Assalamualaikum..
Masih sempat lagi untuk ucapakan Selamat hari raya kepada semua.
Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Hampir dua minggu lebih di kampung halaman.
Tak dapat digambarkan segala perasaan ini.
Bersyukur pada Allah di atas peluang untuk menikmati rezeki ini.
Menikmati kehidupan yang sebenar.
Hari ini saya sempat titipkan gambar sayur kacang panjang yang sihat tanpa baja dan racun.
Turun tangga rumah kemudian petik sayur.
Indahnya hidup.
Tak perlu berjalan jauh untuk membeli sayuran,beratur untuk menbayar nilai sayur.
Dulu, selepas beli sayur memang wajib direndam dengan garam untuk membuang racun serangga atau baja kimia.
Sekarang, usai memetik sayur,basuh kemudian potong atau siang dah boleh masak.
Alhamdulillah.
Semoga kita semua diberi rezeki untuk menjaga amanah yang Allah berikan. Badan yang sihat adalah dari pemakanan yang terjaga.
Salam sayang dari Pitas, Sabah.
salam kenal :)
ReplyDeletecantiknya vegetable garden :) memang lain rasa sayur ditanam sendiri dengan yang dibeli. untung dapat sayur organik hari2!
jemput ke blog saya, saya menulis tentang anak2 dan juga home business kami bina income dari rumah