Akar Fatimah popular untuk ibu yang sedang menanti saat melahirkan anak. Akar tersebut perlu direndam sehingga kembang dalam air masak dan kemudian minum airnya HANYA KETIKA JIKA MULUT RAHIM SUDAH TERBUKA dan telah bersedia untuk bersalin. TIDAK PERLU RENDAM TERLALU LAMA. (Boleh diminum di dalam labor room)
Bagaimana akar fatimah membantu?
Ia mengandungi oxytocin / oksitosin iaitu zat yang digunakan oleh tubuh untuk merangsang kontraksi rahim, yang dipercayai dapat mempercepat persalinan. Zat sejenis oksitoksin yang terkandung di dalam rumput fatimah sama seperti ubat yang diberikan untuk menginduksi ibu hamil agar terjadi kontraksi.
Apakah bahayanya?
Kandungan dos oksitosin tersebut tidak dapat diukur. Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Jadi, bila dos oksitosin berlebihan, kontraksi yang berlaku sangat kerap dan sakit yang teramat sangat juga boleh membahayakan ibu dan anak.
-Sumber info :
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/
>>>> Artikel lain.
Proses bersalin adalah proses untuk belajar SABAR. Mengapa?
Ya, kerana dalam proses bersalin seorang ibu mesti sabar ketika merasa kontraksi dan menunggu pintu rahim terbuka. Kita tahu bahawa pembukaan rahim dari 0 hingga 10 cm kadang berlaku dengan sangat lambat. Ketika merasakan kurang selesa sewaktu kontraksi, seorang ibu biasanya merasa waktu terasa lambat sekali bergerak. Dan akhirnya merasa ingin “penderitaan” ini segera berakhir. Padahal sebenarnya saat ini adalah saat “perjuangannnya” bayi untuk turun dan membuka jalan lahirnya. Dan yang diperlukan seorang ibu adalah, rileks dan percaya tubuh dan bayinya agar dapat melaksanakan proses bersalin dengan baik.
Banyak hal yang dilakukan ketika dalam usaha untuk segera “mengakhiri” proses bersalin ini. Namun sayangnya banyak yang melakukan dengan “jalan pintas”, salah satunya adalah minum air rendaman rumput Fatimah.
Aduh, sayang sekali, kerana sebenarnya rumput Fatimah lebih banyak bahayanya di banding manfaatnya dalam proses bersalin.
Mitos mengatakan, jika anda susah melahirkan, minum saja air rendaman rumput Fatimah. Rumput Fatimah (Labisa pumila) adalah tumbuhan semak asal Arab. Tanaman ini cukup popular. Orang Barat menyebutnya Rose of Jericho. Para jemaah biasa membeli rumput fatimah sebagai buah tangan dari Tanah Suci. Tanaman ini walaupun kering sudah puluhan tahun disimpan, namun kalau direndam dalam air akan mekar kembali.
Rumput fatimah atau Labisa pumila ini mengandungi oksitoksin iaitu zat yang digunakan oleh tubuh untuk merangsang kontraksi rahim, sehingga dipercayai dapat mempercepatkan proses bersalin. Oksitoksin yang terkandung di dalam rumput fatimah sama seperti ubat (induce) yang diberikan untuk mendorong ibu mengandung agar berlaku kontraksi. Biasanya, rumput Fatimah ini direndam dalam air hingga mengembang, kemudian air rendamannya diminum.
Namun, kandungan oksitosin tidak dapat diukur. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Minum rendaman akar rumput fatimah ini akan menimbulkan masalah jika mulut rahim belum terbuka, efek kuat kontraksi ini adalah berbahaya. Risikonya dapat menimbulkan pendarahan akibat kontraksi rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan stres otot. Kontraksi yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa henti. Kerap terjadi, para ibu mengandung sudah meminumnya dari rumah. Hasilnya, kontraksi sangat kuat. Tapi pembukaan rahim tidak sesuai dengan kontraksi. Kesannya berbeza-beza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepatkan kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan kontraksi yang hebat tersebut. Jika tidak tahan akan kontraksi, si ibu akan terus meneran pada hal pembukaan masih sedikit, dan besar kemungkinan rahim akan koyak. Selain itu akan terjadi perdarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin.

Biasanya, yang menyuruh untuk minum air rendaman rumput Fatimah ini adalah ibu atau nenek atau orang-orang “senior” yang dianggap banyak pengalaman. Jadi, info yang diberikan adalah “agar lancar proses bersalin” dan akan diterima tanpa bertanya kesan sampingan dan bahayanya.
Rumput Fatimah ini hanya boleh diminum ketika sudah dekat waktu melahirkan, iaitu ketika pembukaan rahim di atas 6 cm, bukan ketika air ketuban pecah. Jika Rumput Fatimah diminum sebelum pembukaan 6 cm akan terjadi kontraksi yang abnormal. Dan hal ini sangat berbahaya bagi ibu yang hendak melahirkan. Kemungkinan terjadi koyakkan pada dinding rahim dan perdarahan yang banyak.
Oleh itu, meskipun dapat membantu proses bersalin, sebaiknya anda berhati-hati ketika hendak meminum rumput fatimah ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil air rendaman rumput Fatimah. Jangan hairan jika para doktor akan melarang penggunaannya kerana dikhuatiri akan membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
Nota : artikel telah diolah untuk kesesuaian pendapat dan pemahaman.
Sumber asal: http://www.bidankita.com/index.php?option=com_content&view=article&id=345:bahaya-rumput-fatimah-dalam-persalinan&catid=44:natural-childbirth&Itemid=56

**********************************************************************************************************************************
Dari pengalaman saya pula, masa tu memang tiada pengetahuan pasal akar fatimah ni, baru keluar tanda dah minum sebotol air rendaman akar ini.
Ohsem kan.
Siap bawa sebotol lagi untuk bekal di hospital.MIL pesan habiskan air sebotol tu kemudian sapu kat perut. Saya tak salahkan MIL sebab dia tak ada pengalaman anak perempuan yang bersalin. Akar fatimah tu pun orang lain yang bagi kat dia, hanya pesan untuk mudahkan proses bersalin.
Kekuatan oksitosin akar fatimah ini terasa bila bukaan rahim 4 cm. Masa ni doktor dah pecahkan air ketuban.
Sakit tu tak dapat nak gambarkan.
Baring salah, duduk salah, mengiring pun salah.
Teramat sakit.
Perut berombak-ombak.
Tegang sangat.
Masa ni rasanya contraction setiap 10-20 minit.
Tengah guling-guling tahan rasa sakit, doktor datang.
Dia tanya, awak ni pelik. Baru 4 cm dah sakit teruk macam ni. Ada minum apa-apa air tak,air selusuh ke,air jampi ke (choiiii !!).
Saya jawablah, ada minum air rendaman akar fatimah.
Terus doktor sambung bebel, lain kali kalau nak minum apa-apa tanya kami dulu.Tengok keadaan awak sekarang ni. Kami tak galakkan ibu minum air jenis macam tu, mengganggu proses bersalin.
Baiklahh...
Jadi untuk kali ini, bila dah buka 7 cm atau dalam LR barulah minum air rendaman akar fatimah.
Eh ini bukan kes degil atau tak sabar.
Sebagai usaha cepatkan bukaan rahim.
Apa-apa yang kita nak buat mesti ada pengetahuan dulu kan.
Itu pun kalau ingat nak minum laaaaa..
Tapi yang penting mesti makan kurma. Ambil tenaga untuk layan contraction dan proses meneran.
Nebessss.. lagi dua minggu nak jejak kaki ke hospital.
Readers, tolong doakan saya bersalin normal dengan selamat ye.
Sobssss..

Insha Allah alya Allah permudahkan nanti proses bersalin awak..;)
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya ye mamilisa .amin ya rabb alamin
ReplyDeletesemoga alya dapat bersalin normal, cepat dan mudah macam makan biskut. amin.
ReplyDeleteBgus la info ni..patutla masa bersalin ank pertama dulu sakitnya kemain lagi..tp ank no 2 dn 3 sy tak minum air ni ok pulak.sakit yg normal.bila rasa nk meneran pun kita dpt rasa betul2 bersedia..
ReplyDeletebagus info ni. memang betul berbahaya..sebab tu kalau nak ambil kene tggu betul-betul dh nak besalin.
ReplyDeleteBagaimana dan dimana saya bisa mendapatkan akar fatimah ataw akar mekah, ada kontak yg bisa saya hubungi?
ReplyDeleteWhatsap saya : 081346668858 mohon info nya
ReplyDeletesalam sis...akar fatimah ni blh skli guna shj atau blh guna lgi untk next pregnancy??kalo blh reply melalui wsap sy 0199467076
ReplyDeleteWasap sy utk dptkan akar fatimah..0163505122
ReplyDelete