Terdapat pelbagai kaedah gentlebirth yang telah dipraktikkan pada zaman ini.
Antaranya adalah :
Homebirth
- Didefinisikan sebagai kaedah bersalin atau kelahiran yang dilakukan di rumah,bukan di hospital atau mana-mana pusat kesihatan.
Homebirth juga boleh dilakukan secara perseorangan atau pun dengan bantuan bidan atau doula (bidan moden).
- Kebanyakan para ibu memilih kaedah ini kerana pihak hospital tidak bersetuju dengan permintaan keluarga.
Lotusbirth
- Selepas kelahiran, tali pusat tidak akan dipotong.Tali pusat dan uri akan dibiarkan bersama dengan bayi sehingga tali pusat tersebut luruh.
Waterbirth
- Seperti yang diketahui, kaedah bersalin ini dilakukan di dalam air.Contohnya,dalam pool (kolam kecil) atau bath tub.
- Air memberi kekuatan kepada ibu.Apungan dapat mengurangkan berat badan,membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik.
- Ia juga mengakibatkan pengoksigenan otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.
- Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), Dr Choong Kuo Hsiang, berkata kaedah melahirkan anak dalam air diperkenalkan di hospital di Malaysia, pada 2008.
- Kaedah bersalin dalam air terbahagi kepada dua cara iaitu :
- Wanita hamil yang berendam dari awal dan sehingga bersalin dalam air.
- Berendam untuk tempoh tertentu selagi mahu, tetapi kemudian beralih ke katil bagi melahirkan bayi
Hypnobirth
- Kaedah ini lebih menumpukan pada teknik kawalan pernafasan semasa proses kelahiran.- Teknik ini boleh mengurangkan rasa letih sepanjang proses bersalin.
- Ia juga mengurangkan risiko masalah pernafasan agar mampu membekalkan oksigen berpanjangan kepada bayi.
Mengapa memilih homebirth :
Untuk kes tertentu, mereka memilih homebirth kerana tidak mampu membayar kos bersalin di hospital.
Di negara lain pula, pemilihan homebirth adalah satu langkah untuk mengelak berdepan dengan prosedur perubatan.
Mereka lebih tertarik untuk bersalin tanpa gesaan seperti pembedahan atau episiotomi.
Mereka juga ingin mengelak untuk bergantung dengan bantuan ubat-ubatan seperti epidural atau induce.
Selain itu,faktor penjagaan aurat adalah alasan utama untuk melakukan homebirth.Apabila bersalin di rumah,mereka hanya ditemani oleh ahli keluarga atau bidan sahaja.
Segelintir pihak juga memilih untuk melakukan homebirth kerana ingin mengelak sebarang suntikan vaksin ke atas bayi mereka.
Ada juga kes trauma dengan kaedah bersalin sebelum ini iaitu di hospital yang menyebabkan mereka memilih homebirth untuk kelahiran seterusnya.
Keistimewaan homebirth :
'Delay cord clamping'/Menangguhkan proses pemotongan tali pusat.
- Cara ini memberi peluang kepada bayi untuk mendapat oksigen dalam darah dan nutrien dari plasenta secukupnya.Kadar penangguhan ini dari 15 minit atau seterusnya atau sehingga tali pusat luruh seperti kaedah lotusbirth.
- Lebih kurang 30% darah bayi masih terdapat di dalam tali pusat.Tali pusat akan berdenyut beberapa minit untuk menolak masuk darah ke dalam tubuh bayi.Jika terus dipotong,kemungkinan bayi berisiko kekurangan zat besi dan oksigen.
- Penangguhan memotong tali pusat bayi selama 3 minit cukup efektif untuk mencegah anemia kerana dapat meningkatkan kadar zat besi dan tahap hemoglobin dalam tubuh bayi.
- Penangguhan pemotongan tali pusat juga akan meningkatkan tahap antibodi bayi.
Skin to skin
- Proses ini dapat menstabilkan atau menenteramkan bayi.Apabila didakapkan di badan ibu,bayi akan terasa selamat kerana mendengar bunyi jantung dan berasa seakan-akan masih di dalam rahim.
Kelahiran yang tenang
- Proses akan berjalan dengan lancar kerana ibu berasa selesa dengan pilihan kedudukan.
- Homebirth juga memberi keselesaan bersalin di tempat sendiri.Si ibu akan lebih merasa alami dan kadar tekanan emosi berkurangan.
Persediaan untuk homebirth :
- Pengetahuan dalam homebirth antara persediaan yang penting untuk melakukan kaedah ini.Ibu mahu pun ahli keluarga yang lain harus mencari info atau membaca pengalaman individu yang telah melakukan homebirth.Setelah itu,yakinlah anda mampu untuk melakukannya.
- Pemakanan yang seimbang juga mempengaruhi kelancaran proses kelahiran.Amalkan pemakanan yang natural dan bebas sintetik.
- Terdapat juga senaman tertentu yang perlu dipraktikkan untuk membantu kelancaran proses homebirth.
Namun, kelahiran di rumah telah menjadi kontroversi terutama di kalangan profesional.Mereka beranggapan bahawa homebirth mempunyai risiko yang tinggi kerana ketiadaan bantuan perubatan atau alatan yang canggih seperti di hospital.
Tetapi,pada zaman kini,gentlebirth juga boleh dilakukan di hospital atas persetujuan antara doktor dan pesakit.
Sumber :
- Buckley MD., Sarah. Gentle Birth, Gentle Mothering, Australia, 2006
- Davies, Leap, McDonald. Examination of the Newborn & Neonatal Health: A Multidimensional Approach, Elsevier Health Sciences, 2008.
- Lim, Robin. After the Baby’s Birth: A Complete Guide for Postpartum Women, Ten Speed Press, U.S. 2001
- Rachana, Shivam. Lotus Birth, Greenwood Press, Australia, 2000
- Parvati Baker, Jeannine. Prenatal Yoga & Natural Childbirth, North Atlantic Books, U.S., 2001
- World Health Organization (WHO). Care in normal birth: A practical guide, report of a technical working group, Geneva, Switzerland, 1997
- Ola Andersson, Lena Hellström-Westas, Dan Andersson, Magnus Domellöf. Effect of delayed versus early umbilical cord clamping on neonatal outcomes and iron status at 4 months: a randomised controlled trial. BMJ, 2011; DOI: 10.1136/bmj.d7157
- Patrick van Rheenen. Delayed cord clamping and improved infant outcomes. BMJ, 2011; DOI: 10.1136/bmj.d7127
- McDonald SJ, Middleton P. “Effect of timing of umbilical cord clamping of term infants on maternal and neonatal outcomes (Review).” Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 2.
- http://www.nytimes.com/2013/07/11/health/study-endorses-later-severing-of-umbilical-cord.html
- https://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/groups/mygentlebirth/
2 comments:
ikut tahap keberanian dan ilmu juga kene ade kan..... baru semngat jadi kuat...
ye Ayu tapi rasanya kalau ilmu da cukup,automatik jadi berani.
Post a Comment