01 January 2013

Kau Datang Lagi

Di saat bahagia ini kau muncul kembali.Bagaimana harusku tempuh hari- hari yang mendatang?
Seksanya menahan derita ini.

Oh sangat menyakitkan sakit gigi ni.Masa ni la gigi geraham nak tumbuh.badan dah tak imun dengan dua biji painkiller.haihhh..
Nak cabut tapi keadaan tak mengizinkan.Bertabahlah diri ini...

27 December 2012

Kembali Bersiaran

Salam Semua..

Wahhh..dah lama tak bersiaran di sini.Hujung tahun ni sangat sibuk nak siapkan kerja apa yang patut.
Hari-hari balik lewat.Suami pun sama.
Kesian anak tak cukup kasih sayang.sobssss..

Minggu lepas rombongan Cik Kiah pergi Bagan Datoh Perak.Anak saudara sebelah suami kahwin.
Balik ahad tu anak beranak cirit birit dan muntah-muntah.
Kesian Sofea.Saya muntah-muntah je.Papa Sofea cirit birit.
Entah apa punca.
Orang lain yang makan nasi kenduri elok je.Sofea lagi la, bukan ada makan nasi pun.Bawa bubur dari rumah.Agaknya makanan dia dah tercemar sepanjang perjalanan dari Klang ke Perak.Kejam mama..hukhukhuk..
Bekalan Sofea masa tu semua puree frozen kecuali bubur sebab baru masak.simpan dalam bekas biasa.bukan dalam termos atau apa.Sampai homestay terus panaskan semua.
Agaknya kena simpan dalam bekas yang tahan haba barulah tak tercemar.
Pengajaran untuk saya kali ni.
Tapi kitaorang keracunan makanan sebab apa pula? O.o

Oh ya, 20hb tu Sofea check up untuk 9 bulan.
Berat : 7.6kkg
Tinggi : 73cm

Perkembangan sekarang ni dah pandai turun naik dari katil dan sofa dengan jayanya.
Dah pandai sebut nenennen..mamamam..dadada..taktatak.
geleng kepala kalau tak nak.
Alhamdulillah.

Sekarang ni macik sebelah suami jaga Sofea di rumah sementara tunggu flight ke Sabah awal Januari nanti.Ikutkan hati nak hantar ke BS sebab takut menyusahkan dorang tapi macik sendiri offer nak jaga.Takut nanti bosan duduk dalam rumah.Saya ok je janji jangan suap Sofea bukan-bukan.ngeee~

13 December 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah..
Bersyukur di atas limpahan kurniaNya.
Ternyata solat dhuha adalah kunci untuk murah rezeki.
Selitan doa selepas solat agar dijadikan hamba yang bersyukur juga dimakbulkan.
Hati tenang dan sentiasa merasa cukup.
Bersyukur juga disaat diuji saya tidak dibiarkan sendirian.