27 January 2014

Cerita Semalam

Hajat keluar rumah nak beli kurma dan susu kambing saja :))
Tengok cuaca elok,angin pun sejuk menyapa.
Jommmm kita bersantai di Shah Alam...



Isipadu terlebih.Gambar terkini mak yang sihat dan bulat.
Tak apa.
Nanti ada caranya untuk buang water retention ni.
hahahahaa..



Tengok kaki tuuuu...pantang nampak air kan.








Seluas-luas padang di dataran Shah Alam ni Sofea berlari.
Puas hati tengok dia gembira.
Berlarilah anak,kalau jatuh bangun sendiri.
Anak yang tinggal di rumah merpati ni kekok sikit bila jumpa rumput.
Suruh papanya bukakan selipar,biar Sofea belajar menapak di atas rumput.
Mula-mula terjingkit-jingkit kakinya,lama-lama lari macam lipas kudung.
Syabas..
Minggu depan kalau mak tak bersalin lagi,kita pergi sini lagi ya..
Kita bentang tikar,bawa bihun goreng,bawa sandwich.
Bahagianya..

No comments:

Post a Comment