Assalamualaikum dan selamat membaca kepada yang
sudi singgah atau blogwalking ~
12.30
am.
Anakanda
sudah tidur.
Mata
mak masih belum mengantuk lagi.
Malam
ni sesaja nak buka topik tentang breastfeeding.
Tak
adalah arif sangat nak bincang pasal
topik penyusuan bayi dengan susu ibu ni tapi hati tertarik dengan beberapa
orang friendlist yang gigih berkempen tentang kebaikan susu ibu.
Salah
seorangnya adalah lelaki. Beruntung isterinya.
Saya
akui, kesedaran pasal kebaikan susu ibu
ini semasa mengandungkan Saraa Nur Adliyya, anakanda yang kedua.
Sebelum
bersalin lagi, dah tulis siap- siap dalam birthplan – no formula milk for baby.
Pengalaman
menyusukan Saraa sangat mencabar.
Tiada
istilah ‘ untunglah dapat susukan anak dengan susu badan, susu banyak.’
Untung
ke kalau mencuri masa waktu berkerja setiap tiga jam untuk mengepam susu. Nasib
baik masa tu bos memahami, kalau dapat yang tak memahami lagi lah ‘untung’ kan.
Masa
tu hasil susu hari ni pam untuk stok esok hari.
Ibarat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tak
pernah pun susu penuh dalam peti ais.
Pam
guna pam manual. Lambat sikit prosesnya.
Ada
hari tertentu contohnya hari Isnin, saya terlupa bawa pam susu ke opis – mak
versi kelam kabut pagi Isnin.
Apa
lagi, marmetlah jawabnya.
Ada
masa lagi, milk storage habis stok – mak nyanyuk lagi sebab tak periksa stok
dalam drawer. Guna botol mineral kecil jawabnya.
Paling
tragis pernah terlupa bawa balik stok susu dalam peti ais di pantry. Syukurnya,
esok tu hari cuti, boleh buat stok di rumah.
Pernah
satu masa terpaksa keluar sekejap waktu tengah hari dari tempat kerja untuk
hantar stok susu sebab stok susu di rumah pengasuh habis.
Kalau
ada mesyuarat di luar opis, memang angkut juga segala alat mengepam. Keluar
sekejap, pam di surau, restroom atau mana – mana tempat yang sesuai.
Masa
awal-awal masuk kerja selepas cuti bersalin, Saraa tak berapa nak minum susu
dalam botol. Padahal dalam waktu pantang dah ajar dan memang nak botol susu.
Macam-macam
ikhtiar pengasuh cuba, agaknya dalam kesibukan layan anak asuhan yang lain,
pernah stok susu terbiar di luar peti ais - basi. Terpaksa buang.
Pernah
juga pengasuh pulangkan stok susu dalam beg baju anak tapi tak bagi tahu mak,
esoknya saya baru perasan masa nak basuh baju. Saya pun silap tak periksa beg
baju anak malam tu.
Sedih
tengok 3 paket stok susu basi. Rezeki pokok bunga dapat mandi air susu.
Satu
masa, tak tahu silapnya di mana atau masih lagi kurang pengetahuan, stok susu
HABIS.
Rasa
nak berhenti kerja dan direct feed anak je di rumah.
Terpaksa
beli susu kambing segar kemudian dilute dengan air untuk Saraa minum.
Alhamdulillah,
susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu.
Nak
cari stok susu kambing pun agak mencabar, selalu juga stok habis. Harga pun
boleh tahan.
Penyelesaian
kedua, dapatkan ibu susuan.
Alhamdulillah
lagi, selepas itu stok susu mencukupi.
Sifirnya,
kerapkan pam – jangan ponteng.
Minum
air banyak, tak mo stress.
Makan
makanan yang berkhasiat.
Walaupun
Saraa bukan menyusu badan secara ekslusif tapi bersyukur dia membesar dengan
sebahagian dari susu ibu.
Sehingga
kini, Saraa, 1 tahun 7 bulan masih menyusu dengan saya.
Cabaran
memang sentiasa ada.
Soalan
panas – kenapa tak nak bagi susu tepung?
Rasa
ringan mulut ni nak tanya semula, kenapa nak susahkan diri keluarkan duit untuk
beli susu formula, nak bancuh susu lagi.
Tapi
saya memilih untuk tidak menjawab.
Ada
masa diam dan senyum lagi baik.
Maaf
nak cakap, susu formula bukan susu sebenar, hanyalah tepung semata-mata.
Cuba
tanya pengalaman dengan mak-mak yang menyusukan anak, senang atau susah
sepanjang tempoh penyusuan itu.
Nanti
ada yang kata, dah tau susah kenapa nak susahkan diri lagi.
Bila
anda tahu kebaikan susu ibu ini dan susu ibu adalah hak anak, anda pasti
senyum.
Jangan
mudah mengalah dengan iklan susu tepung. Jangan terpedaya susu tepung sumber
kalsium utama.
Memang
akan ada doctor yang berkempen tentang susu jenama itu, jenama ini baik untuk
anak anda tapi anak kita, kita yang berhak tentukan yang terbaik.
Jom
gali ilmu banyak-banyak, tak kira dari sumber mana pun asalkan sahih.
Khasiat
susu ibu lebih banyak dan memang mencukupi untuk anak anda.
Kalau
nak beli susu formula, gerakkan hati tengok senarai kandungan. Pelikkan, banyak
kandungan sintetik.
Betul,
susu ibu adalah rezeki masing-masing. Rezekinya, ada yang cukup-cukup saja, ada
yang sampai penuh peti ais, ada yang sampai berderet anak susuan, ada yang stok susunya expired.
Apa-apa
pun, yang penting MENCUKUPI.
Mindset
kena jaga – susu pasti ada.
Allah
Maha penyayang, insyaAllah ada rezeki titisan ‘emas’ untuk anak dari badan
kita.
Saya
doakan ibu-ibu yang kini terpaksa bagi bayi mereka susu formula supaya dapat
nikmat menyusukan seperti ibu-ibu yang lain.
Sama-sama
kita berusaha ya J
***
Semoga setiap kandungan entri ini tidak mengguris perasaan sesiapa.
info menarik ^_^
ReplyDeletesaya singgah n follow #121
http://zianaeunos.blogspot.my
penulisan blog ni menarik,boleh teruskan lg hasil blog untuk perkongsian bersama..
ReplyDeletepenulisan blog ni menarik,boleh teruskan lg hasil blog untuk perkongsian bersama..
ReplyDeleteInfo nya bagus ni :)
ReplyDeleteWatch movie bluray