18 June 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 3

Alhamdulillah..
Syukur, Allah panjangkan jodoh antara kami.
Dikurniakan dua orang puteri yang solehah.

Tiada apa lagi yang kurang.
Segalanya telah cukup.
Keluarga yang kecil tapi bahagia dan sempurna.

Adat rumah tangga, memang ada drama swasta.
Cakar mencakar, bermasam muka, 24 jam muncung sedepa .
Itulah sebenarnya cara untuk mengenali pasangan masing-masing.

Encik suami jenis penyabar dan lebih banyak berdiam kalau isterinya tiba-tiba bertukar jadi makhluk hijau.
Sudahnya, hormon perempuan yang disalahkan.
Hormon datang bulan tu laahh..

Saya ingat lagi ayat ni, Encik suami post di FB :

Orang Tua-Tua Kata,
5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)
Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.
Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.
Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Keluarga Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen

Kami sedang melaluinya.
Allahurabbi, bersabar dan tawakal kepada Allah sebagai jalan penyelesaiannya.
Betapa sayangnya Allah pada hambaNya.

Semoga kita dalam lindungan Allah.
Sebak rasanya.
Allahuakbar.

5 comments:

  1. happy 3rd anniversary alya n husband :) moga Allah rahmati selalu hingga Jannah :)
    p/s: kite pun nak masuk 3 tawon julai ni :) btul 5 tahun pertama amat mencabar..

    ReplyDelete
  2. Happy anyv3rsery.. semoga sentiasa dibawah lindungan Allah.. berkekalan selamanya dan kekal bahagia dan gembira disamping kesihatan yang baik... amin

    ReplyDelete
  3. mamilisa : kita sebaya la ni ye.haha
    InsyaAllah, amin untuk doa tu.Doa yang sama utk ayah dan mami lisa jugak.

    Ayu : Amin ya rabal al- amin.
    Semoga kita semua dalam jagaan Allah.

    ReplyDelete