Hari ni genap 36 minggu.
Sedang menikmati mild contraction.
Subhanallah..
Dari 7.30 pagi sampai sekarang perut menegang.
Kadang-kadang je perut senget benget sikit.
Minggu lepas dah berapa kali dapat false alarm.
Ohh anak dalam perut saja bikin mak saspens.
Semalam dah bermula fasa susah tidur malam.
Pejam mata tapi tak nak lelap.
Terbuntang mata sampai 5 pagi.
Alahaii..
Sedang dalam pemilihan nama anak.
Macam biasa, standby nama untuk lelaki dan perempuan.
Semalam juga dah beli kurma untuk persediaan sebelum masuk LR untuk beri tenaga semasa meneran.
Andai kata ingat lagi nak makan kurma masa contraction setiap 5 minit tu,bolehlah bawa 2-3 biji kurma makan dalam LR.
Nota - harap mak tak menjerit panggil nurse lagi time sakit contraction.hahahahaha
Paused.
Tolong doakan mak buyung ini bersalin secara NORMAL - InsyaAllah gentlebirth.
Madu juga dah beli untuk remedi rawat luka selepas bersalin.
Beli di Kedai MAHNAZ FOOD.
Fuhh..rambang mata masuk kedai tu.
Nanti ada masa saya update.
Apa-apa pun,kebanyakan barang makanan import di sana adalah MURAH.
Ada orang tanya ,ada rasa takut ke nak bersalin nanti.
Soalan paling susah nak jawab.
Saya harap sangat masa tu kelam kabut dan fokus untuk meneran saja.
Suruh baby cepat-cepat keluar.
Jangan slow progress lagi T_T
Masa tu tak payah fikir pasal takut lagi.
Takut atau tidak kena juga bersalin kan kan kan...
semoga selamat semuanya ye alya :)Insha Allah..
ReplyDeletehahah..setuju! memang takut ke tak kene hadap jugekk..ubat nipu kate tahn sakt tapi smeakin tak tertahan adelah..hehehe pengalaman zaman jahillun
ReplyDeletemamilisa,terima kasih.hugss :))
ReplyDeletekak Leen,aah kan.berapa kali kena cucuk ubat tahan sakit tapi makin sakit ada la.hahaha