek Buah

saya suka makan!!!
bila nak makan, kena lah masak

harini pagi-pagi lagi bangun terus pergi dapur, tak sabar nak buat kek

resepi takda sebab saya guna tepung yang dah siap campur, jenama Nago
hanya tambah 3 biji telur dan 100g butter *jujur kan saya :)


saya masak guna periuk ni, tggl 5 minit lg nak masak!!!

taraaaaa,,,,








    Tempat Mustajab Berdoa

    apabila melihat baitullah (kaabah) di Makkah
    ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah
    di dalam Kaabah
    di sisi Multazam dan Hijr Ismail
    ketika melihat masjid Rasulullah SAW di Madinah
    di sisi telaga zamzam
    di atas Bukit Safa dan Marwah
    di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s
    di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijah
    di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah
    di Mina pada hari Tasyriq
    di dalam masjid
    di sisi Jamratul Aqabah pada 11, 12, 13 Zulhijjah

    Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat ( Ustaz Ismail Kamus)

    01 December 2011

    sakittt

    dah dua hari sakit belakang
    sakit sangattt!!!
    tak boleh duduk lama-lama

    ni baru 6 bulan, belum 9 bulan lagi
    urmmm,,,,,