13 January 2014

Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi

Al Ain Bukan Perkara Main-main.

ReUpload KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? (Bayi muda 1-40hari)

SalaamULLAHu Alaykum...

Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga kami)? (Sewaktu usia 1-40hari)

Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

76 comments:

  1. terim kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ni..lain kali perlu lebih berhati2...

    ReplyDelete
  2. sama-sama Aty.Ilmu dari sang faqir.

    ReplyDelete
  3. Gmbr anak perlu dipertimbngkn..gmbr isteri dgn jarak dekat yg blh mngairahkn para lelaki bgaimna pula?

    ReplyDelete
  4. saudara/saudari Anom,
    fokus post ini pada gambar anak yang umumnya jarang diketahui.Tentang gambar isteri,masing-masing sedia maklum.

    ReplyDelete
  5. Bukankah maksud Ain tu adalah mata..suatu maksud yg baik..kenapa digambarkan seperti ain itu sesuatu yg buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk post yang bermanfaat. JazakillahKhayr.

      Pernah juga terdengar tentang 'the evil eye' dan pujian harus diikuti dengan 'masyaAllah' bagi memastikan keikhlasan.

      @izzat ain itu mata, ia boleh jadi baik dan ia juga boleh jadi buruk jika tidak dijaga.

      Delete
  6. kwn saya dari saudi pon slalu ckp benda yang sama.. dia xckp la pasal baby.. tp pasal Al Ain. Terima kasih sbb berkongsi ilmu ni. :)

    ReplyDelete
  7. Jzkk pada yang sudi baca.Info ini saya share dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.Sama-sama kita manfaatkan.

    ReplyDelete
  8. shukran jazilan li ukhti atas info ni..n jazakallahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  9. byk blog nk kan populariti. copy paste mana2 artikel yg boleh draw attention. perlu rujuk ustaz/ ustazah yg lebih pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal Al-Ain ni dari zaman datuk nenek kita lg dah amalkan. Mereka apabila melawat bayi baru lahir tidak akan memuji bayi tersebut terutama org alim. Mereka anggap ini petua tp sebenarnya petua mereka banyak berkaitan dengan kehidupan kita. Wallahualam..

      Delete
  10. Alhamdulillah, Allah jwb doa sy melalui perkongsian info ni..jazakallah

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing... Sy cuma tau mmg ada gangguan2 pd bby. Tp kurang jelas. Skarang sy dh fhm bgmn gangguan2 itu boleh berlaku & bgmn bg mngelak semua itu berlaku...

    ReplyDelete
  12. sebenarnya bukan setakat gambar bayi sahaja. gambar kita yg dewasa di upload kt facebook instagram bagai tu pun boleh mengundang sihir jin. semoga kita sentiasa dlm perlindungan ALLAH SWT. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  13. gud info... tu la lain kali perlu diambil berat...

    ReplyDelete
  14. gud info... tu la lain kali perlu diambil berat...

    ReplyDelete
  15. Urmm selalu yg didengar, kata2 yang baik akan menjadi doa yg baik..konfius pulak..

    ReplyDelete
  16. Saudara/saudari Anom,

    Saya bukan mencari populariti.saya ikhlas berkongsi ilmu.Artikel ini ditulis oleh seorang ustaz.Boleh lihat di bahagian bawah post dari mana saya ambil artikel ini..Terima kasih.
    Alhamdulillah pada yang telah mendapat jawapan pada persoalan tentang al ain.

    ReplyDelete
  17. perkongsian yg menarik...cm musykil...jika seseorang puji kebaikan knpa keburukan pula yg diterima?tp lbh baik setiap pujian @ kata2 disertakan dgn nama Allah & ikhlas..cth : masyaAllah,subhanallah...insyaAllah xkan berlaku yg buruk...begitu juga dlm mendidik anak2..sekadar pandangan..

    ReplyDelete
  18. Lebih menarik jika dimasukkan unsur sains dan perubatan moden. Bukankah penyakit ini telah ujud sebelum ujudnya fesbuk?

    ReplyDelete
  19. mmmm..agak memusykilkan.. walaupun ada sumber, tp kesahihan masih lagi kabur.

    nasihat yg baik..tp perlu dikaji dan disiasat lebih mendalam.

    perlu perbanyakkan rujukan, jgn cuma menggunakan satu rujukan dan kemudian dijadikan amalan oleh kita yang masih tidak faham.

    sekadar nasihat sy.

    ReplyDelete
  20. mungkin beberapa website ini boleh dibuat reference.. :)

    penulis blog perlu juga buat kajian..sekadar pandangan sy.


    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk25.htm

    http://www.masjidbulat.org/index.php/artikel/artikel-terkini/34-oleh-rosman-md-shah

    ReplyDelete
  21. Benda2 yg kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yg kamu & datuk nenek kamu menamakannya. Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yg membenarkannya. Mereka yg berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan & apa yg diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah dtg kpd mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
    An-Najm 53:23

    ReplyDelete
  22. wah byk respong :)

    Alhamdulillah perkongsian yang baik mek..

    yg benar,
    identiti dirahsiekan :D

    ReplyDelete
  23. Ummu Muhammad,identitimu telah dapat dijejaki :))

    ReplyDelete
  24. tq.... ilmu y berguna... mohon share ye......

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.

    Saya pernah dengar satu kisah tentang Rasulullah saw membaling pasir pd seorang sahabat yang memuji Baginda. Bagaimana cerita yang asal, Wallahualam saya pun tak berapa ingat dan tak berani nak buat-buat pandai. Cuma Hamba Allah yang berkongsi cerita tersebut kata pengajarannya pujian walaupun dengan niat yang ikhlas dan tentang perkara yang baik, tapi tak sepatutnya disukai oleh orang yang dipuji. Sebabnya pujian seringkali mengundang rasa riak dan bangga diri, bimbang lain kali hati dah tak ikhlas bila kita berbuat perkara baik. Wallahualam.

    Yang saya dapat dari membaca artikel ini, perkara yang baik tu wajarlah kita ikut. Perkara yang tidak bermanfaat tak perlu dibuat.

    Terima kasih Puan empunya blog sebab kongsikan artikel ini. Buat ramai orang berfikir.

    ReplyDelete
  26. Org tua2 dulu2 mmg biasa tidak memuji bayi..selalu diorg akan ckp baby tu buruk huduh belako hihi mmg sentap kalau ibubapa zaman skrg dengar. Mmg kena unfren le jawabnya. Wallahualam

    -org lama

    ReplyDelete
  27. Org tua2 dulu2 mmg biasa tidak memuji bayi..selalu diorg akan ckp baby tu buruk huduh belako hihi mmg sentap kalau ibubapa zaman skrg dengar. Mmg kena unfren le jawabnya. Wallahualam

    -org lama

    ReplyDelete
  28. Kalo camtu....baik kita semua x payah nk post gmbr2 kat mana2 blog sosial & website kerana risau akan mengundang keburukan! Sama juga dgn profile pic kan? Konsep yg sama dgn niat kita posting gmbr supaya org kenal n tgk...

    Tuan empunya blog kena le pandai buat...jgn pandai petik artikel je.

    Sekadar nk ingatkan. Tq

    ReplyDelete
  29. tp, maaf kpd owner blogger, yang mana sy pasti merupakan owner fb, boleh sy persoalan, dlm artikel yang anda share, tidak selari dgn pa yang anda lakukan di fb...jd pendirian nur alya, ataupun respond kpd artikel tersebut ialah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owner blog dah kongsi ilmu pun masih nak komplen lg ke?

      tajuk pun tentang anak,baby..sila faham tajuk ye.

      Delete
  30. assalammualaikum..
    mohon copy ye..

    ReplyDelete
  31. sy pun pernah ajukan masalah anak sy yang sering x sihat dan berat badannya susut...kata ustaz tu masalah ain daripada jin...maksudnya jin telah melihat anak kita dengan memuji2 kecantikannya......so ustaz tu pesan elakkan dari keluar berjalan2 or shopping waktu senja or waktu malam...huhu dan skrg ni pun sy kurang post gambar baby di fesbuk...bimbang perkara sama berulang..wallahua'lam

    ReplyDelete
  32. Kita atau ibubapa ada beberapa pilihan. Sama ada mengelak atau merawat.

    Bila nak elak, elak langsung share gambar anak di fb atau medium lain di internet.

    Ataupun,...

    " Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:

    Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

    Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus"

    ReplyDelete
  33. pelik..kenapa nk persoalkan org yg share dia amal ke x apa yg dia share. yg penting kalo share dpt pahala. yg persoalkan tu dpt apa? kamonla org nk buat baik xyah dipersoalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Ada je manusia yg nk bersangka buruk mcm tu

      Delete
  34. Kpd anonymous kt atas yg ckp "kamonla org nk buat baik xyah dipersoalkan", anda juga sedang melakukan perkara yang sama!
    Kenapa persoalkan perbuatan penulis dalam berkongsi ilmu yang bermanfaat?

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum semua,

    Ada post terbaru pencerahan tentang al ain dari empunya ilmu.
    Jemput baca.
    Jzkk

    http://chentazulya.blogspot.com/2014/01/sambungan-al-ain-pencerahan-kenapa.html

    ReplyDelete
  36. Elakkanlah dirimu daripada menjadi org2 yang munafik...

    ReplyDelete
  37. Apa maksud salamullahu alaikum??

    ReplyDelete
  38. Memang dulu arwah nenek pantang ambil gambar bayi.bila tanya dia cakap tak baik..kita byk yg xtahu ilmu dan nasihat org2 tua

    ReplyDelete
  39. Memang dulu arwah nenek pantang ambil gambar bayi.bila tanya dia cakap tak baik..kita byk yg xtahu ilmu dan nasihat org2 tua

    ReplyDelete
  40. kelakar lah adik ni. main copypasteee je pastu bila orang right click blog dia nak copy link yang dia bagi, keluar mesej "tidak dibenarkan copypaste" kelakar

    lepastu pencerahan entry baru pun dia copypaste jugak. This is clearly not your field to have a Q&A session and you are clearly not adept to answer such questions. Stop copy-pasting and lead readers to the original source.

    p/s: Baca dulu hadis sahih pasal kewujudan Ain tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. LoL, baca artikel ni sampai habis. Kan dia tulis sumber FB ustaz sekian2. Be positive bro, be positive. Jangan kuat sangat menghentam. ;)

      Delete
  41. Saya pernah dengar ceramah Dr.Maaza / Dr.Asri berkenaan Ain ini, ia telah wujud dan diakui oleh Rasulullah saw. Segala pujian haruslah dikembalikan dan dikaitkan dengan Allah swt. Saya telah jadi mangsa Ain beberapa kali sejak saya kecil hingga saya besar. Anugerah Allah kepada saya ialah rupa saya yg elok sehingga mana2 saya pergi sentiasa ada mulut yg memuji. But I have been sick a lot of time, I get hospitalized up to 3 months but none of the specialist could come out with medical explanation. I even get skin disease when I turned 16 that has no cure. Even the doctor suggested me to meet up ustazah for treatment kerana semua pesakit nya yg ada sakit kulit seperti saya semuanya sakit sementara dan sembuh setelah menerima rawatan Islam. Until now, I feel kind of afraid when people compliment me. Saya berlindung atsas nama Allah dari semua kejahatan manusia dan jin, juga Al Ain yg tersembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu pompuan kn pakai purdah

      Delete
    2. Btul la saudara/ri anom.. Bile saudara/ri ckp psl pyakit yg x sembuh dri kecik di sbkan pujian org bru sy tersedar knape skin disease sy x sembuh2.. Almost 20 years da, mcm2 pakar dh gi smpai give up dh.. Mgkin ade kne mgena ngn pujian yg tidak berbalik pada kebesaran Allah atau al Ain spertI yg di perkatakn tu..Mgkin la, x psti jgk 100%..sb x bp phm Sgt the whole article

      Delete
  42. akak, mohon bukak option utk copy paste tu. kata nak share ilmu akak, jgn bully la :(

    ReplyDelete
  43. Kelakar la korang ni..org dh kongsi Ilmu n dan qoute beberapa hadith stil.nk persoalkn lg..yg nk hadith sahih tu anda dh bca ke hadith sahih tersbt? Klu ade kongsila..

    ReplyDelete
  44. Awalludin Maarifatullah...sesuatu perkara yang musyhkil haruslah berdalil samaada dalil aqli(dalil akal) atau dalil naqli(dalil firman dari AL-QURAN atau HADITH)..tiap2 nak jadi sesuatu mesti bertempuh dengan kuasa dan kuasa mempunyai diri kuasa sendiri iaitu ZAT....

    ReplyDelete
  45. Betoii tu..Awal2 agama mengenal akan ALLAH.. Hadith SAW "siapa kenal dirinya,maka kenallah Tuhannya dan siapa kenal Tuhannya maka binasalah dirinya"(binasa bukan maksud hancur jasad tetapi fana diri..Tiap2 yang ada di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ini,adalah pada umumnya dipanggil makhluk.dan yang dikatan makhluk itu ada mempunyai empat nama,empat bangsa,dan dua sifat...semua yang terjadi itu adalah kerana ALLAH S.W.T..kita nie xda apa pun hanya mengaku saja kita nie ada(akuan sandaran hak) sebab tu 3 ilmu yg wajib dituntut ILMU FEKAH,ILMU USULLUDIN@TAUHID dan ILMU TASAUF..sekian

    ReplyDelete
  46. assalam semua.. sy nk berkongsi sedikit.. jika sy tersalah atau yertinggal aper2 sila beri teguran.. sy ade membaca sesuatu hadi tp dh lame n tak ingt dh, ceritanya begini, sahabat rasulullah dtg n memuji baginda lalu baginda menegur jgn memberi ape2 pujian kpd sy sebab pujian itu semua adalah milik Allah... dan baginda memberi nasihat jika ade sesiapa memuji awak cepat2 lah mengucap " masyaallah laa quwataalabillah" sungguh semua ini terwujud atas kehendak Allah, tiada daya dan upaya kecuali dgn pertolongan Allah... jika kite terlupa, kite akan mndapat teguran dr Allah seperti demam, sakit n sebagainya.. ianya samalah seperti bayi kit jika ade yg puji comel or sbgainya, cepat2 la kita mengucap sedemikian tadi.. dlm surah al kahfi ayat 39 pon ade juga menceritakan hal yg same tetapi keadaan yg berbeza... tq

    ReplyDelete
  47. Hadis SAW : Bertanya sahabat kepada RASULLALLAH SAW,"Apa amal yang paling afdhal YA RASULLALLAH?" Sabda RASULLALLAH SAW ,"MAARIFATULLAH",Bertanya lagi sahabat kepada RASULLALLAH."Amal apa yang terlebih pahalanya YA RASULLALLAH?" Jawab RASULLALLAH, "MAARIFATULLAH".Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat,dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya,tetapi membangkang."kami bertanya dari segi amal,kenapa engkau menjawab dari segi ilmu YA RASULLALLAH?".Menjawab RASULLALLAH,"Sedikit beramal dengan mengenal ALLAH terlebih munafaat,banyak beramal dengan tidak mengenal ALLAH tiada munafaat

    ReplyDelete
  48. Syirik terbahagi kepada 2 syirik jali dan syirik khafi..syirik jali ialah syirik yang terang seperti menyembah berhala,patung ,pohon kayu dan apa2 objek yg terdpt disekelilingnya..syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi yg mana kita tidak sedari dan ketahui yang kita terkena pada syirik..syirik khafi inilah yang paling ditakuti oleh ulamak2 zaman dahulu tanpa kita sedari.walaupun syirik khafi namanya tetapi hukum tetap syirik jali,sekiranya kita tidak mengenal ALLAH atau menyata akan ALLAH..Sabda RASULLALLAH SAW-"Tidak akan masuk syurga,jika ada sebesar zarah syirik"..."Beramal tanpa ilmu sesat yang amat sangat,dan berilmu tanpa amal dosa yang amat besar" ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu MAARIFATULLAH....TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH....

    ReplyDelete
  49. kebanyakkan Ulamak masa kini,yg mana mereka tafsirkan syirik khafi itu ialah syirik kecil atau syirik halus dan oleh kerana itu mereka meringankan dan meremehkan syirik khafi ini,seolah2 boleh dikuis seperti seekor semut sahaja.sedangkan syirik khafi inilah yg ditakuti oleh para ulamak-ulamak zaman dahulu...kita bertaubat siang malam pagi petang tetapi syarat taubat tidak kita ikuti;tinggalkan,menyesal dan tidak akan mengulangi lagi.bagaimana hendak ditinggalkan dan menyesal sedangkan kita tidak ketahui kita kena syirik..

    ReplyDelete
  50. Saya sangat sedih baca entry ni sbbnya sume bnda yg disebut jd pada bby saya..kalau ada cara pencegahan lain tolong bg link ye.. :(

    ReplyDelete
  51. terima kasih dengan perkongsian ini.Sangat bermanfaat....

    ReplyDelete
  52. Tapi baby artis celebrity tuh tiap2 ari masuk fb..insta..masuk tv sokabar...sihat walafiat la pulak..

    ReplyDelete
  53. Tak boleh ke penulis blog ni guna kata ganti diri 'saya' atau 'aku'?

    ReplyDelete
  54. Bagus artikel ni.. Ptot la org2 tua dulu kate tak elok tangkap gambar baby kecik2 ni.. ade kisah di sebaliknye rupenye..

    ReplyDelete
  55. Terima kasih info.. semoga akk dan keluarga sentiasa dirahmati allah dan dijauhi segala musibah.. :)

    ReplyDelete
  56. orang2 dulu mmg byk oantang larangnye.. cuma merka xtau nak terangkan secara detail sebabnye.. org zaman skrg kalau ditegah.. semua mintak alasan.... dan ada pulak dikatakan pandangan kolot.. tp mmg betul.. bayi sehingga berusia 5thn.. die mudah dihampiri penyakit.. kalau org tua2 cakap.. kalau selalu kena puji.. nanti baby tu x mampu nak bawak pujiam tu.. tu yg selalu sakit..

    ReplyDelete
  57. Assalaamuaalekom.

    Saya amat setuju dengan blog ini. Bahkan lagi, seperti saya, saya belum kahwin lagi, malah ramai kakak2 dan abang2 di luar sana atau di dalam Friend's List di Facebook yang belum kahwin,APAKAH PERASAAN MEREKA APABILA ANDA MUATNAIK GAMBAR2 BAYI?
    Saya tidaklah terasa terpingir atau dengki apa, cuma saya kasihan orang seperti saya, khususnya mereka yang ingin benar mahukan bayi, KHUSUSNYA yang tidak dapat anak.
    Ini adalah satu sensitiviti orang kita tidak ada. Jika dah mampu itu, tunjuk gambar kereta, gambar pergi bercuti di negeri orang, gambar harta di pos ke Facebook, tidak pernah sedikit terlintas KAH, apa perasaan orang yang tidak mampu miliki semua itu? Mereka boleh berkata, "tak suka, jangan tengok". Ini sama seperti berkata "don't judge me, Allah knows who I am". Ini satu adab SOMBONG dan jelas tidak miliki sensitiviti langsung terhadap orang lain, pendek kata ISA (IKUT SUKA AKU). Amat pentingkan diri sendiri.
    Dahulu, zaman2 sebelum ada Facebook dan Friendster atau rangkaian sosial, saya nak sentuh atau buka album kawan perempuan saya pun TAK BOLEH. Mereka RAMPAS dengan KASARNYA, malah pernah ibu saya nasihatkan saya, "tak baik tengok album orang", bila ziarah rumah orang.
    TETAPI, hari ini, khususnya Facebook, begitu GALAKNYA orang Melayu kita (sebab kita Melayu, maka kita fokus pada bangsa kita), MENGKONGSI seberapa BANYAK YANG BOLEH dikongsikan dengan orang ramai. Dah macam tiada PRIVACY sudah. Dahulu, kalau boleh nak rahsiakan sebaik mungkin aktiviti2 kita di khayalak ramai. Kini, SEMUA NAK BERITAHU. Kerana apa? Sebab ada FUNGSI yang direka khas oleh orang Barat, agak soal itu di-halalkan, "Apa salahnya aku kongsi semua tentang hal aku?". Hanya kerana ada FUNGSI ini, maka orang kita bergegas untuk menggunakan fungsi kerana WUJUDNYA fungsi ini di rangkaian sosial, seperti Facebook khususnya. Mereka cipta satu fungsi, maka semua berebut nak guna fungsi itu.
    Ini JELAS melanggar apa yang diajar dalam Islam. Kita diwajibkan merahsiakan apa yang kita buat dan juga apa RUPA kita. Amboi, makin ligat orang kita kongsi GAMBAR! Semua nak tunjuk, siap posing kiri dan kanan, ASTAGFIRULLAHALZEEM.
    Saya boleh katakan istighfar kerana saya sedar dari awal lagi, ini adalah satu jenayah yang orang kita SEDANG buat pada diri mereka sendiri. Ianya JELAS tidak ikut Islam.
    Baik, sekarang hampir pukul 2 pagi. Assalaamualaekom, harap kalian semua sudah-sudahlah kongsi bermacam2 jenis. Nak kongsi, buat satu kumpulan dalam Facebook, dah kongsilah puas2, BUKAN UNTUK KHAYALAK RAMAI. Nak buat boleh. Saya berharap kalian ada jawapan BERNAS apabila disoal di Kubr esok. Saya yakin kalian "BOLEH" menjawapnya. MALAYSIA BOLEH!
    WASSALAAM.

    ReplyDelete
  58. Pembetulan karangan;

    "Nak kongsi, buat satu kumpulan dalam Facebook..".

    Maksud saya, kumpulan seperti dikalangan keluarga sendiri; saudara mara. Malah, harus juga kita tahu batasan2nya.
    Jangan birkan, hanya kerana ada fungsi umpama itu, ia tidak bermaksud kita MESTI menggunakannya.

    Yang terbaik, FIKIR dahulu, apakah akan terjadi dan kesannya kelak kepada keadaan sekeliling. Wallahualam.

    ReplyDelete
  59. good sharing =) tq

    bagi yang kurang pasti tu, cuba baca article ni. http://muamalatmurni.blogspot.com/2013/08/apakah-penyakit-al-ain.html

    ReplyDelete
  60. Thank you for sharing...betul atau tidak, tak perlulah dipersoal...yg pntg jika ia adalah baik, tak salah kita ambil perhatian...bukan benda buruk pun...dulu2 penah juga terfikir hal ini, knpa org tua2 tak bg ambil gmbar new bby...'mgkin dulu2 ada flash takut terkesan...' tp zamankini flash boleh di 'off'...sy masih terfikir, masih relevankah nasihat org dulu2 tu...ternyata mmg ada sebabnya knpa mereka larang...sumber dr ustaz mengukuhkan lg nasihat org dulu2 tu mmg ade sebab munasabahnye...wallahualam...

    ReplyDelete
  61. Thank you for sharing...betul atau tidak, tak perlulah dipersoal...yg pntg jika ia adalah baik, tak salah kita ambil perhatian...bukan benda buruk pun...dulu2 penah juga terfikir hal ini, knpa org tua2 tak bg ambil gmbar new bby...'mgkin dulu2 ada flash takut terkesan...' tp zamankini flash boleh di 'off'...sy masih terfikir, masih relevankah nasihat org dulu2 tu...ternyata mmg ada sebabnya knpa mereka larang...sumber dr ustaz mengukuhkan lg nasihat org dulu2 tu mmg ade sebab munasabahnye...wallahualam...

    ReplyDelete
  62. siapa yg percaya mengenai jgn upload gmbar bayi semasa dalam tempoh pantang adalah syirik.

    ReplyDelete