Kita orang kan nak pindah rumah.
Ayat mudah - pindah balik Sabah.
Jadinya, barang-barang dalam rumah kena clear sebelum pindah.
Hanya bawa balik pakaian saja.
Mulanya pening kepala memikir.
Lima tahun punya barang tapi nak clear dalam masa tak sampai sebulan.
Dalam masa yang sama masih bekerja lagi untuk menghabiskan notis sebulan.
Tambah lagi berkemas dalam bulan puasa.
Tambah lagi ada dua orang anak-anak solehah.
Perancangan pertama, jual dengan kawan-kawan terdekat.
Sambutan yang menggalakkan.
Lega hati.
Tapiiiiiiiii... akhirnya ada yang last minute cancel. Sms bagi tau tak jadi ambil barang.
Arghhhhh...* tarik rambut.
Tinggal dua minggu saja lagi.
Satu barang pun tak bergerak ke tempat tuan baru.
Stress sekejap.
Cari buyer dalam google.
Terjumpa satu syarikat yang membeli perabot dan barangan eletrik terpakai.
Ambil nombor telefon kemudian bagi gambar barang yang nak dijual dalam whatsapp.
Dia balas dengan jumlah harga yang dia nak.
Amboiiiiiiiiii ko Bedah, murah giler dia nak beli..
Bukan setakat separuh dari harga yang saya jual,suku harga dia minta oiii.
Ok bye, kirim salam.
Kembali termenung.
Dah terfikir, kalau tak dapat clear barang, tinggalkan saja di rumah lama.
Tiba- tiba teringat -
MUDAH.MY
Ohoiiii kenapa tak terfikir web ni.
Try masukkan iklan satu barang.
Zaaappppp.. tak sampai berapa jam ada orang tanya.
Deal punya deal orang tu terus nak beli.
Laaa....senangnya.
Terus upload lagi barang yang lain dan seterusnya.
Sekarang ni tinggal sikit lagi barang kat rumah.
Boleh tarik nafas separuh lega.
Sebabbbbb...baju-bajuan belum kemas lagi.
Tipsnya :
- Jangan jual di kedai barangan terpakai. Dorang ambil harga murah sebab dorang akan naikkan harga lagi untuk jual semula.
- Kalau berurusan dengan orang persendirian, minta deposit kalau dia akan ambil barang kemudian hari. Contoh,dia tengah cari lori ke,nak tunggu hujung bulan ke atau apa-apa alasan yang tak ambil barang pada hari yang sama.
- Dalam MUDAH.MY, mereka (buyer) akan tawar harga dengan murah. Jangan terus setuju. Ajak tawar menawar sikit-sikit dulu, dah setuju baru bincang di mana nak COD (cash on delivery).
- Masa letak harga di mudah.my, letak harga tinggi sikit sebab yang pastinya buyer akan minta harga dikurangkan.
- Masa nak hantar barang, jangan pergi seorang. Ajak seorang atau dua orang teman.
- Bertabah dengan fussy buyer. Kalau sampai soalan mengarut dan tak masuk akal,abaikan. InsyaAllah ada lagi buyer lain yang lagi sopan santun.
- Kalau boleh jangan suruh ambil barang di rumah melainkan barang tu berat dan saiz besar.
Ok, nak fikir strategi untuk kemas baju cara yang sistematik pula.
Daaa...
mana nak press "LIKE".. hehe..tqvm
ReplyDeleteMudah skrg kena register company dulu ke baru boleh jual? pasal ade GST registration kan,
ReplyDeleteDo you play Clash of Clans? Try http://maxclashgems.com Everybody uses this now! (1UIFR)
ReplyDelete