15 February 2013
14 February 2013
Akhirnya.. Pandai Pegang Sendiri
12 February 2013
Sofea : 11/2/2013 : 11 bulan
Terlambat sikit nak update.
Budak ni makin membesar.sedar tak sedar ada sebulan lagi nak cukup setahun.Alhamdulillah.
Cepatnya masa berlalu.Oppss,jangan tanya bila nak bagi Sofea adik.Masih tidak dibenarkan lagi tapi kalau ada dalam masa terdekat,semuanya rezeki dari Allah SWT.
Alhamdulillah selera makan semakin ok,semakin bertambah lasak.Sehari tidur dua kali pada waktu siang.
Dia dah pandai mengacah nak suruh orang kejar dia.Mentang-mentanglah dah boleh berjalan kan.
Gigi dua batang di bawah masih statik,tak habis lagi keluar.
Dah tiga hari cirit birit tapi makan dan minum tetap sama.Aktif macam biasa.Tak ada tanda-tanda dehidrasi.Amalkan BRAT saja setakat ni sambil bagi susu NOVALAC AD - susu khas untuk cirit birit.
Dah puas fikir apa penyebab Sofea cirit.
Sepanjang cuti ni Sofea makan prune,brocoli,oat,lobak,ayam,nasi.Semua makanan yang dia pernah makan sebelum ni.
Kalau esok masih sama lagi memang kena terus bawa p hospital.
Orang- orang tua cakap ini proses peralihan bulan.Wallahualam.
06 February 2013
Sofea Yang Lasak
25 January 2013
She Can WALK WALK WALK
Alhamdulillah Sofea dah boleh berjalan selepas beberapa hari genap 10 bulan.
Sebelum ni pernah berniat nak belikan Sofea kereta kecik untuk ganti walker dia.
Bila tengok di Giant tak ada pula yang berkenan.Ada yang comel tapi tak ada tempat letak kaki.Ada juga yang tersepit kaki di bawah kereta tu.Motor tu ada tapi alamakkk...tak sesuai untuk baby girl.hahahaha
Tak apa,nanti nak cari di Jusco pula.
16 January 2013
Sofea Kami
Ini bukan untuk dijual tau.hahaha
Temankan papa shoping baju.mama pula dah penat nak dukung.letak kejap atas timbunan baju.
27 December 2012
Kembali Bersiaran
Wahhh..dah lama tak bersiaran di sini.Hujung tahun ni sangat sibuk nak siapkan kerja apa yang patut.
Hari-hari balik lewat.Suami pun sama.
Kesian anak tak cukup kasih sayang.sobssss..
Minggu lepas rombongan Cik Kiah pergi Bagan Datoh Perak.Anak saudara sebelah suami kahwin.
Balik ahad tu anak beranak cirit birit dan muntah-muntah.
Kesian Sofea.Saya muntah-muntah je.Papa Sofea cirit birit.
Entah apa punca.
Orang lain yang makan nasi kenduri elok je.Sofea lagi la, bukan ada makan nasi pun.Bawa bubur dari rumah.Agaknya makanan dia dah tercemar sepanjang perjalanan dari Klang ke Perak.Kejam mama..hukhukhuk..
Bekalan Sofea masa tu semua puree frozen kecuali bubur sebab baru masak.simpan dalam bekas biasa.bukan dalam termos atau apa.Sampai homestay terus panaskan semua.
Agaknya kena simpan dalam bekas yang tahan haba barulah tak tercemar.
Pengajaran untuk saya kali ni.
Tapi kitaorang keracunan makanan sebab apa pula? O.o
Oh ya, 20hb tu Sofea check up untuk 9 bulan.
Berat : 7.6kkg
Tinggi : 73cm
Perkembangan sekarang ni dah pandai turun naik dari katil dan sofa dengan jayanya.
Dah pandai sebut nenennen..mamamam..dadada..taktatak.
geleng kepala kalau tak nak.
Alhamdulillah.
Sekarang ni macik sebelah suami jaga Sofea di rumah sementara tunggu flight ke Sabah awal Januari nanti.Ikutkan hati nak hantar ke BS sebab takut menyusahkan dorang tapi macik sendiri offer nak jaga.Takut nanti bosan duduk dalam rumah.Saya ok je janji jangan suap Sofea bukan-bukan.ngeee~
21 November 2012
Perkembangan Sofea Terkini
Tengahari tu BS ada sms bagi tahu badan Sofea panas.Masa ambil petang tu masih lagi terasa panas.Muka pun tak ada mood.Bibir merah.Mata layu.
Sampai rumah,merengek-rengek tak nak duduk bawah.Nak berdukung.Budak badan tak sihat macam tu la.Akhirnya terpaksa bagi paracetamol.Takut Sofea kena sawan tarik.Teringat lagi cerita mak budak di sebelah katil masa Sofea masuk wad hari tu.Anak dia kena sawan tarik.Ngeriiii..Sementara tunggu papa balik,saya lap badan dia pakai tuala basah.
Bila papa balik dari kerja terus Sofea melonjak-lonjak,menjerit-jerit.Aikkk,hilang ke mana demam tu??Bawa pergi klinik kanak-kanak malam tu juga.Keluar dari kereta,badan dah kebah.Kebah sebab makan ubat atau sebab dapat berjalan ni?hahaha.
Kitaorang tak jadi masuk klinik.Sebab utama,Sofea dah ok.Lagi satu,ramainya orang!!!
Tapi, pukul 4 pagi badan Sofea mula panas lagi.Tiba-tiba muntah.Tak ada pilihan lain,bagi lagi PCM.huhuhuhu..
Alhamdulillah, hari ini Sofea dah sihat.badan dah ok.Dah aktif bermain.
Dua minggu lepas Sofea dah mula panggil mama bila saya jauh dari dia.So sweet!!!!
Bila lapar,dia akan cakap mamamam..Tengah merengek lapar tu boleh berhenti sekejap bila nampak mama dia bancuh susu.Tau saja kan untuk dia.hehehe ^_^
Sofea tengah rajin belajar berdiri.Dah berdiri kemudian lepas tangan.Mampu bertahan lebih kurang 2 minit.Kalau terlebih rajin, dia akan melangkah laju-laju lepas tu capai badan benda dekat dengan dia.Benda tu mama dialah.Good job Sofea!!
Gigi?? Nan ado lagi.Tak apa.Mama tunggu lagi.
Teruja sangat tengok perkembangan Sofea tapi setiap budak perkembangan lain.Janganlah mommies buat perbandingan ye.Ada bahagian yang cepat,ada bahagian yang lambat.
19 November 2012
Outing With Sofea
09 November 2012
Entri Bergambar
Kesayangan Kami
31 October 2012
Gedik Kecil-Kecilan
Budak kecik ni dah tak reti diam kalau kena dukung.
Sedaya upaya nak turun bawah.Macamlah dah pandai berjalan.Babap nanti baru tau :)
16 October 2012
Tinggi?
Anak Bapak
Betul- betul nak bagi KPI bagus ke?
Jangan salahkan saya,salahkan web gomen yang berlumba dengan siput vavi ni.
Hari dah petang,hujan dah turun.
Jom layan gambar anak dara ni.
Anak dara ni mengada-gada kalau papa dia di rumah.
Mata boleh segar sampai pukul 12 malam.
Kadang-kadang,dah sedap tidur tapi automatik celik mata bila dengar pintu rumah dibuka.
Papa dia dah balik dari kerja.
Kuat betul chemistry anak beranak ni.
Orang lain pun cakap Sofea ikut muka papa.
Mama sila sedar diri.
Kalau papa dia landing atas tilam elok je Sofea ni main sorang.Tak ada nak memanjat badan.
Cuba kalau mama dia,Sofea boleh buat jongkang jongket atas tu.
Bila hujung minggu papa bertukar jadi Mr.Mama.
Saya pula bertukar jadi bibik.
Tapi,satu hal papa failed.Tak pandai lagi nak pujuk Sofea minum susu.
Macam mana mama nak pergi kelas setiap hujung minggu ni?
*tadi macam tak ada idea menulis tapi tengok post ni meleret panjang juga
15 October 2012
Susah Hati Mak
Dulu masa mula-mula bagi makan elok je nganga mulut minta suap.
Sekarang ni,mak dia dah puas nganga tapi mulut anak tak nganga juga.
Stress mak..
Puas mak masak menu sedap-sedap.Sanggup sorok-sorok print resepi di opis.
Baru makan dua sudu lepas tu mula buat hal.
geleng kepala.
ketap bibir.
Rasanya bukan masalah makanan sebab pengasuh pun cakap benda yang sama.
Nak kena tipu baru dapat suap makanan.Cuba bagi minum air,laju mulut nganga pastu minum macam sedap sangat air kosong tu.
Tak suap nanti lapar.tak makan nanti tak membesar dengan sihat.
Penyudahnya,mak dia suap pakai syringe.
Orang lain pakai syringe untuk bagi ubat.
Maknya pakai untuk bagi bubur.
Senang.
Dia buka mulut sikit terus tembak masuk mulut.
Bunyi macam kejam tapi terpaksa.
Sofea siap sebut 'armmmm...nyummm'.
Habis semangkuk bubur.
Agaknya Sofea ni ada masalah dengan sudu.
Nak sudu bentuk macam mana tak tau la.
Gigih mak google petua/cara-cara nak naikkan selera makan si kecik ni.
En. Google mengatakan kekurangan vitamin boleh membantutkan selera anak.
Pelik pula,macam nak sumbat makanan yang bervitamin kalau anak dah tak nak makan.
Adakah sebab macik sorang ni tak habis baca artikel tu? O.o
Ada lagi petua suruh bagi mandi daun kucai,daun serai.
Takper,boleh difikirkan semula untuk mencuba.
Selain tu,nak mulakan balik bagi Sofea makan Appeton for infants.
~Iklan tak berbayar,jangan beli appeton dia Wats*n.mahallll rm10++..~
12 October 2012
11 October 2012
7 Bulan
SOFEA NUR AZALEA genap 7 bulan hari ni.
Alhamdulillah.
04 October 2012
Dah Senang
Sekarang ni nak sediakan makan malam dah tak perlu ribut-ribut.
Tak perlu nak berperang dengan si kecik ni.
Tuuu..dah boleh sengih di dapur.
Masuk dalam walker sambil tepuk-tepuk kabinet dapur,peti ais.
Lepas tu ajak peti ais borak dengan bahasa planet.
Takper,mama tak kisah.
Janji mama boleh masak dengan tenang.
01 October 2012
Sofea Dan Walker
Tidak setanding nilai gelang yang dirembat tapi bolehlahh ya sayang..