31 May 2013

Derita Hati

Tinggalkan aku
Kerana itu membahagiakan
Lepaskan aku
Kerana cengkamanmu menyakitkan
Kembalikan cintaku
Kerana aku ingin bawanya pergi
Sekian lama bertahan
Hati semakin rapuh
Jasad kian pudar
Bernyawa tapi jiwa telah mati
Biarkan aku lari dari derita
Kerana impianku hanya bahagia
Berdua terasa perit
Hakikatnya sendirian lebih baik.

Persediaan Raya : Biskut Raya

Kali ini nak cuba buat sendiri.
Sebab apa -

Harga -
Sekarang ni,semua harga barang semakin menigkat.
Tahun lepas beli biskut raya dalam dua tiga jenis di bazaar.
Itu pun dah dekat seratus ringgit.
Punah harapan nak beli dodol.
Harga tak payah cerita di Shah Alam ni.
Ada yang cakap pergilah borong di Banting.
Tahun lepas pergi masa bulan puasa biskut raya dah habis.Ada kedai yang masih menjual pun sangat sesak.Macam ulat.
Tak sanggup nak beli mahal.
Tak sanggup nak pergi jauh dan bersesak-sesak.
Jadi,uli dan bakar tepung sendiri.

Rasa -
Nampak macam sedap tapi bila rasa,hampir sama kesemuanya.
Kecewa.
Lagi-lagi kalau beli di supermarket.Hampehnya rasa.
Nasihatnya,tidak digalakkan beli biskut raya yang dibuat di kilang.
Belilah dari orang perseorangan,yang sememangnya pembuat biskut raya.
Dia lagi arif tentang cita rasa pelanggan.
Citarasa cerewet - buat sendiri.

Mampu -
Sebelum ni bagi alasan tak ada kemahiran.
Anak kecil lagi.
Orang cakap,kemahiran boleh diasah.
Bergantung pada kemahuan.
Sofea dah besar.
Hari tu masa buat biskut,dia buat hal sendiri depan tv.
Sekali sekala datang jenguk mak dia.

Persediaan -
Resepi dah cari - banyak.
Acuan - nak berkunjung kedai bakeri.
Semoga berjaya untuk diri sendiri :))
Dan kepada yang bercita-cita seperti saya...

27 May 2013

Jom Audit Diri

Pagi-pagi ni buka fb saya ternampak post seorang kawan.
Pandangan peribadinya,
'lelaki yang jenis alim - ala-ala ustaz atau memang ustaz atau ahli tabligh memang isterinya lebih dari satu.'

Pandangan saya pula,hentikan melabel ustaz = poligami.
Kita tahu mereka poligami sebab public figure.
Kita pula tak tahu ramai lagi yang berpoligami di luar sana.

Tak suka atau tak rela poligami diamkan saja.
Poligami tu sunnah nabi.
Jika berlaku,redha ketentuanNya.

Janganlah sampai cakap nak kerat badan suami,nak minta cerai.
Memang,cakap mudah.
Belum laluinya tapi berkatalah dengan matang.
Kita suka hati kutuk orang itu ini tapi pernah kita cerminkan diri sendiri?
Sebelum bercakap,fikir untuk diri sendiri dulu.
Jangan sampai pertuturan merosakkan akidah kita.


Resepi Nasi Impit Dengan Serunding Kelapa - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Resepi ini boleh dijadikan menu untuk snek waktu petang.
Tiba-tiba dapat idea bila nampak Sofea makan nasi impit kosong dengan berseleranya.
Resepi ini sesuai untuk 8 bulan ke atas  - pengenalan kelapa dan bawang dalam jadual pemakanan.

 
 
 
 
Sumber gambar - google





Bahan-bahan :

Sepaket kecil nasi impit segera ( direbus dan dipotong kiub)
Segenggam kelapa parut
1/2 genggam isi ayam/ikan dikisar
bawang merah dan bawang putih ( seulas)
halia ( 1 cm)
minyak zaitun (secukupnya)
kunyit ( secubit)
Air ( secukupnya)

Caranya :
tumis bahan bawang dan halia sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam dan kunyit.
Masukkan sedikit air.
Setelah naik minyak,masukkan kelapa.
Gaul sehingga kering.
Tutup api.
Kisar ( Jika perlu)

Kemudian salutkan nasi impit dengan serunding kelapa.
Hidangkan.
Anak beranak suka makan :))

Nota : Pantau ketika anak makan untuk elakkan tercekik.

24 May 2013

Hati Tak Suka,Semua Tak Kena

Dulu,
Semuanya indah
Segalanya kongsi bersama
Kurang dicukupkan
Lebih dikhabarkan.

Kini,
Dia beri kau balas
Dia beli kau bayar
Dia senang kau susah
Kau menangis dia ketawa.

Pergilah,
Lari tinggalkan bayang
Padam segala mimpi
Berdiri tanpa goyah
Darah tetap mengalir
Biar pun berjauhan.




Khas untuk seorang sahabat.
Semoga semangat kuat mengiringmu.


22 May 2013

Color Block - Trend Terkini

Color block ialah kombinasi berlainan warna di mana setiap warna tersebut akan menyokong antara satu dengan yang lain.
Dengan erti lain,gabungan beberapa warna yang bertentangan.
Maksudnya bukan warna yang senada.
Err..tak tau la kalau korang ada definisi lain.

Sebagai rujukan saya dan anda semua :))
Sumber - google






21 May 2013

Solat Dhuha

Petikan ayat ini saya ambil dari buku ' Indahnya Hidup Bersyariat' - Ustaz Ismail Kamus.
Selamat menunaikan solat dhuha.

20 May 2013

Persediaan Hari Raya : Baju Raya

Bila raya,baju anak memang meriah.
Berpasang-pasang.
Kasut sampai dua tiga pasang.
Mak paknya sanggup pakai baju raya dua tiga tahun lepas punya.
Itu biasa kan..

Dah ada anak,apa-apa hal dahulukan anak dulu.
Nak beli apa-apa pun,fikir anak dulu.

Masa raya mesti tak lari nak ada tema warna.
Sedondon katanya.
Tahun ni biarlah warna lembut.
Tak tercapai angan-angan nak pakai color block sebabnya suami nak pakai baju lama.
Ok,jimat sikit.ngeeee...

Baju mak dah siap tempah.Nanti lambat tempah ada yang siap selepas raya.
Lagi teruk kalau baju indah khabar dari rupa.
Tahun lepas ada pengalaman seorang kawan,tailor baju dia lari balik kampung.
Padahal baju ditempah tak siap.
Ngeri oii..

Biasanya beli baju yang dah siap tapi ada rezeki kawan hadiahkan kain pasang dari Jakarta,apa lagi terus hulur kat tailor saja.Tudung lagi belum cari.weee...

Baju anak untuk raya pertama dah ada.
Raya kedua ketiga dan seterusnya?
Melampau maknya.
Cukuplah dua pasang.
Kalau terlajak beli lebih,salahkan baju yang comel sangat tu.
Budak kecil pakai dress saja.
Memang comel bila pakai baju kurung tapi lepas raya baju tu tersimpan saja.
Kalau pakai dress senang nak pakai bila-bila masa.
Anak pula lasak.Ikutkan hati nak pakaikan jeans saja ^__^

18 May 2013

Susun Atur : Pakaian Yang Dilipat



Tiada gambar sebelum untuk elakkan rahsia terbongkar.muahaha..
Tiba-tiba dapat idea nak susun baju Sofea macam ni.
Senang nak pilih dan ambil.
 Lagi penting susah Sofea nak menyepah bajunya sebab cara ini memadatkan baju dalam drawer/laci.
Syoknyaa..
Cara penyimpanan ini lebih mudah sebab tak perlu asingkan mengikut jenis.

Xinjiang Noodles Chinese Muslim

Menu kesukaan dulu dan kini.
Lagi hebat mee tu dorang buat sendiri.
Kuahnya tersangatlah sedap.
Sayur pun segar.
Lokasi - foodcourt di Tesco S.Alam.
Di restoran cina muslim pun ada.
Harga berpatutan - RM6.00

17 May 2013

Produk Johnson & Johnson Berbahaya

Untuk lebih lanjut, baca di sini
http://www.nytimes.com/2012/08/16/business/johnson-johnson-to-remove-formaldehyde-from-products.html?_r=0
dan
http://sisterearthorganics.wordpress.com/2012/08/15/johnson-johnson-admits-our-baby-products-contain-cancer-causing-formaldehyde/


Secara ringkasnya,produk penjagaan diri dari syarikat ini mengandungi kimia yang berbahaya  -FORMALDEHYDE yang boleh menyebabkan KANSER.
Formaldehyde "tersembunyi" dalam produk-produk ini dengan nama bahan seperti "DMDM hydantoin", dan "1,4 dioxane".

Syarikat ini akan menghapuskan bahan kimia lain seperti paraben dalam produk bayi dan juga produk lain seperti NEOUTROGENA,AVENOO dan CLEAN & CLEAR.Penghapusan bahan kimia tersebut mengambil masa sehinggan akhir tahun 2015.

Oleh itu,dinasihati untuk menghentikan penggunaan produk dari syarikat berkenaan.Mana-mana yang ada stok di rumah,bolehlah buat untuk basuh tandas,bilik mandi dan lain-lain.
Terdapat banyak pilihan produk penjagaan diri yang sihat di pasaran.
Selepas ini saya akan bertukar pada produk Cosway - tiada paraben,SLS dan triclosan :)




 

16 May 2013

Mereka Yang Comel

Ahad lepas,cuci mata sekejap di Jusco Bukit Tinggi sambil perhati baju raya Sofea di FOS.
Tiba - tiba....





Eh eh dorang berpegangan tangan.
Masing-masing cepat mesra.
Ke hulu ke hilir budak lelaki tu bawa Sofea berjalan.
Pegan tangan tak lepas.
Lagi comel bila budak lelaki tu panggil Sofea - adik.





 
Gambar sisipan.
Bila mengantuk,dia pasrah buat apa saja kat rambutnya.
 

Resepi Pasta Tuna Dan Keledek - Bayi 8 Bulan Ke Atas

 
 
Terima kasih empunya resepi :)
Tak tau nak credit kepada siapa sebab resepi ini dari seorang kawan yang diambil di fb.

15 May 2013

Like Father Like Daughter

Bapa dan anak punya kegemaran buah yang sama.
Anggur.
Untung buah anggur murah di NSK.hikhikhik..
Tak menahan tu segugus anggur dia angkut masuk mulut.
Tak ada siapa nak rebutlah anak oi.

Fynn Jamal - Biar ( Lagu Untuk Ayahanda )




Berpuluh kali dengar berpuluh kali jugalah air mata ni jatuh.
Sedih tanpa kata.
Teringat arwah ayah.
Rindu sangat.
:'(

Fynn Jamal - Pencetus Semangat

Siapa kenal dia?

Mula kenal selepas nampak kawan share post dia di fb.

Mula-mula terfikir siapa dia ni.
Fan page puluhan ribu orang like.
Bila saya perhati segala status dia,saya terkesima.
Hebat.

Sedikit yang saya ketahui.
Dia kelahiran Kota Tinggi.
Seorang bekas pensyarah Inggeris di Lim Kok Wing.
Sekarang ni di Russia - guru Bahasa Inggeris.
Penulis - Puisi Tepi Jalan.

Apa yang menariknya -
Dia menzahirkan isi hati dan akal fikiran melalui tulisan.
Dia mengaku hanyalah sorang pencerita.
Pencerita dalam hidupnya.
Bacalah segala tulisannya.
Bacalah semua puisinya.
Dengarlah setiap bait lagunya.
Di situ,ada semangat yang mengiringi kita.
Di situ juga buat kita berfikir sejenak.
Rupanya dunia ini indah bila kita menghayatinya
Kita akan kuat bila berhenti berfikir yang remeh
Darinya saya belajar kuatkan hati.
Belajar hargai apa yang dimiliki
Peduli ayat orang yang mengata.
Bukan fanatik tapi dia sungguh jujur.
Ayat bersahaja tapi mendalam maksudnya.
Tiada apa lagi yang dapat dikata.
Kadang -kadang sebak,nangis baca luahan dia.
Kadang-kadang boleh tergelak sendiri.

Taip saja - Fynn Jamal.
Anda pasti jumpa dia dimana-mana.

14 May 2013

Resepi Bubur Nasi Petola - Untuk Bayi 7 Bulan Ke Atas

Sumber - google


Sayur petola mengandungi zat makanan iaitu protein dan karbohidrat.Sesuai untuk membantu  perkembangan bayi anda :)

Bahan-bahan :
 
Segenggam beras
1/2 batang petola segi ( dikupas kulit dan dipotong nipis )
1/2 genggam ikan bilis - direndam
1/2 biji kentang
1/2 batang lobak
 
Caranya :
Cuci beras dan tanakkan sehingga menjadi bubur.
Kemudian masukkan kentang.
Sebelum menutup api,masukkan petola.
Gaul seketika dan tutup api.
Kisar halus.
 
Secara berasingan,sangai ikan bilis sehingga kering. (digoreng tanpa minyak.
Kisar halus kemudian campurkan di dalam bubur tadi.

Nota : Menu ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
           Resepi ini dari majalah rasa tapi telah diubah mengikut selera anak :)


Resepi Bubur Nasi Dan Salmon Grill - 8 Bulan Ke Atas

Lagi resepi untuk anak tersayang :)

Bahan-bahan :

Sepotong ikan salmon
1/2 jambak brokoli
1/2 jambak cauliflower
1/2 cawan beras
Minyak zaitun secukupnya
Bawang merah dan bawang putih - dikisar
1cm halia

 
Guna pemanggang ajaib
 




Cara -cara :
Sapukan minyak zaitun ke atas ikan dan bakar/grill di kuali atau oven selama 5 minit.
Sambil itu,tumiskan bawang dan halia dengan minyak zaitun.
Masukkan air dan beras.
Apabila mendidih,masukkan cauliflower dan salmon ( asingkan tulang ikan)
Sebelum api ditutup,masukkan brokoli.
Siap.

NOTA : Brokoli yang terlebih masak akan menyebabkan rasa pahit.
Menu bertumis untuk 8 bulan ke atas.

13 May 2013

Bila Ada Yang Berkata

Bila ada yang ringan mulut suruh saya berhenti bagi breastmilk kat Sofea.
Dengan alasan,susu tak cukup.
Anak tak kenyang.
Orang lain berkerja keras nak menyusukan sampai umur 2 tahun.
Susu ibu bukan sekadar susu biasa.
Sumber antibodi untuk badan,tingkatkan imun badan anak.
Secara zahirnya,eratkan kasih sayang anak dan ibu.
Dia bercakap ibarat Sofea itu anak susuan dia.

Bila saya bagi jawapan penyedap hati - bagi sebab susu ada lagi.
Dia balas - dah bagi memanglah susu masih ada.
Sendiri tanya sendirilah fikir.
Anak puan dah lima orang pun.

Bila dia bercerita dengan bangganya bagi anak orang makan makanan ringan.
Bila dilarang cakap anak banyak pantang.
Anak sakit - dicakap badan tak kuat.
Ayat macam mana lagi harus dikarang supaya tak terganggu emosi.
Jangan sebab nak jaga hati,anak jadi mangsa.
Harus bagi peringatan lagi.
Punyalah kita jaga bagi makanan berkhasiat tapi dia suka hati sumbat itu ini.
Jangan bagi alasan anak suka,anak minta.
Karut.

Bila dia protes saya bagi anak makan supper - makan malam.
Alasan - nanti perut anak meletup.
Karut lagi.
Ini bukan ikan yang kena tuba sampai perut meletup.
Bukannya suap makanan sambil tutup mata.
Suap ala kadar untuk alas perut.

Bila orang luar campur tangan dalam pengurusan anak.
Beginilah jadinya.
Berbelah bagi.
Kena jaga perasaan,jaga kesihatan.

Sekian,luahan mak :(

Test Ride




Sofea kayuh basikal ke belakang.
Tunggu besar dulu la ye baru kita beli.

Resepi Bubur Udang Butter - Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas

Main masak-masak di hujung minggu.
Jom kongsi..

Bahan-bahan :

10 ekor udang segar
10 helai daun bayam hijau
4 batang kacang buncis
1/2 batang lobak merah
1/2 cawan beras
Air secukupnya untuk masak bubur
1 sudu unsalted butter
1 ulas bawang putih dan 1/2 ulas bawang merah - dicincang
1cm halia muda





Caranya :

Tumis bawang dan halia menggunakan butter.
Masukkan udang,gaul sekejap kemudian angkat.
Dengan periuk yang sama,tambahkan beras dan air.
Apabila air mendidih,masukkan lobak merah.
Bila dah menjadi bubur,tambahkan udang yang telah ditumis tadi dengan kacang buncis.
Sebelum tutup api,masukkan daun bayam.
Gaul sekejap,kemudian tutup api.
Siap dan hidangkan.

Nota : Udang (makanan laut) hanya untuk 1 tahun ke atas.





12 May 2013

Asalkan Ada

Malam-malam Sofea buat lawak.
Buat projek 'mengemas' di stor.
Mama panggil tapi tak keluar.
Sekali keluar,begini kejadiannya..


 
Lah..kenapa selipar tak sama pasangannya.
Rupanya dia berusaha pakai selipar sendiri dalam stor.

11 May 2013

Persediaan Hari Raya : Tiket

Seperti tahun lepas,masih setia dengan perkhidmatan MAS.
Puas hati.
Bila buat perbandingan dengan AA dan Mas,lebih kurang saja harganya.
Ada yang tanya kenapa tak pilih Malindo Air.

Tiket dah beli awal bulan Mac.
Malindo pula mula beroperasi akhir Mac ( kalau tak silap).
Tak menyesal sebab harga pun lebih kurang juga.
Ada suara-suara bertanya,kenapa beli tiket awal sangat?
Ini jawapannya.
Beli awal - harga murah.
Faham sangat dengan sistem dorang ni.Masa cuti sekolah,perayaan tak akan ada promosi.
Makin dekat waktu penerbangan makin tinggi harganya.

Tahun ini 9 hari di kampung.
Kena rancang betul-betul sebab bahagikan masa untuk dua tempat.

Lagi satu,kena beli beg baju baru.Beg lama rosak sewaktu di kargo.
Suami pula malas nak report.
Baiklah.
Pengajaran - jangan beli beg baju besar sangat,tak larat petugas kargo nak angkat  >.<

Sekarang ni tengah fikir macam mana ragam Sofea dalam penerbangan selama dua jam setengah.
Dalam kereta setengah jam pun tak tahan diam.
Mau bergaduh kita orang dalam kabin nanti.
Kena fikir jalan penyelesaian..


10 May 2013

Persediaan Hari Raya : Merancang Awal Elak Kesesakan

...atau lebih tepat elak kesempitan.
Eceh,bulan Ramadhan pun belum lagi tapi segala senarai dah keluar.

Ini untuk perancangan kami sekeluarga.
Tak nak macam tahun lepas.
Kelam kabut.
Paling sadis,ada yang tak dapat beli.
Masa puasa masa tu jugalah berkejar sini sana nak beli itu ini.
Masa terhad.
Bajet lagi terhad.
Apa lagi bila bawa anak kecil.
Kena fikir waktu tidur dan makan dia.

Tahun ni dah fikir panjang-panjang.
Belajar dari pengalaman.
Peduli apa orang lain cakap.

Antara yang penting -
Tiket kapal terbang
Baju raya
Duit raya
Kuih raya
Belanja lain-lain

Sebelum puasa target beli segala keperluan raya.
Masa puasa untuk menguli tepung di dapur.
Tetap bercita-cita tinggi nak buat kuih raya sendiri.

Dua bulan tiga minggu lagi untuk jejak kaki di tanah kampung halaman.
InsyaAllah :)

Gabungan Makanan Untuk Kesihatan



Saya dah lupa dari mana ambil info ni.
Sama ada dari grup pemakanan atau google.
Harap dihalalkan :)

09 May 2013

Isu Plagiat

Nampak macam remeh tapi bila difikirkan semula alangkah tak berhati perut si plagiat itu.
Hasil usaha orang lain diambil tanpa kebenaran.
Lagi parah bila ada yang mengaku usaha sendiri.

Agaknya susah nak tulis sepotong ayat -
credit by -
sumber dari -
link di sini -

Benar ilmu perlu dikongsi tapi kongsilah ilmu dengan cara betul.
Sebaik-baik perkataan - ikhlas.
Biar tidak timbul rasa terkilan pemilik.
Cuba letak diri sendiri pada situasi itu.

Matlamat tidak menghalalkan cara.
Bila ditegur si plagiat,pandai pula melenting.
Kekadang ada yang menerima dengan terbuka.
Dua-dua pihak kena berbincang.
Bahasa itu indah tapi bila ditulis dan dibaca dengan nada marah boleh hilang sabar rasanya.
Satu cara nak elakkan benda ni,tambahkan watermark.

Ada pula pemerhati yang lebih emosi.
Provok sana sini,hujah itu ini.
Sampaikan lari dari tajuk asal.
Sendirian meroyan tunjuk diri sebenar.
Suruh kita bersifat matang tapi guna bahasa kebudakan.
Seperti ketam masak lemak mengajar anak baru setahun jagung berjalan dengan betul.
Sedih tengok.

Kena ingat,ada yang rela dan ada juga yang tak rela diplagiat.
Sebelum apa-apa,iktiraf sumber ilmu tu.
Mana tahu esok lusa ada masalah,senang nak cari jawapan.

Oh ya,isu plagiat tiada lagi dalam blog ini.
Kalau ada pun,setakat ni saya abaikan saja.
InsyaAllah.


Kesan Ubat Batuk

Kebanyakan ubat batuk adalah mengandungi dadah dextromethorphan iaitu bahan aktif yang akan menyerap ke dalam darah. Dalam satu kes, seorang kanak-kanak mati setelah diberi dos ubat batuk melebihi sukatan. Kanak-kanak ini didapati ada 96 nanogram per mililiter (ng/ml) dextromethorphan di dalam darah padahal had yang dikawal untuk orang dewasa ialah 40 ng/ml sahaja.
Selain itu, terdapat sebanyak 490 ng/ml cetrizine di dalam darah. Had dikawal ialah antara 270 hingga 350 ng/ml. Kombinasi kedua-dua jenis dadah ini didapati adalah penyebab kepada kematiannya.

Orang ramai masih tidak mempunyai kesedaran bahawa ubat yang dibeli dari rak pasar raya boleh memudaratkan. Ubat-ubatan biasa seperti aspirin, Tylenol dan Benadryl boleh membunuh jika diambil secara berlebihan.

Dextromethorphan sejenis dadah yang sangat merbahaya. FDA pernah membuat rumusan untuk menarik semula produk ubat batuk yang mengandungi dextromethorphantapi ia akan beri kesan yang besar terhadap industri farmaseutikal kerana hampir semua ubat batuk mengandungi dextromethorphan. Jika ia ditarik balik, beribu-ribu jenis ubat yang lain selian ubat batuk juga mengandungi dextromethorphan dan ia mesti diformulakan semula untuk mengelak penggunaan dextromethorphan.

Jadi untuk menggantikan ubat batuk ini, pilihannya ialah madu lebah. Madu lebah adalah sejenis antibiotik. Ia boleh mencairkan kahak dan melegakan batuk. Tiada kesan sampingan. 


Sumber : TSM

Bukan Tak Pernah

Bila kita berubah ke arah kebaikan,ada yang rajin menyelak kisah silam.
Dengan ayat -
 " Alah,bukan kau tak pernah buat dulu."

Bila kita nak buat pembaharuan,ada yang gemar memangkah.
Macam biasa  -
"  Dulu ok je macam ni,kenapa nak tukar lain pula."

Bila kita memberi nasihat,ada yang membandingkan dengan orang lain.
Seperti selalunya -
"  Kau tak payahlah nak tunjuk baik.Aku lagi banyak pengalaman dari kau."

Noktah.
Manusia tak sempurna.
Bukan kita tak pernah buat kesilapan.

Pernah atau tidak kita mengaku dan seterusnya membetulkan.
Beri peluang pada diri sendiri.
Gunakan hak empunya badan.

Kadang-kadang kita takut untuk berubah
Takut pada cabaran
Tapi sebenarnya takut pada diri sendiri
Takut sehingga keyakinan diri hilang
Hilang bila memerhati kehidupan orang lain.




08 May 2013

Resepi Popia Bersalut



Tak pasti nama resepi sebenarnya. ^__^

Biskut Famous Amos

Tak ingat dimana ambil resepi ni.
Diharapkan tuan punya halalkan perkongsian resepi dia.
Cita-cita tinggi nak buat biskut raya sendiri.
Ini percubaan yang pertama.
Percubaan yang pertama dah menderhaka sikit.
Acaner?




Bahan-bahan:

1 cawan butter ( saya tukar minyak masak)
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus (saya guna gula kasar)
1 cawan gula perang (tak letak)
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)  - saya guna brand NONA
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut) - - saya tukar 1/2 tepung brownies
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) - tak letak
1 s/k vanilla

Cara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.
 
 
 
Hasilnya -
 



Nota :

1.Alas dulang dengan kertas minyak agar biskut tak melekat. (saya guna kertas A4)
2.Ambil secubit sederhana saiz (biskut akan mengembang) letak di dulang kemudian tekan sedikit menggunakan garpu.
3.Tunggu sejuk kemudian keluarkan dari dulang.


 

Bukan Semua Penyakit Berpunca Dari Makanan

Kini terdapat berbagai produk bukan makanan yang kita gunakan setiap hari mengandungi bahan-bahan yang terbukti merbahaya. Bahan-bahan itu biasanya digunakan secara luaran tetapi adakalanya ia terserap ke dalam tubuh secara tidak disedari contohnya seperti tertelan, terserap melalui liang-liang kulit malah terhidu.
Tahukah anda apa bahan merbahaya dalam produk yang kita guna hampir setiap hari itu? Antaranya ialah fluoride, triclosan, sodium lauryl sulfate, saccharin.

Fluoride
Fluoride terdapat dalam hampir semua ubat gigi. Terdapat amaran FDA tentang fluoride, "jika tertelan, dapatkan rawatan doktor dengan segera". Itu bermakna fluoride ialah bahan toksik. Jika selalu terdedah atau tertelan fluoride, boleh menyebabkan penurunan tahap IQ membuatkan seseorang jadi bengap lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Sodium lauryl sulfate (SLS)
Sejenis ejen pembersih yang menghasilkan buih. Terdapat dalam hampir semua ubat gigi, pencuci pinggan mangkuk, sabun badan, pencuci muka & syampu. Buih penghakis ini sebenarnya turut menghakis kelembapan membuatkan kulit dan rambut jadi kering kontang.

Triclosan
Bahan antibiotik dan antimikrob ini terdapat dalam ubat gigi, kebanyakan sabun pencuci tangan, pencuci pinggan mangkuk, deodoran & pencuci mulut. Pada 2009, Persatuan Perubatan Kanada pernah meminta Jabatan Kesihatan mengharamkan penggunaan triclosan dalam produk penjagaan diri kerana boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria baru yang tahan anti biotik.

Saccharin
Sejenis pemanis tiruan yang sering terdapat dalam minuman soda dan ubat gigi. Ujian terhadap tikus makmal terbukti menyebabkan kanser. Perasan tak bahawa ubat gigi hari ini juga mempunyai rasa manis. Kalau untuk orang dewasa tak mengapa sebab kita tahu ia bukan untuk ditelan tapi bagaimana pula kanak-kanak? Bagi mereka, jika ia terasa manis, kemungkinan mereka akan cuba menelannya kerana menganggap ia seperti coklat. Apa perlunya ubat gigi diletakkan perasa manis?

Sumber : TSM

Suara Sumbang

Ada suara yang singgah di halwa telinga ni.

"Banyak sangat pantang untuk anak.Gula garam tak boleh.Itu ini tak boleh.Tengok,anak ko selalu je sakit.Makan keras sikit jadi sembelit.Makan pelik sikit terus cirit birit.Badan pun tak membesar."

Dan.

"Kenapa tak vaksin anak?Tak takut ke anak kena penyakit nanti.Negara kita ni ramai pendatang asing.Macam-macam penyakit dorang bawa.Nanti anak dah sakit nak jawab apa?Semua anak saya vaksin.Alhamdulillah sihat sepanjang tahun.Pasal halal atau haram vaksin tu kita berserah je.Ko tak sayang anak ke? "

Lagi.

"Kenapa anak ko ni kurus sangat,tak bagi makan ke?Bagi la makan nestum.Beli susu mahal sikit supaya berat anak bertambah."

Saya senyum dan jawab.

"Saya sayang anak sebab tu saya kawal pemakanan dia.InsyaAllah ada banyak masa lagi untuk anak saya makan macam-macam.Apa yang saya utamakan makanan yang dimasak sendiri.

Saya dah baca banyak kajian pasal vaksin dan kandungan bahannya.Baca juga pengalaman ibu kesan vaksin terhadap anaknya.Saya tak nak bahan asing masuk dalam badan anak saya.Lagi pun vaksin ini tak diwajibkan.Ibubapa boleh pilih nak vaksin atau tidak.Alhamdulillah jika anak anda sihat."

Apa yang saya tekankan di sini ialah HAK.
Masing-masing ada hak.
Terpulang nak bagi anak apa dan segala tanggungjawab terbeban di bahu sendiri.
Apa yang penting,hormati keputusan orang lain.
Jangan pertikaikan nilai kasih ibubapa pada anak.




07 May 2013

Eskalator

Sofea sinonim dengan eskalator.
Bila nampak benda ni dia mesti berlari nak naik.
Tak kisahlah eskalator tu turun atau naik.

Sabtu lepas hampir-hampir jantung berhenti berdegup.
Masa tu di Alam Sentral.Sofea tak nak dipimpin tangan.
Papa pula pergi toilet.
Tak sampai seminit terlepas dia dah hilangkan diri.
Sekali pusing,dia dah naik eskalator seorang diri.
Dah sampai tangga ke lima.
Tak peduli apa,terus kejar naik eskalator.
Mujur anak tak terjatuh ke bawah.

Memang tak sangka dia berani dan pandai naik eskalator.
Apa-apa pun,kena lebih berhati-lepas lepas ni :(


 
Tiada apa yang lebih gembira selain dapat jejak kaki di eskalator.LOL





Puding Roti Versi Cupcakes

Tu diaaaaa...
Sejak jadi surirumah selama 7 hari tahap kerajinan meningkat.
Masak + Makan = 1.9kg
(siyes,baru semalam timbang)
 

 
Ini puding roti versi resepi derhaka.
Nampak macam brownies tapi macam muffin pun ada.
 
Bantailah tulis resepi di sini mana tau lain kali nak buat lagi :)
 
Bahan -bahan :
4 keping roti
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
1 sudu tepung brownies
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu gula
1/2 cawan susu cair
1 biji telur
1/3 cawan minyak masak
 
Caranya :
Kisar semua bahan kemudian tuangkan ke dalam cup dan hiaskan dengan chocolate rice.Bakar 180 darjah celsius selama 20 minit.
 
 

Taman Permainan - Tasik PKNS Part 2

 
Warming up dulu.


 
 
 


Turun dan naik di tempat yang sama.Shortcut betul.

 
 
 
 
Ok,permainan ini bosan.
 

Taman Permainan - Tasik PKNS

Dah sembuh dari chicken pox,inilah ganjarannya.
Outing!!!

Baru sampai
 
 
Tinjau kawasan.Dah nampak ramai kawan-kawan.
 
 


Satu
 
 
Dua - Yahooo!!!
 
 
Tiga
 



 
Jom balik

 
Tak nak

 
Pssttt..papa,lepas ni kita main lagi boleh?
Papa : Balik rumah

 
Sofea : Alahhh...

 
Tak nak balikkkk..

 
Tapi ngantuk.