Showing posts with label dunia baru. Show all posts
Showing posts with label dunia baru. Show all posts

29 March 2015

Drama : Aku bahagia, kau derita?

Assalamualaikum ..

Sesungguhnya Allah ingin menguji keimananku.    

Sehabis daya mak cuba bersabar tapi ada saja bahan nak mencuit kesabaran.    
Eh kau ni Senah (bukan nama sebenar) suka sangat cari pasal kan.
Istighfar banyak-banyak.

Tak faham kenapa perlu stalk fb orang lepas tu meroyan sorang-sorang sambil mencarut dalam post sendiri.
Banyak sangat masa nak tengok kehidupan orang lain.
Suka pula menilai orang itu ini.
Ya Allah, apa faedahnya buat begitu.
Penat layan cerita Senah sorang ni.
Hampir-hampir terjebak perangai budak hingusan tu.

Sekian kemerepekan di tengah malam.

Semoga daku sabar dan terus bersabar.
Takpa, Allah ada.

05 May 2014

Perkembangan Terkini

Hai hai hai..
Setiap hari belek blog sendiri.
Kemudian belek blog orang lain.
Berfikir nak buat post apa.
Ya ya ya, ada hutang lagi entri pengalaman bersalin,berpantang,menyusu dan banyak lagi cerita lain.

Jiwa belum sepenuhnya lagi masuk dalam opis.
Banyak kerja kena buat.
Manager baru dah masuk, sedang menyesuaikan diri dengan cara kerja baru.

Jiwa sedikit kacau sebab Saraa main tarik tali tak nak menyusu guna botol.
Setiap pagi berperang dengan pengasuhnya, dah lapar sangat baru nak buka mulut.
Masa pantang elok menyusu pakai botol, boleh lagi hisap pacifier.
Lepas hantar dengan pengasuh, akak tu mengadu susah nak bagi susu. T_T
Alhamdulillah, sehingga kini hanya susu ibu saja yang masuk dalam perutnya.

Rumah masih lagi dilanda ribut.
Anak dah dua orang mak kena tambahkan lagi tenaga mengemas dengan pantas.
Tambah pula hari tu,peristiwa catu air.
Malam-malam jadi kelawar bersengkang mata tadah air, basuh baju, mop lantai bagai.

Berat selepas pantang pun tak timbang.
Berat Saraa pun belum timbang lagi.

Senang cerita, belum dapat adapt sepenuhnya kehidupan selepas bersalin.hahaha


23 April 2013

Dua Puluh Enam Tahun Mengenal Dunia

ALHAMDULILLAH.
 
Itu sahaja yang mampu diucapkan.
 
SYUKUR..
Dengan segala kurniaan rahmatNya.
Atas setiap hembusan nafas selama ini.
Dianugerahi insan yang bergelar suami dan anak.
Keluarga yang mengiringi perjalanan hidup.
Sahabat yang hadir ketika susah dan senang.
Dijauhi kawan yang menjadi lawan.
 
Semoga menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.Amin.

 

18 April 2013

Hias Rumah Atau Kemas Rumah?

Bila tengok gambar dari blog orang lain,dalam hati ni berkata - 'rajinnya kemas rumah,rajinnya hias rumah.Tersusun rapi.Kreatif.
Lepas tu terus terfikir - ' Macam mana dorang kekalkan kekemasan,susun atur barang dengan anak kecil yang juga rajin 'mengemas'?
Fikir lagi - ' Berapa lama ambil masa untuk mengemas dan menghias rumah?'

Nak buat pengakuan,saya tergolong orang yang mengemas rumah ala kadar sahaja.Nak mengemas sungguh-sungguh bila ada tetamu datang rumah.

Jadi saya nak berubah.Rimas tengok rumah tak kemas.Tak cantik.Dah buat senarai siap-siap untuk projek kemas rumah. >.<


  • Ruang tamu
- Ubah susun atur sofa
- Tukar langsir
- Letak 4 keping frame gambar
- Play area untuk Sofea
- cat dinding ( ni kena amik masa lama.Sampai sekarang tak tau nak cat warna apa) GREY atau PURPLE??
 
 
  • Dapur
- Buang perkakas lama/tak pakai
- Label nama dan tarikh luput segala bahan masakan (rempah,tepung dll).
 
  • Bilik tidur
- Tukar kedudukan katil dan meja solek
- Tukar langsir
 
  • Bilik pakaian
- Asingkan baju yang tak dipakai dan masuk ke dalam kotak.
 
  • Stor
- Buang/kitar semula barang yang tak diguna
- Label kotak


Cukuplah setakat ni.Tak perlu banyak-banyak.Dah siap dalam senarai ni baru tambah lagi.

Antara blog jadi sumber inspirasi --->>

brideinmaking.blogspot.com
susunatursioca.blogspot.com
kasehku-hidupku.blogspot.com
iheartorganizing.blogspot.com



Sumber blog ni saya cedok dari aku bukan bidadari .
Setiap hari buka blog bidadari ni.Puan blog,Aty ni orang yang teliti dan suka mengemas.Suka tengok dia deko rumah sendiri.Ampun maaf ye Aty sebab amik jalan mudah copy link dari blog Aty.



04 April 2013

Bukan Seperti Yang Disangka


Lepas hajat yang terpendam untuk makan mangga muda.
Ini gara-gara demam panas 6 hari.
Masa terbaring demam,terbayang-bayang mangga muda cicah cili dan garam.
Mana nak cari pokok pelam di tengah-tengah bandar.Nak tak nak gagahkan diri pergi beli di gerai cekik darah.Mahal oi 100 gram RM2.70.Dia kira sekali dengan bekas tapau.Bila minta plastik dia cakap tak ada.Nasiblah tekak ini mengidam..


21 March 2013

Nervous

Adik ambil keputusan SPM hari ni.
Adik beradik nebes.
Dari tadi cek online tapi tak dapat.
Hampeh...
Adik pula dah gigil di PPD.
Apa- apa pun kena sediakan duit poket untuk beli hadiah.
Ok,malam ni kerja part time di KFC.bhahahaa...

05 March 2013

Bukan Pendendam


Penerimaan dan pemahaman adalah berbeza.
 
Penerimaan tanpa pemahaman adalah sia-sia.
 
Sebaliknya cuba memahami untuk menerima.
 
Pentingnya memaafkan dengan ikhlas.
 
Tak nak jadi hipokrit.
 
Beri sedikit masa dan ruang untuk muhasabah diri.

04 March 2013

Alhamdulillah Kembali Sihat

Alhamdulillah sembuh sepenuhnya.
Syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan untuk terus bernafas sehingga kini.
Terima kasih pada kawan-kawan yang prihatin,yang bertanya khabar dan sebagainya.

23/2/2013
Memang tak dijangka demam panas pada pagi Sabtu adalah petanda demam denggi.Sakit kepala yang teramat sangat,badan menggigil kesejukan dan sakit sendi.
Telan ubat penahan sakit dan dua biji panadol.Demam beransur kebah.Sempat sediakan sarapan kemudian tumbang semula :'(

24//2/2013
Demam lagi. 39 º celcius.Telan ubat lagi.Minum air kelapa.Minum air 100+.Encik suami ajak pergi hospital tapi badan sangat tak larat.Sakit sendi membuatkan diri lagi selesa untuk baring dan berselubung selimut.24 jam badan terasa sejuk.

25/2/2013


Terpaksa dan dipaksa untuk ke hospital.Sofea hantar ke rumah pengasuh.Selepas 5 jam menunggu di Kecemasan,HTAR Klang akhirnya dapat jawapan dari mulut doktor sendiri.Awak suspek denggi ni,platlet darah merah dah 203.Saya ternganga.Esoknya kena datang lagi sebab nak cek darah untuk kali kedua.Dalam pada masa tu tekak pula teringin nak makan sup Ani Utara tapi tak larat nak ke Shah Alam.Beli jela sup daging di kedai biasa :'(

26/2/2013
HTAR lagi.Kali ini proses sekejap saja sebab kami pergi waktu pagi.Sebelum tu dah hantar Sofea ke rumah pengasuh.Sayu hati tengok muka dia.
Doktor terpaksa tahan dalam wad sebab platlet darah makin turun.Gusi pula dah mula berdarah sejak 24/2.Ok,redha tapi terkilan sebab tak dapat nak jumpa Sofea lagi.Pertama kali berpisah tilam dan bantal dengan dia.

27/2/2013
Hari kedua dalam wad.Demam dah kebah.Doktor cakap dua hari selepas demam adalah tahap kritikal,kena monitor selalu.Jadi tak ada harapan untuk keluar wad.Platlet makin turun.Cirit pula.Drip dah masuk botol ke 4.Tak ada selera makan.Nak minum air pun terasa mual.Tiba-tiba teringat masa morning sickness >.<
Dalam sehari 4 kali doktor amik darah.Pegawai MPK datang buat siasatan.Tanya tinggal di mana,bila demam,kawasan rumah ada fogging tak.

28/2/2013
Tekanan darah rendah.Drip dah masuk botol ke 6.
10 pagi drip dah cabut.Hilang azab nak pergi toilet angkut botol drip.Doktor suruh tunggu keputusan darah jam 12 tengahari.Berdoa supaya dapat keluar wad.Wad sentiasa penuh.Memang musim kes denggi agaknya.




Akhirnya doktor suruh balik.Pesan minum air putih banyak.Tak ada temu janji seterusnya dan bil hospital percuma.Dapat MC sehingga 3/3.Sekali tengok kalendar,sampai hari Ahad rupanya.Cehh..dah sah-sah tak kerja hujung minggu.Apa-apa pun syukurlah dapat keluar wad.

Ambil iktibar dari pengalaman demam denggi ni.Nyamuk aedes sekecil tu mampu membawa maut.Jangan ambil mudah pembiakan nyamuk.Elakkan berada di luar rumah pada waktu senja.

*Petang tu juga MPK datang untuk fogging.Buka pintu seluas-luasnya sebab dalam rumah ada kes denggi.Kesudahannya.terpaksa mop lantai 3 kali sebab berminyak.Tak apa,rela mop lantai banyak kali dari duduk dalam wad berhari-hari :))


15 February 2013

F.R.I.D.A.Y



 
 
> Isipadu pipi semakin bertambah akibat faktor umur <

05 February 2013

Cobaannn...

Korang pernah ada pengalaman tak bila masuk supermarket,nak keluarkan duit tapi mesin ATM rosak.Nak tak nak kena pakai debit kad untuk beli barang dapur.Kalau guna debit kad minimum pembelian adalah RM50.
Masa tu orang tengah ramai.Sesak sebab hujung minggu.
Gigih isi troli dengan barang dapur.Capai itu ini.
Agak-agak dah lebih RM50 terus beratur di kaunter.
Berderet-deret troli tunggu giliran.
Tiba giliran,keluarkan semua barang dari troli.Bila dah habis letak tiba-tiba nampak kertas kecil,

' CARD CREDIT OFFLINE'

Maksudnya CASH ONLY.

Tak puas hati dan terus tanya cashier.Sah.Memang tunai sahaja diterima.
Keluar sekejap nak cek mesin ATM.Masih lagi OUT OF SERVICE.

Buat muka tebal 10 inci.Kutip balik semua barang dan masukkan dalam troli.
Beredar secepat mungkin.
Cari kaunter yang boleh guna debit kad.
Selesai.



Perkara ni terjadi pada saya Sabtu lepas.Uwwwaaa...

 
Kalau tak sebab barang dapur,memang dah lama tinggal troli ni di tepi kaunter.Haishh..


31 January 2013

Luahan Penghuni Pondok Buruk

Orang berbudi kita berbahasa tapi kalau tak faham bahasa..??
Bagi betis nak peha,bagi peha nak apa lagi,penyepak..??

Tak tahulah saya ni jenis tak boleh berkongsi dengan orang lain atau jenis kedekut atau jenis pentingkan diri sendiri.
Boleh bayangkan situasi saya ?
Sebelum ni hanya bertiga dalam rumah tapi sekarang jadi berlima.
Terus terang saya cakap,tak kisah berapa ramai dalam rumah tapi sila bertimbang rasa.Sila fikir perasaan orang lain terutamanya tuan rumah.
Rumah saya bukan rumah kebajikan.
Sorang tak bekerja,sorang lagi bekerja tapi serupa macam tak bekerja.
Kalau tak bekerja siapa yang tanggung makan semua?
Tapi hal makan saya tak kisah sangat.Saya anggap itu satu sedekah untuk dorang.
Masalahnya sekarang KEBERSIHAN dalam rumah.
Hari ni mop lantai esok dah melekit semula.Punca? Tak pakai selipar bila masuk dapur basah.
Setiap masa mesti ternampak cawan/gelas terpakai atas meja makan.Siapa punya? Takkanlah Sofea kan.
Semangat nak basuh baju.Tengok-tengok dalam mesin basuh ada baju terendam entah dah berapa hari.
Ikutkan hati nak vakum rumah setiap hari.rambut gugur sini sana.Sofea lah tukang kutip.Haish..
Satu lagi,hisap rokok dalam toilet.Pantang betul kalau terhidu bau rokok dalam rumah.
Ada banyak lagi tapi tak tertulis semuanya.Tak larat nak mengadu oii..

Dah pernah slow talk dengan suami pasal ni tapi tetap sama.Berharap sangat dia dapat tegur.
Nak suruh saya tegur boleh sangat tapi lepas tu jangan menyesal.Saya jenis pendam lama-lama lepas tu meletup sekaligus.
Ada tips tak untuk perbetulkan semua ni O.o

27 January 2013

Sakit Itu Penghapus Dosa

Bermalas-malasan di rumah sepanjang cuti ni.Anak dan mak selesema dan batuk sejak hari Jumaat.Petang tadi pula badan sofea panas.38 darjah celcius.Terpaksa bagi pcm.Asyik merengek.tak nak makan.lepas minum susu muntah.
Semalam dah bagi jus delima.Lepas bagi 10ml terus muntah kahak dengan meriahnya.
Sekarang ni tengah berjaga-jaga.risau suhu badan naik mendadak lagi.

25 January 2013

Mama versi 2013

#Hometown#Sabah

Alhamdulillah..selesai urusan beli tiket balik raya puasa nanti.
Awal beli tiket?
Kami memang macam ni.suka plan awal.bajet bukannya tip top pun.Nak beli tiket dekat-dekat raya memang tak dapat la.harga melambung.
Kali ni sama macam tahun lepas,naik MAS lagi.
Tiket Sofea rm31.80 sahaja.Tak adanya rm250 macam tahun lepas.Itu semua tipu.Taubat dah mak nak percaya orang tu lagi.
Lepas ni bolehlah bajet beli baju raya pula.weeeee~

21 January 2013

Masalah Apa ni?

Sekarang ni tuan blog ada masalah.
Tak boleh upload gambar dari desktop masuk dalam blog.
Mengapakah?
Ada kaitan ke dengan download blogger apps dalam android?
Nampaknya tak cukup canggih lagi nak faham semua ni.
Siapa yang baik hati tolonglah explain  :(

Dah tu nak upload apa yang error pun tak dapat.
Bila klik upload,tak keluar pun tab untuk pilih gambar di computer.