16 January 2014

Anak Degil Dan Apa Puncanya

Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap, macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka dari suami saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami saya, tolong buang saka saya ustaz."

Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.

Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua jua.

1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?

2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?

3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?

4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?

5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?

6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?

7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?

8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?

9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?

10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid &umi, macam nie tau masa masuk syurga."


Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.

Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada penyelesaian yang lebih rasional.



Sumber : Ust. Wan Asrul Al- Aydrus 

2 comments:

  1. ;) selalu pesan kat muhammad abdullah..hafap Quran nanti tarik tangan ibu ayah same2 masuk syurge...muge ank2 kite pewaris generasi bertaqwa ;)

    alya nnt u masuk syurge tak jumpe i..cri smpai dapat tau..bawak i duk jiran dgn u mek T__T

    ReplyDelete