31 October 2011

Mimpi Bersalin Awal

Assalamualaikum semua..
*tiba-tiba pula mod peramah arini

wah,wah,wah.. tak jangka boleh mimpi bersalin awal.harap-harap sekadar mimpi.
Padahal malam tu basuh kaki macam biasa juga.hahaha

Bila ingat balik rasa best pula mimpi tu.
Memula rasa sakit sikit ..lepas tu bagi tau kat akak,rasa nak bersalin.
Baru nak gerak pegi hospital baby dah keluar kat rumah.
Time tu berdua dengan akak, yakin pula dia boleh buat sebab dia study bidang medical walaupun bukan bahagian bidan.
Lepas jahit , kami sama-sama mandikan baby.masa nak angkat baby rasa lembut je.auwww..
Yang peliknya, jahitan tak rasa sakit pula .
Masa mandikan tu sempat tengok muka baby.mata macam sape,hidung mancung ke tak. tapi yang pastinya bulu mata lebat macam papa dia.masa ni juga baru tau baby ni boboi..hohoho..

dah siap mandi, teringat pula yang baju baby tak basuh lagi.rasa menyesal sebab tak basuh lepas beli.tak patut betul !!
Nak tak nak terpaksa pakaikan apa yang ada.

Tiba-tiba muncul pula hubby.dia tak tengok baby lagi terus suruh dia belikan susu formula sebab takut baby lapar.
Sempat mengadu kat hubby pasal barang-barang baby tak cukup lagi.hik..hik.hik.

Entah macam mana boleh datang satu watak yang tak dikenali dukung baby saya.dia cakap kena bawa baby pegi hospital.alasan orang tu baby say tak sihat sebab mata dia berkelip-kelip.aik??
apakah semua ni??

Mimpi memang tak pernah ada ending kan..time tu jugalah jam loceng nak berbunyi.ish, potong jalan cerita betul lah..rasa sedih pula sebab tak dapat lama-lama dengan sikecik.

Bila dah terbangun, rasa mimpi tu ada pengajaran pula.
~ jangan ada rasa takut nak bersalin biar pun hakikatnya memang takut dari dulu lg.
~ barangan baby yang basic mesti dah complete sebelum masuk 7 bulan ni.bukan nak minta bersalin awal tapi kuasa Allah tak sapa yang tau.

Sebelum pegi kerja sempat cerita kat hubby, dia senyum je sebab mimpi dia aritu lagi dahsyat kot.dia cakap lepas baby pakai baju terus boleh merangkak padahal saya baru lepas bersalin.
Macam- macam la..
Apa-apa pun, tak sabar tengok sikecik ni lahir ke dunia.




25 October 2011

DIY Gubahan Mas Kahwin

 tak sempat nak snap gambar dari awal-awal buat gubahan ni.
mana nak sempatnya kalau start buat pukul 12 malam.
pagi esoknya dah nak nikah.
siapa suruh buat last minit kan.
tapi biasanya ,masa buat last minit ni idea datang mencurah-curah... 

ok, mari kita belajar semula.

bahan-bahan:
1. bingkai gambar 
2. kain alas*sy guna alas dulang
3. dua  jambak bunga ros pink kembang
4. satu jambak bunga ros cream kembang
5. stand untuk cincin
6. dulang
7. bunga kecil
8. sepasang rama-rama
9. glue stick
10. semangat kerajinan*ni yg penting.hehehe


cara-cara:
1. lekatkan kain alas di atas dulang.
2.gunting tangkai bunga mengikut kesesuaian
3. lekatkan bunga secara selang seli antara warna pink dan cream.~ ikut kiraan: 3 kuntum pink,1 kuntum cream
4.untuk bingkai mas kahwin pula, lekatkan bunga kecil rapat-rapat di bahagian kanan bingkai.
5. seterusnya, lekatkan sepasang rama-rama di sudut kiri bingkai.
6. akhir sekali,susun mas kahwin dan cincin mengikut citarasa anda.
pastikan mas kahwin tidak dilindungi oleh stand cincin atau bunga di tepi dulang.
kalau boleh jangan hias kotak cincin anda, boleh mencacatkan efek kemewahan.bleh giteww??

  

close up sikit


bunga-bunga kecil dah jatuh sikit-sikit.ni mesti ada tangan yang pegi usik.


gabungan bunga rose fuschia pink dan cream




DIY Bunga Tangan??



bunga tangan masa akad nikah sy buat sendiri.
sangat senang.
  • mula-mula, beli dua jambak bunga lepas tu ikat sekali.*tak kisah la nak pakai getah atau tali plastik.~dalam sejambak tu ada 5 kuntum bunga.kalau korang nak lebihkan pun tak apa.
  • semua daun tarik kat bahagian bawah.
  • manik mutiara tu boleh cari di  kedai barangan hantaran lepas tu gamkan dengan tangkai bunga.
  • kat tangkai tu pula balut dengan span supaya nampak gebu dan tebal.
  • akhir sekali,balut la dengan reben warna senada.
dah siap!!!
senang kan??



nampak tak?
 cantik je bunga tangan tu landing atas tanah.

Untuk Tatapan Bersama







aminnnn..









paling suka pic ni.nampak bahagia n sopan <(".")>


L.O.V.E you too..

24 October 2011

20 weeks

sekejapnya masa berlalu.
sedar-sedar si kecik dalam perut ni dah 5 bulan.
masa trimester pertama, nak sangat masa berlalu dengan cepat.
tak larat nak layan morning sickness.

~length10. 5 in | 26. 5 cm
~weight10. 5 oz | 300 g

 
ini hasil google dalam pregnancy.baby-gaga
patut la perut dah rasa senak.
saiz si kecik dah 26.5cm.
dah tak boleh jalan laju-laju.
nak bercakap pun rasa semput.

debaran bersalin kejap datang kejap pergi. ^____^.
jika dizinkan-Nya, ada 4 bulan lagi nak bawa perut ni.
InsyaAllah..

persediaan barangan baby dah siap dalam 30%.
scan baby pun belum buat lagi.
sekarang ni tengah berdebar-debar tunggu check up 1 Nov nanti.
mana tau berat makin bertambah pula.

Diana Amir Manis Bertudung

cantikkan dia?
terus terang dulu tak suka tengok dia.apa lagi masa dia berambut ala tomboy.
sekarang...speechless !!!!
dia dah berhijab.tutup aurat sepenuhnya.harap-harap berterusan.InsyaAllah.

p/s:lepas bersalin nanti saya nak dress macam dia.hik..hik..

20 October 2011

Alliance Cosmetics Warehouse Sales - Oct 2011


korang nampak tak?nampak tak?? sila jawab nampak.
ni bukan tipu-tipu punya.
memang betul.
ofis buat warehouse sales hujung bulan ni.
satu je nak cakap dengan korang, RUGI BESAR KALAU TAK DATANG.
setahun sekali je ni.

laparnyaaa.....

ikutkan hati nak je bekpes nasi pagi tadi tapi bila ingat pesan nurse semalam,terpaksa pendam dalam hati.
sekarang ni tengah menggigil satu badan.
kelaparan.
rasa lunch hour tu lambat nak mampus.
ni dah 3 kali buat bekpes.biskut kering cicah milo panas.
tak kenyangnyaa.arghhhh.....

semalam makan nasi sikit je tapi atas dasar kesian, hubby tambah nasi sikit.huhuhu
sapa tak berselera bila lauk timun masak lemak ikan masin dengan telur dadar campur udang geragau.ada pula sambal belacan yang menggoda jiwa.
makan dengan nasi sejemput celah gigi pun tak lekat.
tolong lahhhhh.....

saja....

tiba-tiba nak upload gambar ni.
gambar buka puasa ramai-ramai kat Quality hotel biar pun saya tak puasa.*__*
rasa rindu nak gathering dengan kawan-kawan.*macik tudung merah tu mak kawan saya.

orang lain sedap-sedap makan, saya mampu tengok je.masa ni mabuk loya masih melanda.
dapat juga alas perut dengan kuew teow goreng.
rugi bayar mahal-mahal.kesian orang tu.nama dia tak boleh tulis kat sini.nanti kontroversi.^___^

jeles tengok dorang dapat mekap cantik2.
saya ni nak pandang mekap pun da rasa nak muntah.

itu je entri untuk kali ni.hek.hek..

kucing yang domok


satu-satunya anak teruna kat rumah.
memang teruna sebab tak pernah jumpa kucing betina lagi.
memanjang lepak kat rumah.
bela dari kecik yang tiba-tiba ikut naik atas rumah.

suka tido,lepas tido makan.
lepas makan buat marathon dalam rumah.lari sini sana.
dah puas berlarian, gigit apa benda yang boleh digigit.
itulah aktiviti harian teruna ni.

hairan,sampai sekarang kucing ni takda nama.
tapi bila panggil miaw,mesti dia datang.
sangat bijak juga.
bila makanan dalam bekas tinggal sikit mesti taknak makan.
asyik mengiau sambil gesel-gesel badan kat kaki.
bila tambah makanan sikit baru lah nak makan dengan lahapnya.
ni semua idea hubby.

kalau kita lepak kat sofa,mesti dia join sekali.
buat-buat lah kusyuk tengok tv.
kadang-kadang tak faham, dia ni kucing atau orang.hahaha

ni la istimewanya binatang peliharaan nabi.
orang cakap kucing bawa rezeki.
tapi saya percaya rezeki tu dari Allah.
jadi saya fikir bila kita bela kucing,jaga baik-baik, Allah balas kita dengan limpahan rezeki.

Alhamdulillah,setakat ni kucing domok masih sihat.
cuma bulu asyik gugur ja.
entah normal atau tak.
sama ada faktor bulu lebat atau makanan tak sesuai.
jadi,setiap minggu kena bagi mandi.
bila da mandi bulu kurang gugur.
wangi pun ada,bulu pun shining giteww.

sekarang ni tengah cari ubat untuk kawal bulu gugur.
ada sapa-sapa tau tak??

check up kedua

61.3kg !!!!

danggggg...

seumur hidup tak pernah lagi berat macam ni.


kisahnya bila hari ni ada medical check up kat klinik.
bersemangat nak datang awal.keluar rumah pukul 7 pagi.
niat dalam hati nak pegang no.1 tapi bila sampai depan klinik..!#^%$^%*&* ~ hampa.
dah ada orang lain walaupun pintu pagar klinik belum buka lagi.
semua letak buku pink tu atas tembok pagar.

7.45 pagi, nurse buka pintu pagar.saya dapat no.6.hahaha
macam biasa,pada hal tak biasa pun.cek air kencing.
lepas tu timbang berat badan..masa ni lega sangat- sangat sebab berat badan naik juga.
cek tekanan darah,nurse cakap normal.
cek HB, 10.4.

bila masuk bilik pemeriksaan, macam - macam nurse tu cakap.
berat badan ni tak normal.sepatutnya berat tak boleh naik 4kg dalam sebulan.
paling maksimum pun 3kg.
selama ni tak tahu pula.
nurse suruh kurangkan makan nasi dan roti.
lebihkan sayuran dan buah-buahan.
paling lewat makan malam sebelum pukul 8 malam.
nanti kena diabetis/kencing manis lagi susah.
jadinya,1/11 kena jumpa doktor untuk cek berat badan lagi.
baiklah..huhuhu
lagi satu, HB menurun.
tak patut turun masa awal-awal mengandung.
kena banyak makan bayam,kismis,jambu batu,ikan bilis dan makanan yang mengandungi zat besi.

nurse bagi obimin lagi untuk stok sebulan.ubat kaler pink yang sebesar 1.7cm.telan jela untuk si kecik dalam perut ni.
dalam pukul 9 lebih dah boleh balik.terus pergi ofis.
next appointment, 1/11 dan 16/11.letih mak oi.

p/s : boleh pula terlupa nak ambil time slip.jadi, en.hubby kena pergi klinik tu lagi.
       ni berat badan yang naik mendadak punya pasal.cissss!!!

17 October 2011

Makanan Ibu Dalam Pantang

pagi tadi borak-borak dengan member ofis, dia pesan jangan makan udang time mengandung.nanti lepas bersalin,bahagian tu akan rasa gatal tak terhingga.
first time dengar.betul ke?
masa kat kampung hari tu tak ada pula mak dan mak mentua pesan macam tu.
tak puas hati,cari kat google.
lain yang dicari, lain pula dapat info.
tapi nak share juga.
info ni dapat dari blog bengkung moden

Salam,
Berikut adalah petikan artikel dari Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 15/5/2007.
Semoga ia menjadi panduan berguna buat ibu dan bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi.
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
Okay, itu saja untuk kali ini.
Kak Faz


artikel ni sangat bagus.memang sesuai untuk orang macam saya yang memang tak tahu apa-apa pasal berpantang selepas bersalin.
tks kak faz !!

Sembelit Ketika Mengandung

Memang perit.
Dah pernah rasa sebulan lebih masa trimester pertama.
Orang cakap jangan teran, nanti lain yang keluar.janin atau usus agaknya.entah..
Tapi macam mana kalau bahan buangan tu dah sampai kat hujung-hujung.
Selesa lagi ke?
Setiap hari mesti setengah jam duduk dalam tandas.
Setiap hari juga mesti keluar darah.
Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya.


Bila tanya dengan orang terdekat,
  • ramai yang suruh makan buah betik.da cuba tapi tak berkesan juga
  • Ada juga yang suruh banyakkan minum air suam tapi masa tu memang tak boleh minum air putih.mesti muntah balik.
  • Ada yang suruh beli ubat di farmasi untuk lembut/cairkan !#@#$ , bila fikir balik,sedangkan demam pun doktor tak bagi makan ubat,apa lagi kalau ubat jenis macam tu.

Masa pergi day care untuk follow up check up selepas admitted, ada juga tanya kat doctor tu.dengan harapan dia akan bagi ubat yang sesuai.
Tapi…
Doctor cakap sembelit itu normal.so,kena bertahan.banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.
Sedihnyaaa..
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan.

Cari ikhtiar lain di google,
  • Banyakkan makan buah dan sayuran.
  • Lebihkan minum air putih
  • Kurangkan/elakkan makanan lambat hadam – daging

Bila dah cuba macam-macam cara,akhirnya sembelit tu hilang juga tapi tak tau sebab faktor pemakanan atau sebab da masuk trimester kedua.

Tendangan pertama si kecik

gggggoooolllll !!!!!

15/10/2011
sangat teruja *__*
tak dapat nak gambarkan perasaan malam tu.
tengah landing atas sofa sambil layan cerita kat tv tiba-tiba rasa ada gerakan dalam perut.
bila letak tapak tangan kat perut, gerakan tu makin kuat.
macam menolak-nolak dinding perut.
bila suruh hubby rasa, tiba-tiba senyap terus.
hahahaha..baby malu dengan papa eh.

10 October 2011

Majlis sanding yang terakhir

Fuhh, tuan blog ni baru ada kesempatan nak upload gambar kawen sendiri.
Tak dapat nak bayangkan betapa bizinya selepas majlis sanding.hahaha
majlis ni buat 3 Sept.raya keempat kan..
habis beraya kat rumah mentua terus pecut kat kampung mak pula.
yang paling bestnya,pengantin pakai baju sendiri.pakai tanjak,kain samping,veil,crown.sume laa..


sesi tacap mentacap..

done!! mata kuyu sebab peluh asyik mengalir.rasa macam dalam oven

.posing pengantin da cun tapi...sila abaikan kipas dinding tu

tengok apa tu bang??

feeling2 tepi tingkap

The Fantasy Dinner

Mesti korang eksaited nak tengok gambar kita orang kan? *tiba-tiba perasan
Entri kali ni tak nak cakap banyak sebab masih kecewa tak dapat grand prize lucky draw tv sony bravia 46”.*__*
Yang ada, baucer Robinsons RM100.entah tahun bila nak pergi shoping sana.
Rasa nak ragut je member punya baucer Jusco RM140 tapi mampu jelling-jeling jela.

Petang Jumaat tu kita orang bersiap-siap kat opis.mana yang mampu nak mandi, mandilah kat toilet tapi ada shower tau.
Sementara tunggu member yang lain siap mekap, mama sedikit boyot ni try mekap ala kadar je.yang lain tu pakai pro mekap. Rasa membazir nak bayar upah mekap.baik belanja makan stimbot.

Kita orang sampai  lambat kt Saujana Resort.dalam pukul 7.30 mlm.masa tu ramai orang tengah bergambar kat luar.



saksikan Victorian's lady versi malaya
 


diapit oleh Zorro dengan Red Riding Hood


Arabian Girl yg bertanggungjawab bawa mak buyut pergi dinner dan hantar balik rumah.trimas Cik Ila
p/s :still available.hehe


Phocahontas diapit oleh mak boyot.orang lain kusyuk tengok kpop atas pentas,dua orang ni pula sibuk meratah udang.


muka kekenyangan.baju pun tambah ketat.tiba2 pula ada rockstar vampire kat belakang.ciss..


biar pun balik tangan kosong tapi muka mesti happy bila depan kamera
*Red riding hood masih tak puas hati sebab gula-gula dalam bakul tak habis lagi.SuperGirl masih mencari Superman walaupun event dah habis.hahaha
 
tangga bergerak ^__^


tangga bergerak lagi..hehehee
bulan Disember ni bakal keluar Flinstone Jr.pandai dia sorok perut kan.huhuhu

ko berani nak pakai macam dia?
 

Ciku Oh Ciku

Dimana nak cari buah ni?
Tersangatlah mak budak ni nak makan.
Penat dah cari kat tesco,giant.kedai buah tak payah cerita la.semua da kena terjah.
Tapi…takdaaaaa juga.
Hari tu dah jumpa kat tesco.melompat-lomplat gembira.
Tapi bila belek-belek,semua buah dah busuk.berair.
Punah harapan T__T

Lepas tu post kat FB dengan harapan ada orang boleh bagi info kat mana buah ciku ni tersorok.
Akhirnya,sorang akak tu cakap ada berlambak kat tepi rumah dia.*joget-joget.
Nanti dia balik Penang mid Oct,dia nak bawa berguni-guni.hahaha

Sekarang ni dalam mod : menanti penuh sabar.

07 October 2011

Off Day

Auto post *_*

Hari ni tuan blog off day sebab nak makan-makan,menari-nari kat Saujana resort.
tak sabar nak melaram dengan perut sedikit boyot.
lagi, tak sabar nak bawa balik grand prize cabutan bertuah tv full HD Sony Bravia.perasan la...
nanti saya upload gambar dinner tu.

05 October 2011

Tako Tao Takoyaki

Plan sepatutnya lepas balik kerja pergi butik Andaman B Duet sebab nak ambil baju dinner.
bila fikir balik,esok ada masa lagi.
biasalah,tuan blog ni selalu buat kerja last minute.

jadinya, hari ni nak pergi jusco bukit tinggi sebab nak makan benda niiiiii.....



da lama mama budak kecik ni mengidam.bila makan ni tak pernah rasa kenyang.
sangat lah sedap !!! tahun depan nak pindah Jepun la.*tiba-tiba

Perut mengeras ketika mengandung

semalam terjaga pukul 2 pagi.
tiba-tiba perut mengeras.
sakit sangat.
nak bergerak pun tak boleh.
terasa sakit sampai kat belakang.
dah la duduk rumah sorang-sorang.
hubby tak balik lagi.
slow- slow bangun pergi ambil minyak zaitun lepas tu sapu kat perut.
dapat lega beberapa minit.lepas tu sakit lagi.
akhirnya dapat tidur balik pukul 4 pagi.tertidur dalam kesakitan T_T

masa pagi-pagi nak mandi,sakit tu datang balik.
perut sakit sampai rasa kaki kejang.
hubby dah suruh mc.
tapi sebab fikir banyak kerja kat ofis, mc pula tinggal sikit, paksa juga pergi kerja.

bila cerita kat member pasal perut mengeras,dia cakap normal.elakkan kena sejuk nanti perut kembung.lagi susah nanti.
maknanya semalam tu perut kembung la.tengah-tengah malam tu hujan lebat.lepas tu pasang kipas sampai full.
patutlah si kecik dalam ni marah..sejuk sangat.mama dia pula pergi belasah minum nestea ais time lunch.
kesian dia.huhuhu.

04 October 2011

Barangan keperluan bayi

Sekarang ni dah start beli barang baby.
Mesti korang pelik kan.
kenapa awal sangat?
Kan orang-orang tua dah pesan, jangan beli awal-awal. Takut nanti tak ada rezeki, tak pasal-pasal ada yang meroyan.
Sedih yang teramat.
Menangis sampai kering air mata darah.

Takkk…
Saya mesti fikir positif.
Kalau saya ditakdirkan tak ada rezeki sampai 9 bulan, insyaAllah, saya akan tunggu rezeki seterusnya.
Kalau lambat sangat lagi, saya sedekahlah kat jiran ke,member ke,adik beradik lain ke.sedara mara pun ramai juga.

Apa motif beli awal sangat?
  • sebab nak bagi motivasi. Masa trimester pertama, alahan teruk sangat. Serius, hampir-hampir nak give up. So, beli lah sepasang baju dan botol susu.memang berkesan. Hari-hari fikir pasal nyawa dalam perut ni.kuatkan semangat.
  • Saya tak mampu nak beli sekaligus.ini kan anak pertama.mana ada baju baby sebelum ini.anak akak yang last pun dah umur 7 tahun.sah-sah barang baby dia dah bagi kat orang lain.
  • Takut bersalin awal.mana tau si kecik ni nak keluar masa 7 bulan.ada juga yang macam ribut cari barang-barang baby.ini semua langkah berjaga-jaga.

Untuk yang bakal shopping barang baby, kat bawah ni ada list..pasal kuantiti tu pandai-pandai lah korang letak.*__*

Pakaian

  • baju lengan/seluar/panjang
  • baju lengan/seluar pendek
  • sarung tangan & kaki
  • topi
  • lampin/lampin pakai buang
  • selimut
  • barut bayi
  • tuala mandi bayi
  • almari/bakul pakaian
  • sapu tangan
  • tikar getah bayi
  • beg bayi

Mandian

  • sabun bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • syampu bayi
  • besen mandi bayi
  • bakul alatan mandian
  • pengalas mandian (non slip)
  • sikat rambut (jika perlu)

Penyusuan

  • botol susu
  • puting
  • berus botol susu
  • bekas simpan botol susu (warmer)

Tidur
  • bantal,bantal peluk dan tilam
  • katil bayi (jika perlu)

Lain-lain

  • minyak kembung perut
  • tisu lembap
  • pemotong kuku
  • pembersih hidung
  • putik kapas

Kad ibu mengandung

Da buat pun kad pink tu.
Bulan lepas lagi da buat tapi baru nak buat entri hari ni.
Yela, masa nak pergi klinik kena demam teruk.
mana larat mocik nak buka blog.
Sekarang baru baik sikit tapi masih batuk-batuk manja yang entah bila nak hilang ni.

Sebelum pergi, hari isnin dah call Klinik Desa Bukit Naga, Klang.
Soalan pertama dorang tanya, alamat rumah.sebab lepas bersalin nanti dorang akan datang rumah untuk follow up check up.

Pagi selasa tu datang pukul 8 pagi.mak aih, dah ramai orang..kebanyakan mama-mama yang dah sarat.pergi kat kaunter letak kad pengenalan dalam bakul.lepas tu nurse akan panggil nama dan bagi tau nombor berapa.
No. 30 !!!
Erkkk....
kalau macam ni tak ada maknanya nak masuk ofis pukul 10.
Nurse suruh ambil air kencing dalam botol.lepas setengah jam,nurse tu cakap ‘ibu-ibu,sila basuh air kencing.semua air kencing normal’.
Rasa nak gelak pun ada.kalau ada orang salah fahammau ada yang pergi basuh kencing sendiri kat tandas.nurse tu lupa cakap air kencing dalam botol kot.
Lepas beberapa jam baru lah kena panggil masuk dalam bilik untuk ambil sample darah.

Pukul 10.30 badan dah rasa lemau. Dah la tak sempat nak sarapan.badan berpeluh tapi rasa sejuk.nasib baik tak pengsan.sakit dada sebab asyik batuk je.

Tunggu punya tunggu baru la nurse panggil semula untuk timbang berat badan dan ukur ketinggian.
Omaigod !!!
ketinggian : 162.5cm
berat badan: 57.5 kg
napa susut lagi ni?
Sebelum mengandung 59kg..
Masa 2 bulan pula 58kg.
Kalau macam ni kena makan banyak-banyak la.

Last….kali ni tunggu doctor panggil pula.tak tau berapa lama lagi kena tunggu.hubby da menjenguk-jenguk kat pintu klinik.sebelum tu dah col manager bagi tau MC.memang check up tak habis lagi.badan pula rasa sakit.sejuk.rasa nak nangis pun ada.

Pukul 12 baru dapat masuk bilik doctor.sempat tanya kat doktor boleh tak minta ubat demam.doktor cakap tak boleh sebab baby tengah membesar.tak sesuai/elok ambil ubat.lepas jumpa doktor,letak buku kat kaunter untuk next appointment dan ambil ubat Obimin.korang bayangkan proses check up dari pukul 8 sampai la pukul 12.lama tak????
Redha jela buat check up kat klinik kerajaan ni.

Pukul 12.30 tu baru lah boleh balik rumah.
Pengsan terus..
next appointment 19/10/2011.kali ni pukul 7 lagi da terpacak depan klinik.nak ambil no.1 !!!

Nite Of Fantasy

Tema company annual dinner & dance..
7 oct ni kat The Saujana Resort,Subang.

doorgift dengan invitation card dah dapat.
masalah sekarang ni kostum takda lagi.adoiii !!
mula-mula tak nak pergi tapi bila tengok hadiah grand lucky draw....sony bravia LCD tv full HD.
lepas tu hadiah lain tv plasma,dvd,iPad 2,jam ORIX,camera,samsung galaxy mini,blackberry curve bla..bla..
baucer dengan branded perfume tak payah cakap la.memang berlambak.

alasan tak nak pergi sebab rasa membazir je nak sewa kostum tu.kalau rm50 tu beli barangan baby atau suar pregnant kan bagus.hahaha
alasan kedua, dengan perut boyot ni macam tak senonoh best je nak join event macam tu.
lepas tu terfikir balik, biar pun tuan belog ni memang tak pernah bernasib baik pasal lucky draw ni tapi nak cuba juga.mana la tau dapat blackberry sebijik.mau melompat -lompat dalam ballroom tu nanti.
lagi satu, siapa lagi nak support event company kalau bukan staff sendiri kan..da la mocik ni baru je dapat confirmation letter.ekekeke..

baju dalam pilihan da ada tapi kalau boleh nak cari yang simple lagi.
nasib baik aritu masa sewa baju kawen sempat jeling-jeling baju persalinan.
tapi cik puan boyot ni berkenan baju yang ni...



ala -ala Fantaghiro gitewww..
tnya akak tu ada tak topi, dia cakap ada.topi macam peladang sayur pun ada.cittt...
tapi kannn..kann...
baju ni kena amik kat teluk panglima garang
tiba-tiba rasa tempat tu jauh !!!
dangggg......




pengsan T_T

03 October 2011

Stanza Cinta

Irfan da mati !!
tak sempat kawen dengan Amni.
sedih sangat-sangat tengok mak Irfan menangis meratap kematian Irfan.
Tiba- tiba Ustaz Taufik pula muncul.
Minta peluang kedua dari Amni.
Ayat Amni, jodoh kita dah ditentukan dari awal cuma masa belum tepat lagi.

uhhh...
ni bukan cerpen tau.ni cite drama kt TV3 setiap hari ahad tu.
drama berakhir bila hero mati tapi heroin dapat kawen dengan cinta pertama.

secebis dari Sabah


tiba-tiba nak upload gambar kawen pula hari ni.
ni baju tradisional kaum Bajau.
bangga dapat pakai baju ni tapi kannnn..
sangat la seksa masa nak pakai benda kat atas kepala tu.sakitttttt....
rasa berdenyut-denyut kepala ni bila sanggul rambut dgn benda tu kena ikat sekali.