09 October 2013

APA ITU GMO? (1) l SUSU IBU



Rata-rata rakan blogger terkesan dengan post semalam berkenaan babi dalam tepung. Rasa bagai mahu samak perut kita bukan? Kesinambungan tulisan semalam berkenaan ramuan dalam tepung, rakan-rakan kesayangan fillah dalam kumpulan whatsup jelitawan mak-mak organik rata-rata mereka menggunakan tepung cap atta kerana mereka lebih yakin dengan status GMO. Apakah GMO?

Menurut Puan Tabib Terpercaya (PTT) kita melalui tulisannya mengenai GMO (saya copy and paste sahaja tulisan PTT dibawah), usaha merosakkan makanan kita telah berlaku sekian lama lebih 200 tahun. Bermula dengan proses ‘refining ‘ gula tebu dan sugar beet sehinggalah sugar beet ditanam secara meluas menggunakan kaedah GMO (genetically modified organism).

GMO adalah teknik penanaman menggunakan benih yang telah disuntik dengan DNA serangga, atau haiwan perosak, malah DNA virus ciptaan mereka. Apabila tumbuhan ini tumbuh tidak akan ada serangga perosak padanya lalu didakwa sebagai ‘pesticide free’. Padahal disembur dengan racun Round-up (herbisid glyphosate) yang mematikan tumbuhan lalang di sekitar tumbuhan GMO tetapi tidak mematikan tumbuhan GMO tadi.

Petikan terjemahan surah Al-Baqarah ayat 204,205
204. Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras.
205. Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk membuat kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan.

Ayat ini menerangkan bagaimana negara-negara Islam hari ini ditipu untuk menggunakan teknologi genetik dengan menjanjikan keuntungan lumayan apabila sumber pertanian tidak ada serangga perosak. Haiwan pula disuntik dengan growth hormone yang dicipta sendiri melalui kaedah rekombinan DNA. Itulah pada PTT maksud Allah dengan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak.





Contoh tanaman yang telah ditanam secara GMO adalah gandum, sugar beet, jagung, soya, barli , padi. Dengan perjanjian TPPA maka Malaysia terpaksa hanya menggunakan benih padi GMO yang dikeluarkan oleh Monsanto. Tafsiran Al-Quran pada zaman ini belum ada yang membuatnya, sebab itulah penting untuk mempunyai pengetahuan yang luas disamping selalu mengulang-ulang pembacaan Al-Quran.



Dari pemakanan kita yang mengandungi bahan kimia sama ada yang melalui proses di kilang atau yang ditumbuhkan secara genetik ini ditambah pula sifat makan banyak yang dianggap tidak berdosa dan tidak haram, maka penyakit bertumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Doktor-doktor muslim tidak diajar mengenai nutrisi padahal Rasulullah sudah memberikan clue yang penyakit bermula dari perut (iaitu bahan yang masuk ke dalamnya mencetuskan penyakit).

Di sebabkan kejahilan masyarakat yang mengukur kebijaksanaan seseorang berdasarkan pangkat, gelaran dan kemajuan ekonomi dalam hidup tanpa mengukur dari sudut nilai agama, menyebabkan ramai ibu bapa mahukan anak mereka berjaya di bidang akademik.

Menjadi doktor , pastinya suatu gelaran yang mulia, tinggi statusnya, mahal gajinya, maka ramai doktor yang sudah selesa dengan keadaan itu dan seolah-olah tidak nampak yang penyakit sedang tumbuh dengan subur dan tiada penurunan pada kes-kes penyakit kronik. Pasti mereka ada terdengar yang ubatan kimia ini adalah dari Zionist, penyakit adalah strategi Zionist mengaut keuntungan untuk menyerang umat Islam. Namun maklumat ini diterima dengan perasaan ‘denial’ ataupun menidakkan kebenaran yang takut untuk diakui.

Strateginya bermula seawal bayi di dalam kandungan ibu. Si ibu yang banyak memakan bahan kimia dan GMO akan menghadapi muntah dengan teruk (kerana hikmahnya Allah ingin mengeluarkan segala bahan kimia (racun) dalam badan dalam tempoh 3 bulan pertama itu. Pada masa ini sepatutnya ibu2 mengambil air zam-zam, madu dan kurma atau buah-buahan lain untuk memastikan proses muntah tadi dilalui dengan baik.

Namun ramai yang cepat mengalah dan tidak sabar dan memilih untuk dimasukkan ke wad. Di wad pasti diberi ubat muntah yang merencat pusat muntah di batang otak (Metochlorpramide). Sedangkan muntah itu berlaku ada sebabnya, adakah adil untuk merencat muntah itu? Maka bermulalah proses yang tidak baik dalam tubuh ibu dan anak. Makanan tadi jugalah menyebabkan kurang darah, uri bawah (placenta previa), air ketuban berlebihan, air ketuban terlalu kurang, pendarahan selepas melahirkan malah penyebab semua penyakit di dunia hari ini.

Ibu-ibu digalakkan minum susu ibu mengandung di pasaran (yang kandungannya GMO). Selain dari kesannya pada kesihatan fizikal, GMO menyebabkan ketagihan yang tinggi pada pemakan makanan tersebut dan mengurangkan sensitivity sistem saraf seseorang. Atas sebab inilah ibu-ibu selepas melahirkan tidak mehasilkan susu secara cepat. Padahal secara fitrah, bila anak keluar, maka susu akan mula keluar, malah ada yang sudah keluar susu ketika sedang mengandung lagi.

Bila susu lambat dihasilkan, maka susu formula (yang juga GMO) akan menyebabkan bayi tadi suka dan ketagih, lalu menolak susu ibunya dan tanpa rangsangan hisapan, susu akan berhenti akhirnya. Maka gagallah untuk melaksanakan arahan Allah untuk menyempurnakan penyusuan 2 tahun.Bayi tadi pula akan membesar dengan fitrah yang pelik iaitu mereka tidak suka makan sayuran dan buah-buahan. Bukan setakat susu, malah nestum juga adalah GMO dan seterusnya biskut-biskut dan roti di pasaran kebanyakannya gandum GMO yang digunakan.

InshaAllah lagi berkenaan GMO untuk post seterusnya. Nantikan ilmu perubatan islam melalui kajian PTT inshaAllah.

Perkongsian dari sahabat jelitawan organik : Bayt Al-Iman

08 October 2013

Kebaikan Rooibos Tea (Teh Merah)





Kaedah penggunaannya,boleh diminum atau dibuat mandi.

Teh ini tiada kafein, tapi masih mengandungi sedikit 'tanin' . Tanin menghalang penyerapan zat besi , jadi sangat tidak baik untuk penghidap ANEMIA. Tanin juga tidak bagus untuk penghidap MIGRAIN.

Boleh dibeli di Cosway atau kedai organik. Teh organik adalah lebih bagus.
 

Roiboos adalah satu satu agen detox, yang membantu penyingkiran toxin dan SAKI KEPALA adalah kesan sampingan dari detox.Ini adalah kerana sebahagian untuk menarik diri daripada unsur-unsur ketagihan dalam diet kita.

Untuk membantu mengurangkan sakit kepala, perbanyakkan minum air.Air akan membantu peredaran darah yang lebih baik dan kurangkan gejala-gejala sakit kepala. Selain itu,kurangkan makanan dan minuman yangg memburukkan keadaan sakit kepala : caffein/gula/garam berlebihan etc

Untuk sistem penghadaman,pastinya AKAN BERI KESAN (samada yang sangat minima atau sebaliknya) sebab detox sendiri membawa maksud "menyingkirkan", maka ia akan flush out dalam pelbagai bentuk (salah satu cara semestinya melalui sistem pencernaan)

Jika mengalami kesan sampingan detox yang berat seperti diarrhea, muntah-muntah, pening yang keterlaluan, mohon hentikan serta merta pengambilan "detox diet" dan jumpa doktor untuk rawatan lanjut.


Rooibos tea juga merawat masalah gegata.

Untuk info lanjut, http://www.rooibos.ch/rooibosinfo.html.

Sumber info : Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)

07 October 2013

Anak Demam Lagi

Di saat kita menginginkan anak sihat sepanjang masa, tiba-tiba anak dilanda demam.
Siapa yang mampu menghalang?
Bagilah sebanyak mana pun paracetamol atau antibiotik.
Bantulah dengan kaedah alami pun tapi jika sudah tertulis -
Allah yang memberi penyakit dan Allah juga yang menyembuhkannya.
Kun faya kun.


Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157