Alkisahnya bermula begini..
Seminggu sebelum balik sabah tu berkemas-kemas la apa yang patut.
Masa tu rasa sakit kat perut macam senggugut.kepala pun pening.macam petanda nak period.
Kebetulan pula,date flight dengan date period pula sama.
Tapi masa sampai kat sabah tengah malam tu check kat toilet tak ada apa-apa pula.
Saja nak sedapkan hati, anggaplah sebab stress.so,period pun stress nak keluar.memang dua minggu sebelum balik sabah tu stress sangat.nak habiskan kerja kat opis.lepas tu nak buat preparation apa yang patut bawa balik, apa lagi yang perlu beli.
Hari demi hari period masih segan nak keluar.waaa..janganlah keluar time bersanding nanti.perut pun kadang-kadang rasa cramp yang amat sangat.sampai tak boleh bergerak.
Hubby da janji nak bawa pergi hospital tapi dia sibuk jumpa kawan-kawan lama.janji tinggal janji.sebelum balik sabah,memang saja nak mengelak pergi HTAR.nanti tak pasal-pasal kena admitted sana,melayang la tiket flight.ni semua hubby punya idea.
11/7/2011 tu memang tak tahan sangat da..rasa nak guling-guling atas tilam.orang lain sibuk buat persiapan kat luar.pengantin baru ni tengah menahan sakit dalam bilik.
Malam tu,baru la hubby bawa pergi hospital.mak mentua pun ikut sekali.tak ada la peluang nak membebel dengan cik somi.gerammm…
Sampai kat hospital terus pergi unit kecemasan.kaunter pesakit luar da tutup.
Selepas daftar,doctor panggil masuk.macam biasa la prosedurnya.tanya sakit apa,start bila.ada gastric tak.mak mentua pula beria-ria cakap menantu dia ni salah makan.makan memacam.adoi..
Bila cerita kat doctor yang period da lambat,baru la dia suruh buat UPT.dia cakap kalau UPT negatif,dorang akan scan.
Sementara tunggu result makmal, doctor suruh baring kat katil.kebanyakan pesakit kat sana semua warga tua.ada yang kena langgar kerbau la.kena highblood la.mak mentua juga yang peramah,rajin bertanya khabar kat katil sebelah.hubby kena tunggu kat luar .yang sorang ni tengah berdebar-debar..takutlah mana tau ada penyakit tersembunyi di celah perut ni.
Tak lama lepas tu sorang doctor cina sampai, dia cakap nak buat scan.aiks, mana pergi result UPT? Scan punya scan,doctor cakap ada ketulan kat rahim tapi tak dapat kesan apa sebab imej kabur.dup..dap..dup..dap..apakah itu?fibroid ke,ketumbuhan ke?doctor cakap terpaksa tunggu result UPT juga.
Selepas tunggu 2 jam baru la result UPT keluar.tengah syok landing atas katil doktor kat meja tu boleh cakap, ‘Nur Alya, kamu mengandung’ – ternganga.mak mentua da senyum bila doctor tu ucap tahniah.bad news pula, ada UTI.air kencing kotor.penyakit ni memang da lama lekat kat badan.kesian si kecik. patut la doctor cakap scan tak jelas.doctor bagi ubat antibiotik dan cecair entah apa nama ubat tu untuk cuci air kencing. Tengok kat luar,hubby da menjengah-jengah.kesian.panggil la hubby masuk dalam,cakap kat dia positif.dia buat muka blurr juga..nasib baik dia ingat positif UPT,kalau dia ingat positif lain?tapi sebenarnya dalam hati memang gembira sangat-sangat.
Masa dalam kereta tu boleh terfikir balik apa yang doctor cakap tadi.betul ke dia cakap mengandung?hahaha.baru la teringat balik masa kat airport aritu bersungguh- sungguh nak makan eskrem famous amos perisa peppermint.dulu2 cakap dengan member eskrem ubat gigi.lepas makan eskrem boleh pula terliur tengok jeruk mangga.haipp..
Masa tu semua andaian petanda nak period.selalunya dekat period mesti nafsu luar biasa.
Apa-apa pun alhamdulillah..
sebelum nikah,kami da berbincang tak nak planning pasal anak.kalau mengandung cepat,Allah bagi rezeki awal.kalau lambat,pasti ada hikmah disebaliknya.jadi bila da set otak macam ni tak ada la meroyan fikir bila nak mengandung.