Showing posts with label VBAC. Show all posts
Showing posts with label VBAC. Show all posts

10 March 2016

BIRTH STORY : Anakku Hero

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama bercuti panjang pastu tiba-tiba muncul dengan cerita kelahiran.
Mak memang tak suka heboh-heboh kalau tengah mengandung.
Serabut kepala.

Dimulakan cerita,mengandung anak ketiga sama saja macam sebelum ni tapi kali ni cerewet dan mudah sentap. Hurmm,ko rasa ikut perangai sapa la ni kan..

Edd 2/3. Masa ni target mesti overdue juga macam anak sebelum ni. Anak-anak bahagia duduk lama dalam perut mak.
Tapi siapa sangka, 1/3/2016 jam 10  malam tu perut lain macam. Kejap memulas,kejap mengeras. Fikir positif ,agaknya false alarm macam sebelum ni atau sebab petang tu makan bihun sup pedas.

Jam 11 malam lebih, cakap dengan suami. Sila bersiap mana tau kena pergi hospital kejap lagi. Saya pula sibuk ke tandas,dua kali masuk berjaya poo poo. Kali ke tiga,kosong tapi masih rasa memulas. Tiba- tiba datang contraction dan terteran dua kali.
Gelabah mak sekejap. Kelam kabut keluar dari tandas sebelum ada drama Ju on merangkak dari tandas.

Sebelum masuk bilik, MIL tanya dah sakit perut ke, saya mampu angguk. Pastu dia sergah, jadi tunggu apa lagi.pergi la hospital. Hahaha adoii padahal memang nak bersiap pun.

Masuk bilik jadi serba tak kena. Ya Allah sampaikan tukar pakaian pun tak larat. Berpaut kejap kat bahu suami. Dia dah gelabah sebab takut terberanak dalam bilik. Sempat berfikir, ni dah berapa cm bukaan sampai sakit nak nangis.

12.10 tengah malam -
Tiba di hospital Kota Belud. Sepanjang perjalanan tu, pegang erat tempat duduk sebab menahan sakit perut.
Suami ambil wheelchair dan sorong masuk wad bersalin.
Macam biasa, tukar baju dulu. Ajak suami masuk toilet mana tau tiba- tiba jatuh atau apa-apa hal boleh tolong. Mengada- ngada pula perangai mengandung kali ni.

Dah siap tukar baju, nurse suruh baring atas katil sebab nak cek bukaan rahim.
Fuh fuhhh dan masa ni la perut memulas dengan hebatnya.
Cepat-cepat cakap dengan nurse nak p berak sekejap.
Nurse pula risau takut terberanak dalam toilet.
Banyak kali dia pesan,mama jangan meneran ya.
Terus masuk toilet sekali dengan suami. Kebetulan pula toiletnya besar.
Ehh kenapa macam cirit birit ja ni. Poo poo cair.perut pun rasa lega sikit.
Nurse buat VE, baru 3cm. Kemudian baring atas katil untuk CTG.
Suami balik rumah sebab memang tak boleh tunggu dalam wad. Lagi pun lama lagi nak bersalin.
Masa buat CTG, sedut oksigen sebab graf tak cantik.
Makin susah pula bernafas bila sedut oksigen tu.
Lawaknya, masa CTG tu jugalah mak rasa nak berak. Nurse boleh pula suruh tunggu. Kawal pernafasan sambil doa supaya tak terberak atas katil.
Siap saja CTG, terus melompat dari katil terjah tandas. Memang sah la cirit birit. Happening sangat. Time nak bersalin time tu pula cirit birit.
Dekat 4 kali berulang ke toilet.

Sebelum ni doktor di KKIA dah maklumkan awal yang saya memang tak boleh bersalin di hospital daerah sebab tiada doktor pakar yang standby untuk kes 'previous scar'.
Memang kecewa sangat sebab terpaksa berjauhan dengan anak-anak.
Doktor sediakan surat untuk pindah ke hospital wanita dan kanak-kanak Likas.
Sebelum jalan, nurse bagj minum ORS dan charcoal.
Lega perut sekejap.
Ngeri juga kalau tiba-tiba nak berak dalam perjalanan tu.

2.00 am -
Naik ambulans.
Perjalanan dalam satu jam.
Adohai baring dalam ambulans tu terasa macam dalam lori kayu balak.
Terumbang ambing mak atas katil tu.
Memang tak dapat tidur. Hanya tutup mata sambil berselawat.
Mild contraction datang dan pergi.

3.00 am -
Tiba di hospital Likas.
Masuk di bilik penilaian.
Mengantuk sangat.
Soal selidik macam biasa.
Bukaan masih 3 cm lagi.
Doktor seluk bagi bukaan cepat besar.
Hoii sakit !! Dah cakap sakit dengan dia,boleh doktor tu jawab memang sakit tapi nanti puan bersalin cepat.
Doktor masukkan spekulum, cek mana tau air ketuban leaking tapi result negatif.
Sakit oiii..
Menyesal pula cakap dengan dia ada air keluar sikit malam tu .

2/3/2016, 8 am -
Masuk wad Kenanga 1.
Mak jadi jakun tengok wad cantik dan baru.
Fully aircond, ada water heater. Haihhh bestnya.
Sarapan sikit, jamah bihun goreng.
Sempat tidur sejam sebab dari semalaman tak tidur.
Baru nak tarik selimut, datang pula student buat praktikal.
Tanya soalan entah apa-apa.
Ko tanya rumahku kayu atau bata dah kenapa.
Pastu soal gaji suami berapa sebulan, cukup atau tak gaji tu.
Haishhhh...

11 am -
Doktor datang cek lagi, dah 4 cm. Ok lega ada peningkatan.
Doktor ni pula buat perangai, dia seluk lagi kononnya untuk bantu bukaan lagi cepat.
Kalau dia buat lagi lepas tu, memang nak tolak ja dia ke dinding.
Jalan- jalan sekejap di luar bilik,itu pun tak sampai 50 meter dah sampai ke hujung.
Terserempak dengan doktor tadi, eh puan mari masuk bilik. Kita nak pecahkan ketuban kemudian hantar puan ke labor room.
WHAT?????

Terkebil-kebil dengan ayat doktor tu.
Tanya dia kenapa perlu pecahkan ketuban, dia jawab supaya puan cepat bersalin.
Eh kamu ni, semuaaaaa nak cepat.
Mak stress, baby pun stress kalau macam ni.
Saya refuse prosedur tu atas alasan pengalaman anak pertama dipecahkan ketuban masa 4cm lepas tu slow progress tapi azabnya sakit contraction Allah ja tahu.
Doktor dah lain macam mukanya.
Ok nanti saya bincang dengan boss saya katanya.
Tak sampai 5 minit, datang doktor lain.
Bagi tau prosedur yang sama.
Mak tetap kata TAK NAKKKK.
Tapi kena sorong juga ke labor room. Bagi tau nurse saya nak jalan kaki je, tak nak naik atas katil.
Ehh tak boleh puan.
Haiyoooo mulalah rasa tak best dengan hospital ni.

2 pm -

Masih berjaya tolak untuk pecahkan ketuban.
Birth plan dan surat refuse vaccine dah bagi dengan nurse.
Doktor terima dengan baik tapi katanya bergantung dengan keadaan ibu dan bayi.
On lagi CTG.
Nurse kata tak boleh buka sehingga bersalin.
Alahaiii susah bak bergerak kiri kanan. Bila mengiring je,mesin stop bunyi.
Silih ganti doktor masuk bilik nak pecahkan ketuban.
Siap deal lagi dengan doktor, kalau progress bukaan rahim saya lambat barulah pecahkan ketuban.
Kadang ada doktor lelaki sesat masuk, cepat-cepat nurse suruh keluar.
Patient nak female staff ja katanya.
Alhamdulillah.

4 pm -
Akhirnyaaa... Belum bersalin lagi.
Mak terpaksa pasrah untuk pecahkan ketuban.
Bukaan masih 5cm sejak 3 pm.
Lepas tu doktor nak masukkan pitocin.
Ubat untuk kuatkan contraction.
No way laaa.. Macam-macam pula korang nak buat nak cepatkan bersalin.
Banyak sangat gangguan dan campur tangan.
Doktor boleh pula offer kita pilih nak cucuk painkiller,sedut gas atau cucuk epidural.
Haihhh senang-senang ja suruh pesakit pilih.
Deal lagi dengan doktor, minta dia tunggu sampai jam 5 pm.
Doktor lain pula masuk..
Katanya kalau tak masuk pitocin nanti puan lambat bersalin. Ini anak ketiga puan, sepatutnya 10 jam saja in labor.
Saya tengok contraction puan ni mild je.
Pulak dahhhhh..
Saya bagi puan masa hingga jam 6 pm.kalau belum bersalin, kita tolak ke bilik bedah. Kita tak nak baby stress katanyaaa..
Korang la yang sebenarnya buatkan mak dan baby stress.
Sini sana nak cucuk,nak pecahkan.
Tiada istilah natural.
Birth plan mana birth plan, nak p baca jap.
Tiba-tiba rasa down..sedihnya kalau kena operate. Doktor siap cakap lagi lepas ni kamu tak boleh bersalin normal lagi.
Arghhh scare tactic semua.
Minta nurse panggilkan suami di luar wad bersalin.
Sepatutnya suami kena ikut kursus father friendly baru boleh masuk LR tapi nurse baik hati,dia benarkan masuk dan nanti dia terangkan apa yang patut.
Suami masuk pastu boleh pula dia tercegat depan pintu.hahaha nervous ke bang?

5 pm -
Dah mula sakit kuat.
Genggam erat besi katil. Nasib baik besi tak lebur.
Suami non stop suruh mengucap sambil usap dada.
Sempat lagi dia berdialog dengan anak - baby cepat keluar, mama sakit tu.huwaaaa mak touching :(
Rasa sangat dahaga tapi nurse tak bagi minum banyak. Takut nanti ada komplikasi kemudian masuk bilik bedah.

Dalam keterpaksaan, minta ubat tahan sakit. Rasa birth plan nak natural birth jauh terjunam ke laut.
Ini sebab memikirkan dari semalam cirit birit, makan pun masa pagi tu ja.
Tenaga pun makin kurang. Rasa badan lemah padahal dah on drip dua botol.
Nanti nak meneran risau pula tiada tenaga sebab asyik tahan sakit contraction.
Pengalaman masa anak kedua. Tiada tenaga meneran. Kepala baby kuar masuk sebab penat. Asyik tarik nafas.
Pasrah.
Nurse cucuk kat pung**ng, tak lama lepas tu rasa mengantuk sangat.
Tak dapat lelap tapi pejam mata sambil tenangkan fikiran.
Bayangkan bunga-bunga yang mekar mengembang tapi failed juga.
Time contraction datang, pejam mata lagi sambil bayangkan padang yang luas.
Pegang erat jari suami. Masa tahan sakit tu masa tu juga picit jarinya kuat-kuat.
Nasiblah tak terfikir nak gigit tangannya.haha
Rasa nak meneran tiga kali.
Kali ketiga tu terasa kepala baby kat bawah.
Alamakkk..
Cepat-cepat suruh suami panggilkan nurse.

Tak sampai seminit, nurse dan doktor datang kerumun.
Puan jangan teran dulu bla bla bla..
Nurse lain sibuk pasangkan besi untuk letak kaki, yang sorang lagi cek bukaan rahim.
Masa tu masih tutup mata sebab kesan ubat tahan sakit.
Dengar dia cakap 10cm dan masa tu juga nak meneran tapi suruh tunggu lagi.
Hadoiiiu tadi suruh cepat beranak, ni suruh tunggu lagi.
Dorang suruh betulkan tempat baring,kaki letak kat besi, tangan pegang besi.
Suami dah berundur ke belakang.

6.05 pm -
Lahirlah heroku selepas dua kali meneran.
Suami siap cakap sikit lagi nak kuar,sikit lagi.huhuhu.
Alhamdulillah kali ni tak semput nak meneran.
Berjaya kawal pernafasan dan tenangkan fikiran.
Masa meneran tu masih lagi tutup mata.
Nurse suruh buka mata tengok baby. Yeahhhh baby boy.
Nurse cucuk syntometrin untuk kecutkan rahim sebab masa mengandung HB rendah jadi tak nak ambil risiko bleeding.
Dah la bilik sebelah tu pesakit kena kejar ke OT sebab bleeding .
Ngeri rasa.

DCC selama 5 minit. Dalam birth plan request 3 minit. Ok la, staff nurse pun suka buat dcc. Tak kelam kabut buat kerja.
Kemudian nurse letak baby atas dada.
Kononnya suruh crawling tapi dia tidur.haha adoii anak. Kesan ubat tahan sakit tu agaknya. Kasihan anak.
Nampak banyak vernix kat badannya.
Alhamdulillah selaput yang penuh antibodi.
Terkoyak sikit kat bawah, entah mana silapnya malas dah nak fikir.
Dalam masa sejam baby skin to skin sambil nurse jahit luka luar.

Selepas tu dorang bersihkan baby. Saya pun bangun dari katil nak mandi.
Hebatnya LR hospital Likas ni sebab setiap bilik ada tandas dan bilik mandi. Ada water heater lagi.
Mak jakun memang macam ni. Dulu di HTAR tak ada fasiliti macam sini.
Untungnya bila suami temankan dalam LR.
Masa mandi tu dialah yang hulurkan sabun, tuala semua.
Dah siap mandi,baring semula di katil. Kepala pening, mata tak larat nak buka. Dari semalam tak tidur, tambah lagi dengan kesan ubat tahan sakit.
Akhirnya jam 10 malam keluar dari LR dan pindah ke wad.

Banyaknya pengalaman bersalin kali ni tapi kecewa sebab too much intervention.
Semua doktor nak kawal, nak cepat.
Masuk hospital ini kena panjangkan lagi karangan dalam birth plan.

Alhamdulillah ada juga birth plan saya di patuhi dan baby pun unvaccinated.
Nanti ada cerita susulan tentang refuse vaccine.
Jeng..jeng...

Terima kasih tak terhingga untuk suamiku, Jainul.
Mukanya tenang saja sepanjang temankan bininya dalam LR.
Lepas bersalin, dia belikan bubur sayur biar pun tawar rasa bubur tu.
Dia juga tolong habiskan milo panas yang nurse buatkan untuk saya.hahaha.
Terima kasih azankan anak kita.

Terima kasih juga untuk kawan- kawan dalam whatsapp grup yang temankan dari semalam sampai saya bersalin.
Tak putus-putus bagi kata semangat dan bagi nasihat.
Sayang korang semuaaaa..
Sob sobbb.. Mak touching lagi.

Terima kasih juga pada nurse Norhayati dan Doktor Sakinah di atas bantuan semasa proses bersalin.
Mak selesa dengan layanan korang.


23 June 2014

Throwback HTAR 2014

Mengimbas kenangan dalam HTAR beberapa jam sebelum melahirkan SARAA NUR.



Sebelum masuk wad kena pakai tag dulu.


Suasana di wad bersalin HTAR.
Klasik lagi. Tiada penghawa dingin.Sedutlah dalam-dalam udara segar.

Rindu saat mula-mula tengok Saraa keluar.
Matanya,pipinya alololololo..
Terus cium ubun-ubunnya sebaik saja nurse letak atas dada.
Nak ulang lagi saat tu.
Erkkk..

Pesanan Kepada Penerima Surat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Susulan dari post saya sebelum ini,

http://chentazulya.blogspot.com/2014/06/cerita-surat-tolak-vaksin-dan-birth-plan.html

Saya memohon kepada yang telah menerima salinan  -

  • SURAT TOLAK VAKSIN  
  • BIRTH PLAN
atau yang telah memanjangkan lagi surat tersebut kepada yang lain agar tidak EKSPLOITASI isi kandungan surat.
Semoga surat tersebut memberi manfaat untuk kita semua dan bukannya sebagai bahan fitnah atau bahan provok.
Saya simpan amanah ini dan berharap anda semua pun sudi menyimpan amanah surat itu.

Sekian.

04 June 2014

Cerita Surat Tolak Vaksin Dan Birth Plan

Assalamulaikum..

Hari ni umur SARAA NUR dah 2 bulan 4 minggu.
Cepat masa berlalu.

Apa cerita tentang surat tolak vaksin?
Memang tak dijangka sebenarnya.
Sekadar cuba nasib sambil doa semoga dipermudahkan.
Terima kasih untuk kak ADLILATUN sebab rajin ingatkan saya pasal surat ini.
JANGAN LUPA PRINT..JANGAN LUPA BAWA.. JANGAN LUPA BAGI NURSE.
Tu dia kakak garang bagi reminder.

Setiap surat saya buat 7 keping salinan.
Simpan rapi dalam beg baju untuk bawa ke hospital.
Nervous ni.
Tak tahu macam mana penerimaan hospital kerajaan ini.
Tak terbayang soalan dan jawapan nanti.

Sebelum cuti bersalin, study semula pasal vaksin, pasal gentlebirth.
Revise otak ni.
Baca pengalaman parents yang berhadapan dengan situasi macam ni.
Dah pesan juga dengan Encik Suami, jawab macam mana, tengokkan anak nanti.

Di bilik rawatan, saya bagi surat semasa pendaftaran.
Untuk minta staff perempuan saja yang merawat saya.
Mesti ada yang pelik, kalau dapat staff perempuan pun tetap ternampak aurat juga. Ya betul, tapi ini bukan dalam keadaan terpaksa, bukan dalam darurat.Saya tengok ramai houseman perempuan dalam bilik rawatan.

Petang selepas masuk wad, saya bagi surat tu dengan nurse yang uruskan pendaftaran wad.
Dia baca kemudian tanya dari mana saya dapat surat tu.
Bila saya jawab saya buat sendiri, dia terkejut.
Oklah, memang dah jangka penerimaan dorang.
Nurse bagi kerjasama yang baik, dia cakap akan bagi surat tu kepada doktor atau houseman yang bertugas.

Tak lama lepas tu houseman datang, dia soal selidik pasal surat tu.
Antara perbualan kami -

Houseman : Puan,jangan risau.Kami memang benarkan anak di azankan.
Saya. : Ok, terima kasih.
Houseman : Kenapa puan tak nak vaksinkan anak.Puan kena fikirkan diri puan dan anak.
Saya : ( saya senyum) Saya ada sebab tertentu, macam dalam surat tu.
Houseman : Puan yang akan bersalin nanti.Puan yang kena buat keputusan, bukan suami puan.
Saya : ( ayat houseman ni dah buat saya blurr.Ni mesti sebab surat tu encik suami yang tandatangan, saya andaikan dia penat saja. senyum jela.)

Selepas sejam, datang doktor pula.Doktor perempuan berbangsa cina.
Doktor : Mengapa puan tak nak vaksin bayi ye?
Saya : Sebab ada banyak side effect.
Doktor : Oh yela, pasal kes eczema dan Johnson syndrome (http://www.drugs.com/cg/stevens-johnson-syndrome.html )

Doktor berlalu pergi.
Lega sebab doktor memahami tapi dia tak tunjuk menyokong atau membantah.

Situasi dalam LR terkawal lagi.Semua staff perempuan yang datang periksa dan bantu saya.
Alhamdulillah.
Seperti yang saya cerita sebelum ni, HTAR adalah hospital rakan bayi.Jadi apa-apa suntikan atau prosedur dorang akan tanya dan terangkan dengan pesakit dulu.
Senang hati dalam LR. Tak payah risau nk kena cucuk itu ini.
Selepas anak dimandikan, saya saja tanya nurse -

Saya : anak ada kena suntik vaksin ke?
Nurse : Tak ada puan.Puan dah tulis dalam surat tak nak vaksin kan.
Saya : Terima kasih ( sambil senyum dan terasa nak lompat )

Di dalam wad, situasi sini agak mencabar.Doktor pediatrik datang melawat untuk periksa anak.
Sesi siasatan bermula.

Doktor : Saya baca surat puan, puan tak nak vaksin anak.Mengapa?
Saya : Saya dah banyak baca kesan negatif vaksin.
Doktor : Apa contoh kesan vaksin?
Saya  : Anak kawan saya yang baru lahir kena ekzema selepas ambil vaksin, ada lagi kes ramai kena autisme selepas ambil suntikan MMR bla bla bla..Saya dan baca isi kandungan GPF.
Doktor : Tiada la, ekzema tu sebab alergik telur.Kesan vaksin hanyalah demam beberapa hari.Kalau puan tak nak ambil vaksin, macam mana kalau anak puan terkena penyakit?
Saya : Saya akan berusaha bagi fully breastfeeding untuk booster immune. Saya akan bagi makanan yang sihat, jaga persekitarannya.
Doktor : Bagaimana kalau anak puan dah besar nanti, dia akan terdedah dengan pelbagai penyakit? Di Malaysia ni ramai warga asing.
Saya : Vaksin dalam badan hanya tahan beberapa tahun sahaja.Bila antibodi kuat, boleh elakkan dari penyakit.
Doktor : Tapi vaksin ni wajib di Malaysia.Puan tengok buku imunisasi bayi.Segala vaksin yang di ambil oleh bayi.
Saya : Tidak.Vaksin tidak wajib.Ibubapa boleh pilih sama ada nak vaksin atau tidak.
Doktor : Lagi apa alasan puan untuk tolak vaksin?
Saya : Ada setengah vaksin mengandungi DNA babi. Vaksin juga ada merkuri dan alum yang membahayakan anak saya, ada virus yang dilemahkan.Kalau antibodi anak saya bagi respon negatif, siapa nak tanggung akibat tu semua? (Sebenarnya dah rimas dengan pertanyaan doktor ni tapi faham sebab dia hanya jalankan tugas)
Doktor : Dari mana puan tahu semua ni?
Saya : Saya study sendiri, ada ramai kawan saya belajar dan kaji benda yang sama.Saya juga baca pengalaman kawan-kawan.
Doktor : Baiklah, dalam laporan ni saya catat puan menolak pemberian vaksin ya.
Saya : Ok, terima kasih.

Petang tu dapat keluar hospital dengan jayanya.
Di sini saya nak tekankan, pertahankan hak ibubapa.Belajar cari maklumat.Jangan bulat-bulat terima cakap orang lain.
Apa-apa pun, masing-masing ada hak memilih.
Saya dengan pilihan sendiri, anda dengan pilihan anda.

Selepas ni ada lagi misi lain untuk melawan arus.
Semoga kita berjaya.
#Siapa-siapa yang inginkan salinan surat tersebut, sila emel ke alamat ini :
semutpurple11@gmail.com

**semoga Allah merahmati puan Dd (Adila) yang selama ini menolong saya untuk menghantar emel surat kepada anda semua.

******* PENGUMUMAN ********

Kepada sesiapa yang mencari minuman sihat untuk seisi keluarga, digalakkan baca entry di bawah.

http://chentazulya.blogspot.my/2016/05/minuman-sihat-perut-sejahtera.html?m=1

09 May 2014

Pengalaman Bersalin - Inilah Saatnya

Dalam LR.
Doktor, bidan dan 2 orang sister berkumpul keliling katil.
Saya tengok seorang satu.Dalam hati kenapa ramai sangat ni.
Pasang itu ini, cek itu ini.
Buat VE dah 9cm.Kepala bayi masih tinggi.
Sebabnya sebelum ni ada rekod ceaser, jadi doktor kena ada.

Nasihat bidan, jangan meneran jika belum cukup bukaan rahim.Nanti tenaga hilang pastu tak dapat nak meneran bila sampai masanya.
JANGAN YA MAK..
Ini pengalaman saya. Teran sebelum waktunya dan terasa sangat lemah bila bidan suruh teran.Sobssss..

HTAR adalah hospital rakan bayi.
Kalau dahaga,mintalah air minuman.
Tak payah nak malu-malu, nak tahan tekak kering.
Penat layan contraction, saya minta air dengan nurse.Sekali teguk dah habis.
Kalau sempat, bawa bekalan kurma ke LR.
Sementara tunggu bukaan 10cm, makanlah kurma untuk tenaga.
Nikmatilah sakit contraction itu.huhuhu
Tapi mampukah makan sambil tahan sakit tuuuu??

Masa ni,saya tak fikir lain.Terus berzikir sambil doa supaya bayi cepat keluar.
Pujuk anak bagi kerjasama.
Jam dinding pula depan mata.Kejap-kejap tengok jam.
Tambah stress lagi dengan CTG sebab bila alat tu dipasang,ibu tak boleh bergerak sangat.
Sekejap-kejap doktor datang buat VE.
Tak terasa sakit pun sebab lagi sakit contraction tu.

Menunggu sampai 10cm tu terasa berjam-jam lamanya.
Sempat membayangkan macam mana kalau homebirth.
Saya lagi tenang atau makin kelam kabut.Wallahualam.

Doa untuk bersalin secara natural hampir termakbul.
Begini rupanya situasi bersalin natural.
Kejap-kejap tengok jam,muka ketat tahan contraction.

Tiba-tiba teringat mak di kampung.
Mak tak tahu lagi anaknya masuk hospital.Dia dah pesan jangan bagi tau, nanti dia yang merana sakit perut.
Hebat aura mak.
Dia pesan banyak kali, jangan angkat punggung.Jangan ya jangan..Nanti koyak.

#2.50 pagi

Cukup 10cm.
Tepuk tangan.
Ok,bersedia untuk teran.
Doktor pesan, kalau rasa contraction terus teran dan lepas tu jangan tarik nafas panjang-panjang.
Satu lagi, TUTUP MULUT.
Hahhh, ni payah nak buat,hahaha.
Berkali-kali sister pesan, jangan keluarkan suara nanti makin kurang tenaga.
Jangan buka mulut masa meneran.Tumpukan semua tenaga untuk meneran.
Alhamdulillah dikelilingi staff hospital yang sabar dan baik hati.
Tak putus-putus bagi semangat, bagi tunjuk ajar.
Sebelah kiri pegang bahu sambil ajak berselawat.
Sebelah kanan pula, ajar macam mana nak kawal pernafasan.
Doktor dan pembantunya pun ikut bagi semangat.
'Sikit lagi..Teran lagi lagi dan lagi.Puan mesti boleh, kepala anak dah nampak tu.'
Seorang lagi monitor CTG.
Rasa nak cabut alat tu, menganggu konsentrasi tapi itulah alat untuk monitor degupan jantung bayi.

#3.15 ( agaknya)

Doktor cakap kena cepat, kepala bayi dah lama sangkut kat bawah.
Nanti bayi lemas atau otaknya kurang oksigen.
Allahurabbi.
Badan dah penat.
Tiada tenaga nak teran tapi bila doktor cakap macam tu terasa tenaga ditambah semula.
Tambah pula sister cakap, ' Puan,kesian kat anak nanti kalau otaknya kurang oksigen.'
Contraction pula makin kurang terasa.
Anak dah stress kot sebab lambat sangat dapat keluar ^__^
Bidan dan sister pula pujuk bayi sambil selawat dan tolak-tolak perut.
Serius, nak nangis rasanya.
Mak terharuuu..

Doktor buat keputusan nak vakum.
Sebelum tu, dia tanya saya.Apa yang saya mampu jawab, buat jela apa yang boleh.wuwuwuwu.. dalam keadaan separuh pasrah.
Hanya fikir supaya anak selamat keluar.
5 minit kemudian, datang doktor pakar. Katanya, buat episiotomi sahaja.
Doktor tu tanya lagi dengan saya, 'Puan, kita gunting ya, bayi dah lama kat bawah ni.
Baiklah.
Mula meneran balik, dan tiba-tiba terasa ngilu,pedih.
Ternampak alat untuk mengunting tu, perghh macam playar pun ada.

#3.29 pagi
Sekali lagi teran dengan panjang, Alhamdulillah anak mak keluar dengan selamat dan anak terus terberak di celah kaki maknya :))
Lahir seorang puteri.
Ya Allah, lega rasanya.
Perut terasa ringan.
Hati berbunga-bunga.
Nikmatnya Allah saja yang tahu.

Selepas potong tali pusat, nurse letak bayi di atas badan.
Allahuakbar..besarnya ko anak.Apalah yang mak ko makan ni.

Nipple crawling moment .
Kuncup dahi anak.Allah,syukur dapat nikmat wangian syurga.
Dah tak rasa sakit, penat atau mengantuk.
Semua hilang lepas tengok anak depan mata.
Nurse tiarapkan anak atas badan saya untuk bagi anak mencari susu.
Pandainya dia cariiii..

HTAR ( hospital rakan bayi ) galakkan nipple crawling selama sejam.
Tapi tak sampai sejam,anak dah menggigil kesejukan.
Nurse terpaksa bawa keluar untuk bersihkan kemudian buat pemeriksaan.

Uri keluar 10 minit lepas bersalin.
Doktor cakap tak perlu teran tapi automatik rasa nak meneran bila terasa ada benda nak keluar.
Selepas tu nurse datang, tanya puan nak tak kami suntik ubat untuk hentikan pendarahan.
Saya angguk saja.
Ini antara ciri-ciri hospital rakan bayi. Prosedurnya, sebelum beri apa-apa ubat atau suntikan perlu tanya pesakit terlebih dahulu.




Sesi menjahit bermula.
Oh sebelum tu,kena bius dulu.
Nurse ada tanya, nak bius atau tak untuk tahan sakit..
Silakan cucuk saya.
Tiada tenaga nak tahan kesakitan.Letih sangat.
Dah mula rasa sejuk dalam LR.
Mak pula ganti menggigil.
Lama pula proses menjahit ni sebab kena jahit dalam dan luar.

Selesai proses jahit dan tukar baju, pindah ke katil pengusung untuk masuk dalam wad semula.
Tunggu anak di tepi LR.
Tak lama lepas tu, nurse bawa si comel.Dah bersih dan berbalut tuala hijau.
Tunggu pula fail siap.
6.30 pagi baru dapat masuk wad.
Hujan rupanya di luar.
RahmatNya.Dah lama tak hujan sebenarnya.

Benda pertama yang dibuat selepas pindah katil, ambil hp dan tangkap gambar anak.muahahaha
Lepas tu telefon encik suami.
Dia ingatkan belum bersalin, terkejut bila dengar suara bayi menangis.
Lepas tu telefon mak.
Sambung breastfeed sementara tunggu keluarga sampai.
Semalaman tak tidur.Mata tak ngantuk tapi kepala pening.
Anak pun belum pakai baju.Bedung dengan kemas sementara tunggu papanya sampai.

#4.30 petang.
Doktor benarkan balik rumah sebab anak dah kencing dan berak.


Alhamdulillah.
Pada 4/3/2014 selamat bersalin setelah overdue 8 hari kalau - ikut perkiraan LMP.
Jika ada rezeki untuk bersalin natural lagi, saya nak buat dengan lebih gentle lagi.
Yaaaa..gentlebirth!!!
Perlu belajar dan usaha lebih lagi.
Tak perlu epi, tak perlu tunggu lama untuk bukaan penuh.
Apa-apa pun, sakit lama atau sekejap, mudah atau sukar semuanya Allah yang tentukan.



06 May 2014

Pengalaman Bersalin - Check In Wad

3/3/2014
7.00 malam.

Berjalan terkedek-kedek menuju wad bersalin di tingkat satu.
Ikutkan hati nak naik tangga tapi nurse dah masuk dalam lif.
Sampai di wad, tunggu lagi proses pendaftaran.
Saya bagi surat tolak vaksin dan birthplan.
Duduk sekejap.
Masih belum rasa sakit lagi.
Berpeluh-peluh badan sebab cuaca panas.

Saat macam ni,biar pun contraction belum terasa tapi selera makan dah hanyut.
Halahh risaunya.
Mana nak cari tenaga untuk meneran nanti.
Keluarkan kurma dan air zam zam dalam beg.
Paksa diri untuk telan sambil borak dengan suami sementara tunggu dia siap mengemas beg baju.

10.00 malam.
Mild contraction dah terjah.
Masih boleh duduk atas katil lagi sambil borak.
Tak lama lepas tu sakit pinggang, terpaksa baring sekejap.
Ikutkan hati, masa ni la kena squat atau buat belly dance atau berjalan-jalan dalam wad untuk cepatkan bukaan rahim.
Mak rasa tak mampu dah nak oi..
Makin kerap datang sakitnya tapi masih boleh senyum, masih boleh layan whatsapp.
Encik suami terpaksa keluar.Nurse tak benarkan lelaki dalam wad untuk jaga privacy ibu-ibu lain.
Baiklah.sobssss..
Tinggallah sorang-sorang atas katil sambil renung kipas berpusing.

11.00 malam.
Contraction makin kuat.
Setiap 10 minit datang menjengah.
Perbanyakkan zikir.
Terbaca dalam group GBG, masa contraction jangan tahan nafas.
Tarik dan hembus nafas dengan tenang untuk bantu bayi turun ke bawah.
Allahuakbar.
Memang sakit sangat.
Setiap kali datang sakit, pejam mata sambil pegang besi katil.
Ajaibnya, masih boleh whatsapp lagi dengan kawan-kawan :p

12.15 malam.
Nurse panggil untuk datang ke bilik rawatan.
Houseman nak buat VE.
Dalam hati,.mesti bukaan rahim dah 5cm ni.

Sekalinya houseman cakap, MASIH 3CM LAGI.
Macam ada batu besar hempap di kepala.
Dalam hati takkan low progress lagi.
Sakit makin kerap, makin kuat.

2.10 pagi.
Tengah tahan sakit, tiba-tiba air ketuban pecah.
Panas je rasa mengalir.
Cepat-cepat tekan button tepi katil.
Nurse datang tanya kenapa, bila cakap ketuban dah pecah dan dia suruh ke bilik depan buat VE.
WHAT ???
Selamba jawab, saya tak larat jalan.Sakit sangat.
Datang sister buat VE, dah 5cm katanya.
Dalam hati,syukurnya.
Cepat-cepat dorang suruh pindah katil.
Mak masih lagi statik sambil pegang lengan baju sister.
Mana tau boleh pindahkan kesakitan sekejap :p
Tak sampai 5 minit, VE lagi sekali, dah 8 cm.
Terus lompat katil pengusung di sebelah sebab takut terbersalin dalam wad.
Adoi la kalau ingat semula.Rasa kelakar pun ada.

Dalam LR, lagi satu hal kena pindah katil lagi.
Situasi sama saja, ambil sedikit masa.
Tarik nafas,turun nafas.

Bersambung lagi..







22 March 2014

Pengalaman Bersalin - Jom Ke HTAR

3/3/2014
5.00 petang.
Bersiap-siap untuk serah diri.
Agak weird ayat itu.
Pergi berdua sahaja dengan encik suami.
Sedih hati mak nak tinggalkan Sofea di rumah.
Nasib baik masa tu dia tengah tidur. Kalau tak mesti melalak nak ikut.Tinggallah dia dengan atok dan nenek.
Bertambahlah berat hati mak nak pergi hospital.
Sempat doa dalam hati, walau macam mana sekali pun kasih sayang mama tak akan berbelah bagi pada anak-anak.
Sobbsss...
Dalam perjalanan yang tak sampai 15 minit, tak putus-putus berdoa supaya dapat merasa bersalin normal.
Sampai di pusat pemeriksaan bersalin ( tak ingat apa nama sebenar tempat rawatan tu).
Saya masuk kemudian bagi surat kat nurse.
Lepas baca, dia suruh tukar baju pink yang omey omey itu.
Mak ni dahlah failed kalau nak ikat kain, nak tak nak pakai jela.
Selepas ambil maklumat, timbang berat badan, nurse suruh baring di katil dan tunggu doktor datang.
Oh kali ni rekod berat sampai 77kg.phewww..
Sempat juga request doktor perempuan yang periksa saya.
Prosedur macam biasa, doktor akan tanya dari a - z.
Lepas tu buat VE ( vaginal examination).
Dia cakap ' Puan, dah buka 3cm ye'.
Terkejut juga dengar sebab tak sangka, berkat jalan-jalan di mall cepat pintu rahim terbuka.Alhamdulillah.
Sebelum masuk wad, doktor nak scan lagi.Dia nak pastikan saiz bayi dan kandungan air ketuban.
Lepas scan dan VE sekali lagi, doktor cakap semua normal.Tiada yang kurang atau besar.
Baiklah jom ke wad tingkat satu.
Sebelum tinggalkan bilik rawatan, ada satu perkara yang terkesan di hati.
Selepas VE kali kedua, saya pun pergi tandas sebab rasa tak selesa.
Sampai je di katil, seorang nurse tinggikan suara.
'Puan,siapa benarkan puan ke tandas,puan tu da buka 3cm kalau bersalin dalam tandas macam mana?'
Laa..tak ada siapa pula yang bagi tahu tak boleh pergi tandas. Kalau ya pun dah buka 3 cm takkan la cepat sangat ke 10cm.
Kalau nak tegur pun, tak payahlah nak tinggikan suara, tunjuk muka berlagak.
Haihhh mampu cakap dalam hati je.
Panas je hati ni.
Tak apa,mak ingat nama cik nurse tu.
Bersambung...

07 March 2014

Pengalaman Bersalin - Check Up Terakhir

Pagi Isnin..
3/3/2014

Tergerak hati untuk pergi check up di Klinik Ajwa sebab nak tengok kandungan air ketuban.
Biasanya air ketuban akan berkurang bila EDD dah cukup.

Sampai di klinik, lega hati tengok Dr. Faznita yang bertugas.Masuk dalam treatment room, tergelak Doktor nampak saya.
"Awak belum bersalin lagi?"
Mak pun tak tau nak jawab apa.Dah overdue 4 hari.

Masa scan, doktor cakap kepala  bayi besar.Biasanya 10cm, tapi baby S 10.1cm.
Alamakk..
Anggaran berat dalam 3.9kg.
Bulat mata mak masa ni.
Air ketuban pun kurang.Katanya minimum 8, saya punya 7.5 saja.
Dah terbayang kena serah diri di hospital.

Berkali-kali Dr.Faznita pesan, lepas ni awak pergi hospital terus ye.Saya risau awak ni sebab sebelum ni kan ceaser.Anak awak besar ni.Saya buatkan surat untuk awak.

Baiklah..dalam keterpaksaan daku relakan :)))

Keluar dari klinik, cakap dengan encik Suami, nak makan mee goreng mamak dan teh tarik.
Ok,permintaan diturutkan.

Siap sarapan, menghala ke Plaza Alam Sentral.Temankan dia cari bateri hp.Lepas tu singgah lagi dalam kedai Mr.DIY.
Mak shopping sakan di sini.
Saja nak jalan-jalan supaya ada rasa contraction.
Lagi pun, orang cakap boleh cepatkan bukaan rahim.
Masa tu dah terasa perut sekejap-kejap menegang.

Keluar dari PAS, tak balik rumah lagi.
Singgah sekejap di Giant, beli bekas air besar untuk persediaan air kena catu.
Sempat lagi order ice blended mocha. Walaaa..
Sebelum balik rumah, singgah lagi sekejap di gerai makan, order mee kari udang.
Lazat dan menyelerakan.Licin mak makan.Sempat gurau dengan encik Suami, dah dapat makan semua ni rasanya dah boleh bersalin.Dia gelak je..
Dia tak tau perasaan isteri dia malas nak serah diri di hospital.

Lepas makan balik rumah terus.
Ohhh nyamannya boleh baring atas katil sebab dah sakit pinggang jalan sini sana.hahahaha

Nanti saya sambung cerita ke hospital lepas ni..