16 October 2012

Anak Bapak

Dah kenapa ni tiba-tiba tak ada idea nak menulis.
Betul- betul nak bagi KPI bagus ke?
Jangan salahkan saya,salahkan web gomen yang berlumba dengan siput vavi ni.
Hari dah petang,hujan dah turun.
Jom layan gambar anak dara ni.



Anak dara ni mengada-gada kalau papa dia di rumah.
Mata boleh segar sampai pukul 12 malam.
Kadang-kadang,dah sedap tidur tapi automatik celik mata bila dengar pintu rumah dibuka.
Papa dia dah balik dari kerja.
Kuat betul chemistry anak beranak ni.
Orang lain pun cakap Sofea ikut muka papa.
Mama sila sedar diri.

Kalau papa dia landing atas tilam elok je Sofea ni main sorang.Tak ada nak memanjat badan.
Cuba kalau mama dia,Sofea boleh buat jongkang jongket atas tu.
Bila hujung minggu papa bertukar jadi Mr.Mama.
Saya pula bertukar jadi bibik.

Tapi,satu hal papa failed.Tak pandai lagi nak pujuk Sofea minum susu.
Macam mana mama nak pergi kelas setiap hujung minggu ni?

*tadi macam tak ada idea menulis tapi tengok post ni meleret panjang juga

No comments:

Post a Comment