06 May 2014

Tips Untuk Susu Ibu PEKAT dan BANYAK

Salam semua..

Ini adalah tips untuk ibu-ibu yang baru bermula atau berhasrat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.
Ini juga tips untuk yang inginkan milk booster secara pemakanan natural, bukan bergantung dengan suplemen atau ubat farmasi.

Pertama, tawakal kepada Allah. Percaya semuanya Allah yang Menentukan dan Memberi.Selain itu, kita berusaha.

Ibu-ibu yang nak kongsi tips juga dialu-alukan :))

1. Paling penting. Paling kerap dipesan. Paling mudah. SUPPLY AND DEMAND.
Makin banyak pengeluaran susu, makin kerap susu terhasil.
Makin kerap kita menyusukan anak, makin banyak susu terhasil.
Makin kerap kita pam, makin cepat susu penuh.
Ayatnya sama kan tapi berlainan situasi.

2. Banyakkan minum air kosong.
Badan kita menghasilkan cecair.Jadi, badan juga perlukan cecair.
Teruskan minum air kosong 2 liter ke atas.
Dalam masa yang sama boleh mengatasi masalah sembelit.

3. Amalkan makan makanan dari hasil tenusu.
Minumlah susu segar ( jika dapat ),apa-apa jenis susu ( elakkan susu tepung), keju dan sebagainya.

4. Kurangkan makanan segera (fastfood/instant food)
Makanan yang terproses mengandungi bahan yang tidak sihat. Secara tidak langsung mempengaruhi penghasilan susu.

5. Jadikan sup sebagai salah satu hidangan.
Masak sup lobak putih/betik muda bersama ayam atau daging.
Hati-hati, setengah orang tidak tahan dengan lobak putih yang dikatakan 'sejuk' ( seperti saya :(

6. Halba, longan kering, kurma merah,barli.
Untuk resepi ini, saya campur kesemuanya dalam periuk kemudian tambahkan air.Dah siap masak, minum dengan gembiranya. Kalau tak dapat cari semua bahan, campur halba dalam masakan pun boleh atau buat air barli campur kurma. Selain tu,oat pun membantu.

7. Makanan protein seperti telur, daging merah atau ikan.
Makanlah dengan hati yang senang. Tak perlu risau berat badan naik :p

8. Minda
Tetapkan minda bahawa susu banyak. Susu pasti ada.
Sambil tu ingat anak dan tengok gambarnya.
Masyaallah..

Sekian perkongsian yang tak seberapa ini.
Saya pun baru memulakan perjalanan menyusukan anak.
Sama-sama kita berganding bahu.
Sama-sama kita berkongsi.
Stok EBM pun ala kadar tapi alhamdulillah ada sokongan dari orang sekeliling.
Dan yang penting, jangan CEPAT putus asa.
Susu ibu HAK anak.
Berikan hak mereka.
Tiada susu lain yang dapat menandingi kehebatan khasiat susu ibu.

Happy breastfeeding !!!


No comments: