10 March 2016

BIRTH STORY : Anakku Hero

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama bercuti panjang pastu tiba-tiba muncul dengan cerita kelahiran.
Mak memang tak suka heboh-heboh kalau tengah mengandung.
Serabut kepala.

Dimulakan cerita,mengandung anak ketiga sama saja macam sebelum ni tapi kali ni cerewet dan mudah sentap. Hurmm,ko rasa ikut perangai sapa la ni kan..

Edd 2/3. Masa ni target mesti overdue juga macam anak sebelum ni. Anak-anak bahagia duduk lama dalam perut mak.
Tapi siapa sangka, 1/3/2016 jam 10  malam tu perut lain macam. Kejap memulas,kejap mengeras. Fikir positif ,agaknya false alarm macam sebelum ni atau sebab petang tu makan bihun sup pedas.

Jam 11 malam lebih, cakap dengan suami. Sila bersiap mana tau kena pergi hospital kejap lagi. Saya pula sibuk ke tandas,dua kali masuk berjaya poo poo. Kali ke tiga,kosong tapi masih rasa memulas. Tiba- tiba datang contraction dan terteran dua kali.
Gelabah mak sekejap. Kelam kabut keluar dari tandas sebelum ada drama Ju on merangkak dari tandas.

Sebelum masuk bilik, MIL tanya dah sakit perut ke, saya mampu angguk. Pastu dia sergah, jadi tunggu apa lagi.pergi la hospital. Hahaha adoii padahal memang nak bersiap pun.

Masuk bilik jadi serba tak kena. Ya Allah sampaikan tukar pakaian pun tak larat. Berpaut kejap kat bahu suami. Dia dah gelabah sebab takut terberanak dalam bilik. Sempat berfikir, ni dah berapa cm bukaan sampai sakit nak nangis.

12.10 tengah malam -
Tiba di hospital Kota Belud. Sepanjang perjalanan tu, pegang erat tempat duduk sebab menahan sakit perut.
Suami ambil wheelchair dan sorong masuk wad bersalin.
Macam biasa, tukar baju dulu. Ajak suami masuk toilet mana tau tiba- tiba jatuh atau apa-apa hal boleh tolong. Mengada- ngada pula perangai mengandung kali ni.

Dah siap tukar baju, nurse suruh baring atas katil sebab nak cek bukaan rahim.
Fuh fuhhh dan masa ni la perut memulas dengan hebatnya.
Cepat-cepat cakap dengan nurse nak p berak sekejap.
Nurse pula risau takut terberanak dalam toilet.
Banyak kali dia pesan,mama jangan meneran ya.
Terus masuk toilet sekali dengan suami. Kebetulan pula toiletnya besar.
Ehh kenapa macam cirit birit ja ni. Poo poo cair.perut pun rasa lega sikit.
Nurse buat VE, baru 3cm. Kemudian baring atas katil untuk CTG.
Suami balik rumah sebab memang tak boleh tunggu dalam wad. Lagi pun lama lagi nak bersalin.
Masa buat CTG, sedut oksigen sebab graf tak cantik.
Makin susah pula bernafas bila sedut oksigen tu.
Lawaknya, masa CTG tu jugalah mak rasa nak berak. Nurse boleh pula suruh tunggu. Kawal pernafasan sambil doa supaya tak terberak atas katil.
Siap saja CTG, terus melompat dari katil terjah tandas. Memang sah la cirit birit. Happening sangat. Time nak bersalin time tu pula cirit birit.
Dekat 4 kali berulang ke toilet.

Sebelum ni doktor di KKIA dah maklumkan awal yang saya memang tak boleh bersalin di hospital daerah sebab tiada doktor pakar yang standby untuk kes 'previous scar'.
Memang kecewa sangat sebab terpaksa berjauhan dengan anak-anak.
Doktor sediakan surat untuk pindah ke hospital wanita dan kanak-kanak Likas.
Sebelum jalan, nurse bagj minum ORS dan charcoal.
Lega perut sekejap.
Ngeri juga kalau tiba-tiba nak berak dalam perjalanan tu.

2.00 am -
Naik ambulans.
Perjalanan dalam satu jam.
Adohai baring dalam ambulans tu terasa macam dalam lori kayu balak.
Terumbang ambing mak atas katil tu.
Memang tak dapat tidur. Hanya tutup mata sambil berselawat.
Mild contraction datang dan pergi.

3.00 am -
Tiba di hospital Likas.
Masuk di bilik penilaian.
Mengantuk sangat.
Soal selidik macam biasa.
Bukaan masih 3 cm lagi.
Doktor seluk bagi bukaan cepat besar.
Hoii sakit !! Dah cakap sakit dengan dia,boleh doktor tu jawab memang sakit tapi nanti puan bersalin cepat.
Doktor masukkan spekulum, cek mana tau air ketuban leaking tapi result negatif.
Sakit oiii..
Menyesal pula cakap dengan dia ada air keluar sikit malam tu .

2/3/2016, 8 am -
Masuk wad Kenanga 1.
Mak jadi jakun tengok wad cantik dan baru.
Fully aircond, ada water heater. Haihhh bestnya.
Sarapan sikit, jamah bihun goreng.
Sempat tidur sejam sebab dari semalaman tak tidur.
Baru nak tarik selimut, datang pula student buat praktikal.
Tanya soalan entah apa-apa.
Ko tanya rumahku kayu atau bata dah kenapa.
Pastu soal gaji suami berapa sebulan, cukup atau tak gaji tu.
Haishhhh...

11 am -
Doktor datang cek lagi, dah 4 cm. Ok lega ada peningkatan.
Doktor ni pula buat perangai, dia seluk lagi kononnya untuk bantu bukaan lagi cepat.
Kalau dia buat lagi lepas tu, memang nak tolak ja dia ke dinding.
Jalan- jalan sekejap di luar bilik,itu pun tak sampai 50 meter dah sampai ke hujung.
Terserempak dengan doktor tadi, eh puan mari masuk bilik. Kita nak pecahkan ketuban kemudian hantar puan ke labor room.
WHAT?????

Terkebil-kebil dengan ayat doktor tu.
Tanya dia kenapa perlu pecahkan ketuban, dia jawab supaya puan cepat bersalin.
Eh kamu ni, semuaaaaa nak cepat.
Mak stress, baby pun stress kalau macam ni.
Saya refuse prosedur tu atas alasan pengalaman anak pertama dipecahkan ketuban masa 4cm lepas tu slow progress tapi azabnya sakit contraction Allah ja tahu.
Doktor dah lain macam mukanya.
Ok nanti saya bincang dengan boss saya katanya.
Tak sampai 5 minit, datang doktor lain.
Bagi tau prosedur yang sama.
Mak tetap kata TAK NAKKKK.
Tapi kena sorong juga ke labor room. Bagi tau nurse saya nak jalan kaki je, tak nak naik atas katil.
Ehh tak boleh puan.
Haiyoooo mulalah rasa tak best dengan hospital ni.

2 pm -

Masih berjaya tolak untuk pecahkan ketuban.
Birth plan dan surat refuse vaccine dah bagi dengan nurse.
Doktor terima dengan baik tapi katanya bergantung dengan keadaan ibu dan bayi.
On lagi CTG.
Nurse kata tak boleh buka sehingga bersalin.
Alahaiii susah bak bergerak kiri kanan. Bila mengiring je,mesin stop bunyi.
Silih ganti doktor masuk bilik nak pecahkan ketuban.
Siap deal lagi dengan doktor, kalau progress bukaan rahim saya lambat barulah pecahkan ketuban.
Kadang ada doktor lelaki sesat masuk, cepat-cepat nurse suruh keluar.
Patient nak female staff ja katanya.
Alhamdulillah.

4 pm -
Akhirnyaaa... Belum bersalin lagi.
Mak terpaksa pasrah untuk pecahkan ketuban.
Bukaan masih 5cm sejak 3 pm.
Lepas tu doktor nak masukkan pitocin.
Ubat untuk kuatkan contraction.
No way laaa.. Macam-macam pula korang nak buat nak cepatkan bersalin.
Banyak sangat gangguan dan campur tangan.
Doktor boleh pula offer kita pilih nak cucuk painkiller,sedut gas atau cucuk epidural.
Haihhh senang-senang ja suruh pesakit pilih.
Deal lagi dengan doktor, minta dia tunggu sampai jam 5 pm.
Doktor lain pula masuk..
Katanya kalau tak masuk pitocin nanti puan lambat bersalin. Ini anak ketiga puan, sepatutnya 10 jam saja in labor.
Saya tengok contraction puan ni mild je.
Pulak dahhhhh..
Saya bagi puan masa hingga jam 6 pm.kalau belum bersalin, kita tolak ke bilik bedah. Kita tak nak baby stress katanyaaa..
Korang la yang sebenarnya buatkan mak dan baby stress.
Sini sana nak cucuk,nak pecahkan.
Tiada istilah natural.
Birth plan mana birth plan, nak p baca jap.
Tiba-tiba rasa down..sedihnya kalau kena operate. Doktor siap cakap lagi lepas ni kamu tak boleh bersalin normal lagi.
Arghhh scare tactic semua.
Minta nurse panggilkan suami di luar wad bersalin.
Sepatutnya suami kena ikut kursus father friendly baru boleh masuk LR tapi nurse baik hati,dia benarkan masuk dan nanti dia terangkan apa yang patut.
Suami masuk pastu boleh pula dia tercegat depan pintu.hahaha nervous ke bang?

5 pm -
Dah mula sakit kuat.
Genggam erat besi katil. Nasib baik besi tak lebur.
Suami non stop suruh mengucap sambil usap dada.
Sempat lagi dia berdialog dengan anak - baby cepat keluar, mama sakit tu.huwaaaa mak touching :(
Rasa sangat dahaga tapi nurse tak bagi minum banyak. Takut nanti ada komplikasi kemudian masuk bilik bedah.

Dalam keterpaksaan, minta ubat tahan sakit. Rasa birth plan nak natural birth jauh terjunam ke laut.
Ini sebab memikirkan dari semalam cirit birit, makan pun masa pagi tu ja.
Tenaga pun makin kurang. Rasa badan lemah padahal dah on drip dua botol.
Nanti nak meneran risau pula tiada tenaga sebab asyik tahan sakit contraction.
Pengalaman masa anak kedua. Tiada tenaga meneran. Kepala baby kuar masuk sebab penat. Asyik tarik nafas.
Pasrah.
Nurse cucuk kat pung**ng, tak lama lepas tu rasa mengantuk sangat.
Tak dapat lelap tapi pejam mata sambil tenangkan fikiran.
Bayangkan bunga-bunga yang mekar mengembang tapi failed juga.
Time contraction datang, pejam mata lagi sambil bayangkan padang yang luas.
Pegang erat jari suami. Masa tahan sakit tu masa tu juga picit jarinya kuat-kuat.
Nasiblah tak terfikir nak gigit tangannya.haha
Rasa nak meneran tiga kali.
Kali ketiga tu terasa kepala baby kat bawah.
Alamakkk..
Cepat-cepat suruh suami panggilkan nurse.

Tak sampai seminit, nurse dan doktor datang kerumun.
Puan jangan teran dulu bla bla bla..
Nurse lain sibuk pasangkan besi untuk letak kaki, yang sorang lagi cek bukaan rahim.
Masa tu masih tutup mata sebab kesan ubat tahan sakit.
Dengar dia cakap 10cm dan masa tu juga nak meneran tapi suruh tunggu lagi.
Hadoiiiu tadi suruh cepat beranak, ni suruh tunggu lagi.
Dorang suruh betulkan tempat baring,kaki letak kat besi, tangan pegang besi.
Suami dah berundur ke belakang.

6.05 pm -
Lahirlah heroku selepas dua kali meneran.
Suami siap cakap sikit lagi nak kuar,sikit lagi.huhuhu.
Alhamdulillah kali ni tak semput nak meneran.
Berjaya kawal pernafasan dan tenangkan fikiran.
Masa meneran tu masih lagi tutup mata.
Nurse suruh buka mata tengok baby. Yeahhhh baby boy.
Nurse cucuk syntometrin untuk kecutkan rahim sebab masa mengandung HB rendah jadi tak nak ambil risiko bleeding.
Dah la bilik sebelah tu pesakit kena kejar ke OT sebab bleeding .
Ngeri rasa.

DCC selama 5 minit. Dalam birth plan request 3 minit. Ok la, staff nurse pun suka buat dcc. Tak kelam kabut buat kerja.
Kemudian nurse letak baby atas dada.
Kononnya suruh crawling tapi dia tidur.haha adoii anak. Kesan ubat tahan sakit tu agaknya. Kasihan anak.
Nampak banyak vernix kat badannya.
Alhamdulillah selaput yang penuh antibodi.
Terkoyak sikit kat bawah, entah mana silapnya malas dah nak fikir.
Dalam masa sejam baby skin to skin sambil nurse jahit luka luar.

Selepas tu dorang bersihkan baby. Saya pun bangun dari katil nak mandi.
Hebatnya LR hospital Likas ni sebab setiap bilik ada tandas dan bilik mandi. Ada water heater lagi.
Mak jakun memang macam ni. Dulu di HTAR tak ada fasiliti macam sini.
Untungnya bila suami temankan dalam LR.
Masa mandi tu dialah yang hulurkan sabun, tuala semua.
Dah siap mandi,baring semula di katil. Kepala pening, mata tak larat nak buka. Dari semalam tak tidur, tambah lagi dengan kesan ubat tahan sakit.
Akhirnya jam 10 malam keluar dari LR dan pindah ke wad.

Banyaknya pengalaman bersalin kali ni tapi kecewa sebab too much intervention.
Semua doktor nak kawal, nak cepat.
Masuk hospital ini kena panjangkan lagi karangan dalam birth plan.

Alhamdulillah ada juga birth plan saya di patuhi dan baby pun unvaccinated.
Nanti ada cerita susulan tentang refuse vaccine.
Jeng..jeng...

Terima kasih tak terhingga untuk suamiku, Jainul.
Mukanya tenang saja sepanjang temankan bininya dalam LR.
Lepas bersalin, dia belikan bubur sayur biar pun tawar rasa bubur tu.
Dia juga tolong habiskan milo panas yang nurse buatkan untuk saya.hahaha.
Terima kasih azankan anak kita.

Terima kasih juga untuk kawan- kawan dalam whatsapp grup yang temankan dari semalam sampai saya bersalin.
Tak putus-putus bagi kata semangat dan bagi nasihat.
Sayang korang semuaaaa..
Sob sobbb.. Mak touching lagi.

Terima kasih juga pada nurse Norhayati dan Doktor Sakinah di atas bantuan semasa proses bersalin.
Mak selesa dengan layanan korang.


9 comments:

  1. Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anak-anak....Patutlah Rasulullah saw suruh kita taat kepada ibu dalam 3 kali disampaikan dan kali ke4 barulah taat kepada bapa. Insaf saya sekejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya pun terkesan juga.insaf sangat masa merasa kesakitan tu.
      Terima kasih sudi baca

      Delete
    2. Alhamdulillah saya pun terkesan juga.insaf sangat masa merasa kesakitan tu.
      Terima kasih sudi baca

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum puan, Alhamdulillah tahniah atas kelahiran baby boy. Saya nak mohon salinan surat birth plan dan surat tolak vaksin utk persediaan saya InsyaAllah bakal melahirkn anak bulan Julai ini, saya telah cuba email puan tapi tak berjaya. Bagaimana ya caranya utk saya dptkn salinan surat2 tersebut? Terima kasih atas bantuan puan Nur Alya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, terima kasih sudi baca.
      Puan/tuan boleh emel kepada semutpurple11@gmail.com utk dapatkan salinan birth plan dan surat tolak vaksin.

      Delete
  5. sy masuk wad 4hb march ni induce anak pertama di hospital likas nanti..mudah mudahan dipermudahkan.

    ReplyDelete