14 August 2012

Da ada MOOD RAYA ke?

nak dekat sebulan baru la muncul post baru.
ini kes pemalas atau bizi sangat hah?
korang semua dah siap ke soping raya..
tahun ni raya bertiga..si kecik tu la yang paling meriah. baju raya sampai 5 helai.
ikutkan hati mama dia,nak membeli dan terus membeli lagi.
setiap kali keluar soping mesti ada sehelai baju sofea di beli.haishhh..
sangat mencabar membeli baju raya warna sedondon ni.
dengan orang ramai lagi, fitting room sentiasa full.
harga baju pun boleh buat pengsan 5 minit T_T

dah nekad ni, tahun depan nak beli kain pasang siap -siap pastu tempah 2 bulan sebelum puasa. boleh??
beli segala keperluan sebelum puasa.
tiket flight beli awal tahun depan.
kuih raya belajar buat sendiri . belajar?? dah 3 tahun nak belajar tapi tak pandai-pandai juga. LOL
takde lah duit mengalir laju macam air paip bomba.

fikir pasal bajet raya ni boleh bikin mood raya lari jauh-jauh.
tapi mengenangkan raya setahun sekali, balik kampung pun setahun sekali..mood kembali lagi.
apatah lagi tahun ni raya bersama SOFEA.
tak sabar..tak sabar nak balik sabah.
kalau boleh arini nak tunggu kat KLIA.
Oh cepat lah 18hb... ;')


sebelum tu...

taraaaaaa...
sofea ngetest baju raya. nasib baik ada saiz kecik tau.

kemain suka lagi si kecik nii...

mak jemah nak balik raya oi..sebelum tu test tudung dulu tapi mama dia tak beli pun..

24 July 2012

VCO - Catalyst - minyak kelapa dara??

rasanya semua org dah tau pasal produk ni kan..
saya bkn nak promosi atau nak jual.
saya juga pengguna macam kamu, kamu dan kamu di luar sana.
baru start makan awal bulan Julai.
niat nak amik vco sebab masalah keguguran rambut.
first perubahan yg saya nmpk berat badan dah turun 2kg.itu masa timbang 15 Julai.
jgn tnya saya ada diet atau tak..
memang tak pernah berjaya nak diet.
semangat je lebih.
tapi pandai tipu diri sendiri.
takpe,mkn sikit je.
takpe,esok baru start diet
takpe nanti kalau tak makan, gastrik pula.
perubahan yang boleh nampak, penghadaman semakin lancar.
tak perlu nak bergantung pada kafein lg. :)
kulit pun tak kering.
kulit muka rasa halusss..

ni ada info sikit pasal VCO

VIRGIN COCONUT SOFTGEL
RM39.90 (Peninsular Malaysia)

MINYAK KELAPA DARA adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yan
g memakannya.

Antara khasiatnya:

**Membekalkan tenaga untuk kecergasan badan
**Meningkatkan sistem imunisasi
**Menyokong fungsi metabolisma yang sihat
** Boleh mengurangkan berat badan
** Meningkatkan penyerapan kadar nutrien
** Membantu mengurangkan bad cholestrol (LDL) & meningkatkan good cholestrol (HDL)
** Membantu mengekalkan kulit yang lembut dan bersih
**Mengelakkan berlaku kedutan kulit
**Membantu mengawal diabetes, kandungan gula dalam darah
** Mengurangkan risiko sakit jantung
**Mengurangkan risiko kanser
** Mencegah osteoporosis
** Membantu mengurangkan jerawat & masalah kulit berminyak
** Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
** Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
**Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
** Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
**Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
** Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
** Melindungi tubuh daripada kanser
**Jerawat cepat susut
** Regular semula PMS anda
**Sistem penghadaman lebih baik
** Masalah Kesuburan
** Mengurangkan rasa sakit senggugut
**Batuk dan Selsema cepat hilang
** Mengurangkan tidur berdengkur
*******************************************
Kegunaan Luaran:
i) dapat mengurangkan berat badan
ii)melembut dan mengurangkan kekeringan
iii) menghasilkan tenaga dan sentiasa segar
iv)mengatasi masalah kulit berminyak

Kegunaan Dalaman:
i)mencegah risiko penyakit jantung& kadar kolestrol tinggi
ii)mengurangkan perasaan mudah lapar
iii)melancarkan kitaran haid
iv)melegakan pernafasan
v)membaiki kadar pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
vii)sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri
kalau  nak tengok testimoni, rajin-rajin la gugel ye.jangan malas yo.
:)


17 July 2012

Buaian Berendoi Untuk Cukur Jambul ??

lagi sebulan nak balik sabah..
raya ke 3 nanti nak buat kenduri akikah n cukur jambul  utk sofea.
ni mama dia tengah pening nak cari kaler tema.
design tu nanti tukang buat yg ejas.

gugel pnya gugel terjumpa design yg cantik.
agak-agak orang tu boleh buat mcm ni tak?
taraaaa....

pict dr mr.gugel


aikk apasal ada dua buaian?
hehehe :)
nak buat majlis sekali dgn anak kakak angkat dr Ipoh.
dalam hati berdoa supaya tukang pelamin tu boleh buat sebijik macam ni.
tema putih + ungu.
baju kitaorang mungkin kaler pink..suwitnyaaa..

mama dah teruja sangat ni.
tapi satu persiapan pun belum buat lg.
baru beli kasut sofea.
huhuhuhu..
last minit lagik!!!