Mempersembahkan cik Sofea agogo..
Budak kecik ni dah tak reti diam kalau kena dukung.
Sedaya upaya nak turun bawah.Macamlah dah pandai berjalan.Babap nanti baru tau :)
31 October 2012
Air Mata Menitis Lagi
I'm not a good mother but nobody perfect right?
23 Oct 2012
Buah hati mama masuk wad lagi.Kali ni sebab doktor suspek ada lung infection/jangkitan kuman dalam paru-paru.
Gara-gara batuk yang berterusan,sofea susah nak bernafas.macam semput pun ada.Bila bawa pergi klinik pakar kanak-kanak,doktor geleng kepala.Dia cakap teruk bunyi pernafasan Sofea.
Ya Allah..tahan air mata je dari mengalir depan doktor tu.
Doktor tu tulis surat dan suruh rujuk kat hospital cepat.
Sampai dI HTAR,Klang,terus masuk zon kuning.Doktor cek dan dia cakap kemungkinan besar kena tahan dalam wad sebab pihak hospital nak pantau.Sebelum masuk wad,doktor bagi nebulizer untuk lancarkan pernafasan Sofea.Mula-mula dia tak meragam,5 minit lepas tu dia dah rasa tak selesa.mengamuk,melalak sampai habis nebulizer.Terpaksa juga buat sebab kesian tengok cara dia bernafas.Tahan hati tengok dia meraung-raung menangis.Nasib baik papa dia ada.
Selama 24 jam di hospital,kami bergilir jaga dalam wad.Sofea kemain suka lagi sebab ramai kawan.
Dia tak tahu mama dan papa dia risau sangat.Biasalah budak,nangis bila lapar ,ngantuk dan tak selesa je.Dalam masa 24 jam juga,dah 6 kali buat nebulizer.Curi-curi buat masa Sofea tidur.
Keesokkan harinya,doktor pakar datang cek Sofea.Alhamdulillah,dia cakap pernafasan Sofea dah ok.Dah boleh keluar wad.Lega hati.
Pesan dia,jangan dedahkan sofea dengan orang ramai.Seeloknya kuarantin dalam masa seminggu.

sayu hati bila tengok gambar ni
Keesokkan harinya,doktor pakar datang cek Sofea.Alhamdulillah,dia cakap pernafasan Sofea dah ok.Dah boleh keluar wad.Lega hati.
Pesan dia,jangan dedahkan sofea dengan orang ramai.Seeloknya kuarantin dalam masa seminggu.
Ini rupa budak yang masuk wad.asyik nak memanjat pastu ushar orang sebelah.haishh..
Anak mama,cepat sembuh tau.
Sampai sekarang Sofea masih batuk lagi tapi tak sekerap macam dulu.Doktor tak bagi antibiotik sebab nanti efek di hati. T_T
30 October 2012
Baby Outlet Warehouse Sale 2012
aiyarkkk..sini sana ada sales.rabak poket mak.
takper,demimu anak.
kat sini mak nak borong mamypoko dan drypers.
barang yang lain buat-buat tak nampak boleh??
bhahahahaha...

23 October 2012
Pesanan Untuk Wanita
> " Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
>" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31
>" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
>" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31
>" Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
(Riwayat At-Thabrani)
>" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasulullah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)
>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32
>"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
>"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada Gaya ??
Macam biasa,budak ni kena tunggu pukul 12 malam baru nak tido.
Mata mama dah jadi macam panda.
Apa-apa pun,gaya itu penting.Setiap hari tak sah kalau tak menongkat dagu kan Sofea ..
19 October 2012
Sales..Sales...FOCUS POINT Old To New
Lai..lai...mari datang dekat.
Siapa yang nak tukar cermin mata hari tu.
Meh tengok pamplet ni.
Macam tau-tau je kita tunggu sales dorang ni.
Ada 2 cermin mata boleh tukar ni..ngeee..
p/s :Banyak sales nak tanda di kalendar ni :))

15 October – 14 November 2012
FOCUS POINT Old for New Sale
Discounts up to 50%
The fever is back!
Bring in any of your old eyewear and get RM50
off
your new eyewear purchase.
NO fakes, ONLY originals.
Brands
Offered
Serengett
Bonia
Bolle
Guess
Prada
Coach
Elle
Esprit
CK
Diesel
Hugo Boss
AX
Ray Ban
Burberry
Emporio Armani
Sting
and many more
MyDear Warehouse Sales 2012
Apakah..Mengapakah..Bagaimanakah.. T_T
Adoi..kenapa mesti clash date dengan warehouse sales kitaorang?
Macam mana nak terjah kilang myDear ni.
Dah la sales habis pukul 6.Mydear pula tutup pukul 7.
Uwaaaaaa..
Apa-apa pun mommies sekalian,selamat bershopping untuk anak-anak tersayang.
Doakan saya supaya boleh join shoping juga.ekekeke..
Diharapkan ada peluang untuk menyelit bershoping pada 25 Oct sehingga 4 Nov tu.
Alamat tempat shoping tu :
34,Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,Selangor.

18 October 2012
Perkembangan Sofea
Minggu ni saya perasaan Sofea (7m++) dah mula :
So suwit anak mama ni.Teruskan belajar dengan sihat ye :))
~ sebut mamamamama,papapappapa,tatatatatataa,armmm,nyummm
~ berani berdiri sambil pegang benda di tepi sama ada pintu,kabinet.
~ pandai melambai-lambai.bila cakap babai,dia angkat tangan dan melambai.
~ bila ajar baca ABC, dia sebut Aaaaa..bolehlah nak.
~ bila panggil nama dia,cepat-cepat merangkak ke arah kita
So suwit anak mama ni.Teruskan belajar dengan sihat ye :))
Pureen Stock Clearance 2012
Yeahhh,seperti yang dinanti-nantikan.
Hujung tahun memang meriah dengan sales.
Sales yang sangat ditunggu mestilah barangan bayi.
~ ~ ~Aty (aku bukan bidadari) suka tak? ;))
Mummies semua,sila ambil perhatian.
Sediakn mental dan fizikal pada 24 & 25 Nov 2012 di Summit Company,Petaling Jaya.

Pengenalan Telur Untuk Anak Berusia 8 Bulan
- Pastikan telur betul-betul masak.
- Telur boleh direbus kemudian campur dalam puri atau bubur.
Cara nak intro:
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu
Sumber : HSFFYB
Pemakanan Ketika Anak Batuk,Demam,Selesema,Cirit Birit
Jika si manja anda demam
Kanak-kanak yang demam selalunya kurang selera makan atau tidak mahu makan. Cuba pujuk si manja mengambil sedikit makanan yang berkalori tinggi, kerana anak anda pastinya enggan makan banyak. Anda juga boleh berikan makanan lembut seperti bijirin oat,barli, bubur ayam atau sup, dan kentang lenyek. Beri si manja minum sebanyak mungkin, terutama sekali air kosong, atau jus, untuk mengelakkan penyahhidratan yang mungkin berlaku apabila suhu badan naik.Elakkan memberi makanan yang bergoreng,telur dan biskut kering.
Jika si manja anda selesema
Kanak-kanak yang selsema biasanya tertarik dengan makanan yang hangat dan bersup, dan juga makanan lembut dan mudah dimakan. Ini termasuk sup atau bubur ayam, telur goreng hancur, kentang lenyek, lempeng dan bijirin oat. Makanan hangat juga boleh bertindak sebagai pengewap, untuk melegakan hidung yang tersumbat.Selain itu,berikan makanan yang mengandungi vitamin C.Vitamin C sebagai antioksida yang baik untuk membina sel-sel badan yg sihat dan meningkatkan sistem imun badan.
Jika si manja anda cirit-birit
Cirit-birit biasanya boleh dirawat di rumah, selalunya dengan mencegah penyahhidratan atau dehidrasi daripada berlaku. Cuba jangan beri sebarang ubat, melainkan ditentukan oleh doktor si manja anda. Galakkan si manja minum sebanyak mungkin, termasuk air, sup dan minuman larutan garam. Makanan yang mudah dihadam, seperti bijirin oat atau bubur, rebusan atau sup sayuran, juga patut diberikan.[INGAT B.R.A.T ketika anak anda cirit birit]
~ INFO TAMBAHAN ~
Unsur Yang (heaty food)
Pepper, cinnamon bark, ginger, soybean oil, red and green pepper, chicken, apricot seed, brown sugar, cherry, chestnut, chive, cinnamon twig, clove, coconut, coffee, coriander (Chinese parsley), date, dillseed, eel, garlic, grapefruit peel, green onion, guava, ham, leaf mustard, leek, longan, mutton, nutmeg, peach, raspberry, rosemary, shrimp, spearmint, sweet basil, tobacco, vinegar, walnut, jackfruit, durian, leek, shallots, spring onion, , apricots, blackberries, black currant, mangoes, peaches, cherry, mandarin orange, grape.
Unsur Yin (cool)
Bamboo shoot, banana, bitter gourd, clam, crab, grapefruit, lettuce, persimmon, salt, seaweed, star fruit, sugar cane, water chestnut, watermelon, lotus root, cucumber, barley, bean curd, chicken egg white, marjoram, oyster, pear, peppermint, radish, strawberry, tangerine, and yogurt, broccoli, cauliflower, zuccini, corn, tomatoes, pineapple, turmeric.

Jika Anak Sembelit
Stop BRAT (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast).
Give P (Papaya, pumpkin, prune, plum).
Beri minum air kosong.
Breastfeed dengan kerap.
Hentikan dahulu beri makan untuk beberapa hari untuk perut anak berehat.
Buat urutan perut dan kayuhkan kaki anak seperti aksi mengayuh basikal.
Sumber :HSFFYB

10 Tips Ajar Anak Bercakap
1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak mempedulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataan itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan.
2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.
3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat
4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.
6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.
7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.
8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.
9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.
10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.
4 Tahap Mendidik Cara Rasulullah S.A.W
1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk MEMANJAKAN, MENGASIHI DAN MENYAYANGI anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Sumber : excelqhalif
Bahaya Pengambilan Vitamin C Berlebihan
Kepercayaan bahawa vitamin C memberikan keajaiban untuk mengekalkan tahap kesihatan bermula apabila seorang saintis, LINUS PAULING menulis di bukunya, HOW TO LIVE LONGER AND FEEL BETTER yang mencadangkan rawatan menggunakan vitamin C yang berdos tinggi.
Linus Pauling bersama Irwin Stone mencadangkan pengambilan vitamin C melebihi 10 gram sehari.Pendapat mereka ditolak oleh kebanyakkan saintis kerana kajian hanya di buat ke atas pemakana spesis primates dan cadangan mereka mengenai vitamin C secara berlebihan dan dos yang terlalu tinggi.
Terdapat kajian yang mengatakan:
~ Vitamin C membantu pesakit yang mengalami lepuhan akibat kecederaan terbakar tetapi apabila kajian ini diulang ia tidak memberi kesan yang diharapkan.
~ Vitamin C menyebabkan penyerapan zat besi yang banyak dan memudaratkan pesakit.
~ Kesan sampingan akibat pengambilan melebihi 3 gram sehari adalah cirit birit.
~ Kadar penyerapan ceruloplasmin mejadi rendah dan individu mengalami tanda-tanda kekurangan zat copper dalam badan.
~ Pengambilan vitamin C yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang meningkatkan kebarangkalian mendapat katarak pada wanita berumur.
-
~ Bagi individu yang mempunyai masalah kekurangan enyzme glucose-6-phosphate-dehydrogenase (G6PD) harus berhati-hati dalam pengambilan vitamin C kerana mereka boleh mengalami kekurangan darah akibat sel darah merah menjadi pecah akibat hemolytic anemia akibat pengambilan vitamin C secara intravenous atau berlebihan.
~ Pengambilan vitamin C berlebihan oleh pesakit ginjal boleh menyebabkan kematian.
~ Vitamin C tidak memanjangkan umur pesakit kanser tetapi menganggu keberkesanan rawatan kemoterapi.
Oleh itu,pengguna diminta berhati-hati dalam pengambilan vitamin C dan suntikan vitamin C adalah tidak digalakkan.
Rujukan : Dr. Zubaidi blog

17 October 2012
Tips Didik Anak Jadi Soleh & Solehah
Rujukan: mommymiasara
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.
16 October 2012
Tinggi?
Budak ni tinggi sebab ikut gen mak bapak.
Hari tu ukur masa 6 bulan dah 68cm tapi gambar ni masa Sofea 7 bulan lebih.
Tak dapat full caption oleh camera fon cabuk mak dia.
Tudung Baru
Nama saintifik tudung ni instant hijab. Dalam bahasa Melayu tudung segera.bukan santan segera tau (^_^)
Beli di Nilai 3.
Harga dalam RM belas-belas :)
Nilai 3 dah best.Tak macam dulu yang banyak old fashion.
Sekarang sebut nak apa.Hampir semua ada.
Paling best bila dapat tawar menawar dengan peniaga Pakistan.Peniaga Melayu pun ok juga sebenarnya.
Dorang tak kedekut.
Tak berkira nak untung lebih.
Janji ada pembeli.
Barang jual,modal jalan katanya.
Ok,hujung bulan ni nak pergi lagi.
Kekonon nak ushar kain langsir padahal di Nagoya berlambak ada.
Motip??
Nak cari tudung lagi.
Sekian.

Anak Bapak
Dah kenapa ni tiba-tiba tak ada idea nak menulis.
Betul- betul nak bagi KPI bagus ke?
Jangan salahkan saya,salahkan web gomen yang berlumba dengan siput vavi ni.
Hari dah petang,hujan dah turun.
Jom layan gambar anak dara ni.
Anak dara ni mengada-gada kalau papa dia di rumah.
Mata boleh segar sampai pukul 12 malam.
Kadang-kadang,dah sedap tidur tapi automatik celik mata bila dengar pintu rumah dibuka.
Papa dia dah balik dari kerja.
Kuat betul chemistry anak beranak ni.
Orang lain pun cakap Sofea ikut muka papa.
Mama sila sedar diri.
Kalau papa dia landing atas tilam elok je Sofea ni main sorang.Tak ada nak memanjat badan.
Cuba kalau mama dia,Sofea boleh buat jongkang jongket atas tu.
Bila hujung minggu papa bertukar jadi Mr.Mama.
Saya pula bertukar jadi bibik.
Tapi,satu hal papa failed.Tak pandai lagi nak pujuk Sofea minum susu.
Macam mana mama nak pergi kelas setiap hujung minggu ni?
*tadi macam tak ada idea menulis tapi tengok post ni meleret panjang juga

Segan
Pagi-pagi ni semangat nak reply email semalam.
Email yang mengarut,tanya pasal "status of your work and problem during work".
Dah,abaikan.
Sekarang ni nak cerita pasal lain.
Hari ini lambat masuk kerja gara-gara Sofea bangun pukul 5 pagi.
Sampai rumah pengasuh dia dah tercegat depan pintu.
"Ingatkan tak datang " kata akak tu.
"Bangun lambat kak "
"Nah,mee goreng untuk sarapan"
"Eh,ada sarapan.terima kasih kak"
Perbualan tamat.
Kereta berdesup ke tempat kerja.
Bukan pertama kali akak tu bagi sarapan.
Dah banyak kali.
Kadang-kadang waktu petang dia ada bagi juga.
Segan mak tau.
Nak balas apa,bukannya terer masak macam akak tu.
Tak apa,tunggu hujung bulan.
Kita belikan 'ayam atok janggut'.
KFC ok..
Anak bongsu akak tu yang cakap.
Kalau dia bercakap,sepatah pun saya tak faham.
sopea mamuntah>>>> sofea bangun dah
ingatkan sofea muntah :P
ok bye,nak sambung buat kerja.
kalau asyik berblog macam mana nak dapat KPI bagus untuk hujung tahun ni.

15 October 2012
Bebel Lagi
Mari membebel sebelum kita shut down PC.
Sejak laptop cabuk kena rembat oleh pencuri,beginilah rutin harian.
Pulun buat post sebelum balik rumah.
Biar pun blog tak femes tapi bolehlah tempat menepek bebelan setiap hari.
Mata semakin tua dari umur sebenar.
Mengapa?
Sekarang ni bila pakai cermin mata terasa sama saja pandangan ni.
Pendek cerita,pakai tak pakai sama sahaja.
Bila pakai boleh jadi sakit mata,bila buka lagi lah tak nampak.
Adakah mata ni memerlukan khidmat cermin mata baru?
Bila diingat balik,cermin mata yang ada ni dah berkhidmat 2 tahun lebih.
Patutlah..
Sebelum tu kena fikir,nak teruskan pakai cermin mata atau bertukar pada contact lens.
Ada baik buruk contact lens ni.Satu benda yang boleh nampak,dah tak perlu risau si kecik tarik cermin mata ni.
Tapi kalau pakai contact lens agak rumit pula cara penjagaannya.
Dah pernah pakai sebulan masa tahun lepas..
Beli pun sebab untuk majlis nikah.
Argghh,,seksanya.
lagi satu,boleh pengsan tengok kos contact lens kalau beli setiap bulan atau tiga bulan.Kalau setahun dah berapa?
Tapi ada ke contact lens untuk silau sebab dulu tanya dorang cakap tak ada.
Tak tau lah kalau sekarang ni dah makin canggih.
Apa-apa pun,mari berdoa supaya ada rezeki untuk hujung tahun ni.
Sendiri fahamlah ye
Nak beli cermin mata.
Harus.
Uwaaaa..

Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas
Masih boleh pakai ke peribahasa ni.
Dah namanya cili,memanglah rasa pedas.
Lainlah kalau cili tu diklon dengan buah epal.
Manislah rasanya semanis kurma.
Aduh,merepek pasal apa ni.
Dah ko terasa kenapa,tak cakap pasal ko pun atau ko memang buat salah?
Penat dengan situasi macam ni.
Kan mak dah pesan,jangan taksub sangat dengan facebook,twitter bla..bla ni.
Lagi satu,tak pernah berjumpa pun tapi jangan menilai orang tu macam ko dah kenal 10 tahun.
Dah tua-tua ni berfikirlah sewaktu dengan umurnya.
Jangan macam budak sekolah.Tak puas hati terus ajak gaduh.
Sesama agama pula tu,jangan nak maki hamun sedara sendiri.
Tak baik.Tak elok.
Tengok sekarang apa dah jadi.
Tak ada kesudahan selagi tak ada kesedaran.
Sebut benda lain tapi ko terasa benda lain.
Kalau begitu,bolehlah guna peribahasa cili-cili ni.
Habis tu nak cakap macam mana lagi.
Macam mana nak guna bahasa isyarat dalam pesbuk,twiter?
Lagi satu,jangan main dengan batu campur api.
Ko nampak dorang macam nak gaduh,tak payah lah nak asah pisau pastu hulur kat dorang.
Benda makin rumit.
Benda kecil macam kuman dah membiak jadi gajah.
Lalang pun satu hal.
Ditiup angin melibas pergi kiri kanan.
Cubalah sesekali tu berdiri tegak sampai ke petang.
Walaupun hakikatnya tak akan berlaku.Jadi,diam adalah cara yang terbaik.
Kalau rebung tak payah cerita.Memang bermiang tapi kalau rebung masak lemak cili api memang boleh buat tambah nasi dua kali.
Nasi tambah pula.Cukup-cukuplah tu.Tak sedap pun nasi tambah berlaukkan miang rebung.
Faham tak maksud tersembunyi?
Ini bukan cari benda tersembunyi tau.
Ini kenapa tiba-tiba macik sorang ni membebel.
Sudahlah ayat tunggang langgang.
Penat cikgu BM mengajar.
Ini bukan meroyan tapi meluah perasaan yang berkoyan-koyan.

Susah Hati Mak
Semenjak dua menjak ni susah betul nak bagi cik Sofea makan.
Dulu masa mula-mula bagi makan elok je nganga mulut minta suap.
Sekarang ni,mak dia dah puas nganga tapi mulut anak tak nganga juga.
Stress mak..
Puas mak masak menu sedap-sedap.Sanggup sorok-sorok print resepi di opis.
Baru makan dua sudu lepas tu mula buat hal.
geleng kepala.
ketap bibir.
Rasanya bukan masalah makanan sebab pengasuh pun cakap benda yang sama.
Nak kena tipu baru dapat suap makanan.Cuba bagi minum air,laju mulut nganga pastu minum macam sedap sangat air kosong tu.
Tak suap nanti lapar.tak makan nanti tak membesar dengan sihat.
Penyudahnya,mak dia suap pakai syringe.
Orang lain pakai syringe untuk bagi ubat.
Maknya pakai untuk bagi bubur.
Senang.
Dia buka mulut sikit terus tembak masuk mulut.
Bunyi macam kejam tapi terpaksa.
Sofea siap sebut 'armmmm...nyummm'.
Habis semangkuk bubur.
Agaknya Sofea ni ada masalah dengan sudu.
Nak sudu bentuk macam mana tak tau la.
Gigih mak google petua/cara-cara nak naikkan selera makan si kecik ni.
En. Google mengatakan kekurangan vitamin boleh membantutkan selera anak.
Pelik pula,macam nak sumbat makanan yang bervitamin kalau anak dah tak nak makan.
Adakah sebab macik sorang ni tak habis baca artikel tu? O.o
Ada lagi petua suruh bagi mandi daun kucai,daun serai.
Takper,boleh difikirkan semula untuk mencuba.
Selain tu,nak mulakan balik bagi Sofea makan Appeton for infants.
~Iklan tak berbayar,jangan beli appeton dia Wats*n.mahallll rm10++..~

Ehhh?
Update terkini..
Total pageview kembali pulih.
Tak sia-sia merajuk tak nak buka blog tadi.
Hahaha..psiko betul blogger ni.
Sampai sekarang masih tidak diketahui punca kejadian.
Okbye.

Rimas
Situasi :
Rakan sekerja merangkap Exec yang duduk di belakang meja menghantar email.
Ayat pertama tanya pasal progress kerja.
Ayat kedua tanya pasal masalah masa kerja.
Ayat ketiga,minta balas email.
Padahal kalau dia berbisik pun boleh dengar.
Nak formal?
Merimaskannnn..

Petua Naikkan Selera Anak Makan
Petua dari google.
Nama pun petua jadi tidak diketahui kesahihan.
Kalau berkesan,alhamdulillah.
Kalau tak ada perubahan, cuba cara lain :)
Mandikan anak dengan air ramasan daun kucai.Jirus di badan sahaja.Gosok di dada dan belakang.Lepas tu terus lap.Amalkan selama 3 hari.Lakukan ketika mandi petang.

ADOI
Dah kenapa total pageview ni tetiba kena reset.
Pagi tadi elok je 8000 lebih.bila buka balik dah jadi 10.
Tak usik apa-apa pun.
Alahhhhhhh...

Apa Yang Patut
Morning Monday :)
Masih tiada keputusan sama ada nak join CTFA dinner atau tak.
Tema FLOWER POWER..
mencik nak cari baju bagai ni.
dah lah hari yang sama ada warehouse sales,petang tu pecut pergi Subang untuk dinner ni sampai 11 malam.
Esok pula sambung warehouse sales.Lusa pun ada sales lagi.
PENGSAN!!
Penat tu satu hal.satu hal lagi siapa nak jaga Sofea?
Sanggup ke pengasuh nak jaga sampai tengah malam,pastu tengah malam buta bangun sebab nak hantar Sofea ke pintu.
Urmm..
Kalau tak pergi,nanti dikata tak support event.
Kalau pergi,nanti dikata pentingkan kerja dari anak pula.
Haihhh..

12 October 2012
Mari Beli Coklat
Salam Jumaat Semua~
Yeahh..
seperti yang dijanjikan.
Jom order homemade coklat.
Murah dan sedap.
Tak percaya??
Sila order sendiri.
Saya dah pernah cuba.Tak manis sangat macam coklat lain.Senang cerita,bukan coklat untuk potong kaki.bhahahaha...
Bentuk pun cantik.
Boleh request nak bentuk macam mana.
Dah berangan-angan nak order untuk birthday Sofea tahun depan.
Sesiapa yang nak order COKLAT untuk HANTARAN,DOOR GIFT,ANNIVERSARY,BIRTHDAY ATAU SAJA-SAJA NAK MAKAN bolehlah deal dengan seller ni.
InsyaAllah dijamin puas hati.
Klik link ni : Qaira Homemade Chocklate

taraaaa...yummy!!!
coklat dalam box
lollipop coklat
Ini untuk saya!!!!
11 October 2012
7 Bulan
11.10.2012
SOFEA NUR AZALEA genap 7 bulan hari ni.
Alhamdulillah.
SOFEA NUR AZALEA genap 7 bulan hari ni.
Alhamdulillah.
gambar pagi tadi.sedap tido.semalam overtime sampai pukul 12 mlm :)
Stop!!!
Semua ibubapa inginkan anak mereka menjadi yang terbaik.
Tapi sedarkah kita dalam memastikan kita melakukan yang TERBAIK dari semua segi untuk anak-anak syurga kita, kadang-kadang kita tertekan, terkhilaf dan tersasar.
STOP COMPLAINING, STOP COMPARING and STOP JUDGING our kids!!
Ingatlah setiap kali kita melakukan semua perkara negatif ini, kita sebenarnya memberitahu dan menunjukkan kemahiran keibubapaan anda kepada orang lain.
Kita semua sudah pun mendapat BERLIAN itu. Gilaplah ia sehingga bersinar.
" DON'T LET YOURSELF BECOME SO CONCERNED WITH RAISING A GOOD KID THAT YOU FORGET YOU ALREADY HAVE ONE " Glennon Melton
~Share dari GBOB~

Maksud Istiqamah
Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri.
Bahasa Melayu boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri.
Jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently.
Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri.. iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik. Berterusan dalam keadaan sedar dan aktif terhadap suatu pegangan dan mahu pun amalan.

Pemilihan Warna Untuk Bilik Anak
Warna yang dipilih untuk bilik anak membantunya merangsang keupayaan minda dalam menjalani kehidupan seharian lebih selesa ketika berehat, bermain, belajar mahupun tidur.
Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik tidur berbanding ruang tamu, ruang makan dan bilik mandi.
Anak-anak cenderung memberikan reaksi positif terhadap warna cerah seperti merah jambu, biru atau merah. Mereka juga cenderung bereaksi negatif terhadap warna-warna gelap seperti coklat, hitam atau kelabu.
Oleh itu ibu bapa disarankan menggunakan warna-warna cerah kerana ia dapat merangsang kreativiti, menguatkan daya imaginasi, memberi semangat, mempengaruhi rasa estetika dan menguatkan rangsangan motor.
Kesan Warna Universal
Merah : Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.
Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.
Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).
Kuning : Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat, dan bertenaga.
Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.
Biru : Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.
Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tak terasa kesan ‘dinginnya’.
Hijau : Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.
Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.
Oren : Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.
Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.
Ungu : Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.
Tapi terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.
Lilac : Menyentuh spiritual.
Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.
Warna Feminin vs Maskulin
Biasanya bilik tidur anak perempuan lebih sesuai dengan pilihan warna lembut seperti merah jambu, hijau muda, ungu lembut kerana ia memberikan impak feminin dan lemah lembut.
Sementara untuk anak lelaki pula, pemilihan warna biru, kelabu, hijau sesuai dengan karakter mereka selain menyenangkan mata orang lain yang memandang.
Warna Untuk Anak Hiperaktif
Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.
Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.
Warna Untuk Anak Autisme
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.
Sumber :Pa & Ma

Peraturan Tunggu 4 Hari
"Peraturan Tunggu 4 Hari" atau "4 Days Rules" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.
Ingatlah bahawa makanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, kembung dan sembelit. Cara mengamalkannya ialah memperkenalkan makanan baru, satu makanan pada satu masa dan berturut-turut selama 4 hari.
4 hari pertama : 1 jenis buah (contoh epal)
hari ke 5-8 : puri epal + bubur nasi
hari ke 9-12 : 1 jenis buah baru (contoh pear) + bubur nasi / oatmeal
hari ke 13 : puri epal + pear puri + bubur nasi
hari ke 14 : puri epal + pear puri + oatmeal
hari ke 15-19: 1 jenis buah baru (pisang) + bubur nasi/oatmeal
hari ke 20 : puri pisang + epal + bubur nasi/oatmeal
hari ke 21 : puri pisang + pear puri + bubur nasi/oatmeal
hari ke 22-25 : 1 jenis sayur baru (contoh peas) + bubur nasi/oatmeal
hari ke 26 : puri epal + peas puri + oatmeal
hari ke 27 : puri epal+ peas puri + bubur nasi
hari ke 28-31 : 1 jenis sayur (contoh lobak) + bubur nasi/oatmeal
Dan seterusnya - maksudnya dalam bulan pertama perkenalkan 2 jenis bijirin,buah dan sayur.

10 October 2012
Suami Dan Isteri
Suami...renungkanlah Sabda Rasulullah SAW..
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan akulah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku.” - Hadis Riwayat Muslim
Isteri...renungkanlah Sabda Rasulullah SAW..
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” - Hadis Riwayat an-Nas

10 Tips Mengajar Anak
1. Pengulangan
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
SUMBER DARI MAJALAH P N MA

Jangan Timang Anak
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
RUJUKAN
www.medicinenet.com/ shaken_baby_syndrome/ page2.htm
www.nlm.nih.gov/ medlineplus/ency/article/ 000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/ Shaken_baby_syndrome
Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang

www.medicinenet.com/
www.nlm.nih.gov/
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/
Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
10.10.12
Muhasabah Diri.
Cuba lihat diri kita sekarang.
Sejauh mana pencapaian kita hari ini.
Sedekat mana kita dengan Allah.
Adakah kita berubah menjadi lebih baik atau sekadar biasa atau tiada perubahan langsung.
Berapa banyak kita dah mengeluh setiap kali diduga.
Berapa kali kita mengucap syukur atas nikmat yang dberikan.
Pernahkah terfikir hari ini adalah hari terakhir kita.
Naifnya diri ini T_T

09 October 2012
Jangan Beri Madu
Tajuk macam suspens tapi memang penting.
JANGAN BERI BAYI ANDA MADU SEBELUM DIA BERUSIA SETAHUN
Walaupun ia adalah untuk merawat batuk.Ini adalah kerana :
madu (boleh, sangat kadang-kadang) mengandungi spora bakteria yang dipanggil botulinum Clostridium. Ini boleh menyebabkan keracunan makanan (botulism) pada bayi. Jika bayi anda botulism, dia mungkin mula menunjukkan tanda-tanda sekitar 8 hingga 36 jam selepas makan madu. Telefon doktor anda dengan segera jika bayi anda telah diberi makan madu dan kemudian mempunyai simptom seperti berikut:
• sembelit
• kelesuan
• kurang selera makan
Satu lagi sebab tidak boleh menambah madu atau gula dalam makanan dan minuman bayi anda adalah kerana boleh merosakkan pertumbuhan gigi. Madu juga boleh menggalakkan karies gigi.Jika anda mahu menambah perisa lebih kepada makanan, seperti bubur nasi atau yogurt, cuba menambah puri buah-buahan, pisang lecek atau buah-buahan kering. Ini makanan secara semula jadi yang manis dan juga mengandungi vitamin dan mineral yang berkhasiat.

Perkembangan Bayi Usia 7 Bulan
Ada 2 hari lagi Sofea genap 7 bulan.Cepatnya anak mama membesar ni.
Sebelum tu, kena studi apa perkembangan si kecik ni nanti.
Bolehlah nak bersedia dari segi fizikal dan mental.
Rujukan :babycenter

Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.
Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.
Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.
Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.
Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.
Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.
Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.
Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.
Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya

Berniqab
Alh
Saya tiada keberanian untuk komen lebih lanjut sebab pengetahuan tentang niqab masih cetek lagi.
Apa-apa pun,saya ucapkan tahniah kepada niqabis di luar sana.
Semoga perjuangan kalian menggembirakan Allah.Amin.
Link ini saya ambil dari blogger nurainvivian
berniqab-atau-bertabarujj
Harap dihalalkan untuk perkongsian kita semua :)
Doa Untuk Kita
Ya اَللّهُ,
muliakanlah yg baca pesanan ini, lapangkan hatinya, bahagiakan keluarganya, dan luaskan rezekinya Seluas Lautan yg Engkau Ciptakan. Mudahkan segala urusannya, makbulkan cita-citanya, jauhkan dari segala penyakit,fitnah, prasangka keji, berkata2 kasar dan mungkar, jauhkan dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya & kelak jadikan dia sbg penghuni SyurgaMu.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Amin Ya Rabbal Alamin..
Fikir Positif
Ya,harus...
Berfikir secara positif buat kita kuat.
Tunjukkan yang kita dah matang.
Tunjukkan kita berani menghadapi cabaran.
Kenapa nak sedih dengan kritikan orang lain.
Kenapa ambil peduli kata cacian orang lain.
Buktikan kita takkan rebah kerana orang lain.
Buktikan kita takkan melatah apabila dicuit orang lain.
Dunia ini bulat.
Hidup bagaikan roda.
Hukum karma itu pasti.
Biarkan masa yang menentukan.
Cepat atau lambat itu semua urusan Tuhan.
Kita?
Teruskan perjuangan!!
Salam Silaturrahim
Putrajaya,
6 Oct 2012.
Sekali lagi dan diharapkan ini bukan yang terakhir O.o
Biarlah gambar menceirtakan segala-galanya.
Acara potluck dan sembang-sembang :)
Ada sorang tak ada sebab tengah kursus di T'ganu.

tuan rumah
muka bosan menunggu.dah tukar baju pun.
air longan
coklat dari dubai
baked macaroni
mee goreng best
kek caramel..sangatlah sedap oiii..
keropok lekor.fresh dari Kemaman
lasagna
puding
koktel buah
K.Lela
Si kecik Adra
K.Jun dan K.lela
Bapak dan anak
Adra dan Ilma
Bapak Borek Borak,Anak Rintik pun borak
pssttt..
photostat~
Nain yang debab
gelakkan aunty eh?
1, 2 ,3 senyummmm..
Ku Suriati dengan Sofea.
Iqa..satu Borneo.
hoi,khusyuknya !!
makan lagi untuk kali ke berapa..ntahhh!!