01 March 2014

Mencari Ketenangan

Kita ni asyik fikir pasal duit yang tak pernah cukup,
tiada rumah milik sendiri,
tiada kereta yang diidamkan.
Kita sibuk membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Tengok orang ada kita pun nak ada.
Tapi pernahkah kita berfikir.
Nikmat yang kita rasai hari ini adalah sebaik-baik perancangan Allah.
Jangan lagi pernah kita pertikaikan.

Kita sibuk mencari harta untuk diwariskan kepada anak tapi pernah fikirkan bekalan kita untuk di akhirat?
Kita seharian bekerja keras sebab nak selesaikan hutang piutang tapi bagaimana pula hutang kita dengan Allah.

Apa lagi yang dicari dan dikejar dalam hidup ini? 
Atau nak buat kerana apa?
Sekali sekala ambil masa tunduk ke tanah,dongak ke langit.
Tarik nafas dalam-dalam.

Lihat apa yang Allah telah cukupkan.
Selama mana lagi nikmat in akan disyukuri
Renung, tenung, fikir..



Nikmat paling besar yang dicari setiap manusia dalam hidupnya ialah KETENANGAN.
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-Ra'ad ayat ke-28) .


Rasulullah SAW bersabda:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).
Mengingati Allah merupakan suatu KEWAJIPAN...bukan suatu PILIHAN.



No comments:

Post a Comment