11 October 2012

Peraturan Tunggu 4 Hari

"Peraturan Tunggu 4 Hari" atau "4 Days Rules" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.

Ingatlah bahawa makanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, kembung dan sembelit. Cara mengamalkannya ialah memperkenalkan makanan baru, satu makanan pada satu masa dan berturut-turut selama 4 hari.


4 hari pertama : 1 jenis buah (contoh epal)
hari ke 5-8 : puri epal + bubur nasi
hari ke 9-12 : 1 jenis buah baru (contoh pear) + bubur nasi / oatmeal
hari ke 13 : puri epal + pear puri + bubur nasi
hari ke 14 : puri epal + pear puri + oatmeal
hari ke 15-19: 1 jenis buah baru (pisang) + bubur nasi/oatmeal
hari ke 20 :  puri pisang + epal  + bubur nasi/oatmeal
hari ke 21 :  puri pisang + pear puri + bubur nasi/oatmeal
hari ke 22-25 : 1 jenis sayur baru (contoh peas) + bubur nasi/oatmeal
hari ke 26 : puri epal + peas puri + oatmeal
hari ke 27  : puri epal+ peas puri + bubur nasi
hari ke 28-31  : 1 jenis sayur (contoh lobak) + bubur nasi/oatmeal

Dan seterusnya - maksudnya dalam bulan pertama perkenalkan 2 jenis bijirin,buah dan sayur.

Sumber : HSFFYB

No comments:

Post a Comment