Assalamualaikum..
Untuk yang masih tertanya-tanya atau masih mempertikaikan tentang post yang saya kongsikan sebelum ini,
di sini ada jawapan dari tuan empunya ilmu. - Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.
Post sebelum ini : Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi
ALLAHu ALLAH. Hari ini bertalu-talu pm yang masuk bertanya berkenaan Al Ain yang pernah sang faqir kongsikan dalam bulan Julai 2013 dan terbaru pada awal Januari 2014 lepas, posting yang bertajuk "Kenapa Tidak Upload?"
Persoalan yang muncul pelbagai, walaupun sudah disertakan dalil akan Al Ain itu, ada pula yang memberi komen serta bertanya, "adakah dalam hadith tu ada sebut pasal gambar? Tiadakan? Jadi pendapat ustaz memang tak boleh diterima." Sang faqir hanya boleh berkata ADUHAI....
Ada juga yang bertanya, " Nama saya ada ain, adakah saya boleh terkena Ain?" Untuk yang ini sang faqir boleh berkata ALAHAI...
Begini ya, adapun perkongsian tersebut bukanlah melibatkan akan perihal TAUHID atau perkara Usul atau menyentuh hukum aqal atau Adat, ianya berkaitan hal perubatan dan disertai dengan nas dari hadith.
Tentang perihal gambar yang merupakan majaz (pinjaman) tubuh asal pemilik gambar, ianya QIAS, kepada yang disebut 'teguran atau pujian' dalam hadith tersebut. Malahan pula, pada awal penulisan sang faqir menisbahkannya pada anak sang faqir sendiri yang berumur kurang 40 hari semasa posting itu dilakukan dan akhir posting sang faqir ada jelaskan terpulang kepada ibubapa sekalian untuk menilainya. Dan sang faqir ada menyatakan ianya berdasarkan pengalaman dengan masalah bayi yang dibawa ibubapa mereka ke klinik sang faqir.
Maka, tidak timbul soal AQIDAH atau AQAIDUL IMAN, tidak gugur pun Iman kalian jika tolak pandangan dhoif sang faqir, yang bermasalah jika kalian menolak nas tersebut.
Jadi, kepada yang hendak percaya, tiada masalah, kerana tidak rosak pun Aqidah dengan niat untuk berhati-hati menaqal kalam Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj, dan tidak juga rosak Aqidah dengan menolak pandangan jahil sang faqir asal jangan menolak nas hadith tersebut.
Jika masih tidak faham atau TIDAK DAPAT TERIMA dan masih TIDAK PUAS HATI, boleh berjumpa berdepan, insyaALLAH kita boleh berbincang. Perdebatan atau perbahasan dalam alam maya begini hanya akan mengundang fitnah, apatah lagi bagi hal sebegini, kerana banyak hal yang lebih besar yang lain yang perlu difikirkan jalan penyelesaian untuk umat hari ini semoga semakin dekat dengan ALLAH dan RasulNYA.
Jangan bimbang, sang faqir BERTANGGUNGJAWAB dengan setiap perkongsian dhoif sang faqir.
Adapun berkaitan nama yang ada Ain, jangan bimbang, tiada kena mengena kalian dengan masalah Al Ain ini.
Semoga memberi sedikit kecerahan kepada yang mungkin keliru.
Wassalam.
setuju... pasal ain bukan sebab gambar je... perasan x mak2 kite selalu je pesan... kalu budak2 tgh semangat nk makan... jgn ditegur2... "kuat makan dh sekarang" atau "dah bulat...asek makan je"
ReplyDeletesy kdg2 perasan... kdg2 terlepas jugak... bile ditegur2 mcm tu...2-3 hari pas tu anak mesti demam... bile dh demam tau je la.. xlalu mkn.. x lalu susu... dh kurus balik...
org dulu2 lebih tahu dr kite sekarang ni... malah bile di kongsi ilmu mcm ni kene hentam plak mcm2...