Pregnancy and Dental Treatment
Perkongsian daripada Dr Wan Harzita Wan Mat :
1. Rawatan gigi biasa seperti tampalan atau cuci boleh dibuat ketika mengandung.Penting untuk cuci/ scalling dan teruskan penjagaan kebersihan mulut.Sesetengah orang akan mengalami gusi lebih bengkak dan berdarah semasa mengandung disebabkan oleh perubahan hormon yang dikenali sebagai pregnancy epulis dan akan hilang bila selepas bersalin.
2. Rawatan cabutan disebabkan gigi sakit dibolehkan semasa mengandung dan sebaiknya dibuat semasa 2nd trimester kerana adalah lebih baik dari membiarkan jangkitan kuman.
3. Rawatan akar / root canal juga boleh dibuat, cuma masalahnya utk x-ray dan pesakit biasanya tidak tahan dengan bau material yang digunakan.Biasanya dibuat selepas bersalin tapi doktor gigi akan membuat emergency treatment untuk melegakan sakit.
4. Gigi rosak sebab mengandung biasanya dikaitkan dengan kalsium yang diambil oleh bayi.TIDAK, kebanyakannya disebabkan oleh diet ibu seperti pengambilan gula berlebihan gula - snek,asam atau vomiting - asidic.
Nota tambahan :
Q :Apa alternatif lain untuk tampalan amalgam yang mengandungi merkuri? Bagaimana pula kosnya?
A : Boleh gunakan tampalan komposit/ sewarna gigi dan kosnya lebih sedikit dari amalgam.
Q : Apa rawatan untuk gusi yang bengkak dan seolah-olah ada jerawat pada gusi itu.Bila ditekan jerawatnya pecah tapi selepas itu akan ada lagi.
A : Ini adalah gum boil /abcess/bernanah.Mungkin disebabkan dari lubang yang dalam / tampalan besar dan berlaku jangkitan kuman melalui saraf gigi / pulp.Tengok keadaan gigi - sama ada perlu cabutan atau rawatan saraf.
Sumber - GNRAM
Nota - Ayat asal telah diolah mengikut kesesuaian tanpa mengubah maksud.
Saya follow sini..salam ukhwah ;)
ReplyDeletesalam ukhwah fillah :))
ReplyDeleteAs salam,saya nk tanya,saya bru buat tampalan amalgam,,,lpas buat tampalan tue,bibir saya yang berhampiran dgn tampalan tue bengkak... saya nk tanya adakah ianya biasa??? klu biasa,agak2 nya brapa lama masa untuk hilang bengkak tue???? atau ada alternatif lain untuk hilangkan bengkak tersebut???
ReplyDeleteTq for info
ReplyDeleteSalam ukhwah, admin.
ReplyDeletePerkongsian yg sangat menarik.
Sakit gigi semasa hamil