Sampaikan ada yang berdoa pada Allah,minta dipindahkan sakit anak tu kepada ibu.
Betapa kasihnya pada anak T.T
Ini antara langkah awal penjagaan bila anak demam:
Pastikan selalu cek suhu.
Jika di bawah 37.5, tidak perlu diberi ubat.
Hanya kawal darjah kepanasan dengan teknik sponging (letak tuala lembab di kepala,sekali sekala, lap di bahagian pelipat,ketiak,kelangkang. Utk bayi lelaki, di area ball)
Jika lebih dari 37.5 hingga 38, teruskan sponging. Pakaikan pakaian nipis. Buka kipas @ aircond.
Jika lebih dari 38, bawa ke bilik air, mandikan dengan air suam (jangan suam sangat, jangan sejuk macam air paip). Sebab air akan terkena udara, sekejap saja menjadi sejuk.
Mulakan dengan kaki ke atas. Biarkan anak bermain dengan air dalam 10-15 minit.
Jangan sampai menggigil (maknanya air sejuk).
Lapkan secara minimal, pakaikan diaper dan baju tanpa lengan.
Biasanya suhu akan turun dalam masa setengah jam.
Jika suhu naik semula,lebih dari 38,(Dan turun naik, tetapi lebih 38), beri ubat demam.
Dan suruh anak minum air masak.. Jika sempat, beri anak hirup sup ayam. Pastikan anak kekal aktif. Jika nampak letih dan suhu telah melebihi 39, disarankan ke hospital.
(Lap badan daripada bahagian bawah ke atas, jangan terus daripada kepala)
Jika suhu melebihi 39 dan menghampiri 40, sekiranya berlaku sawan tarik atau fit, bukakan semua baju. Pastikan anak dalam keadaan sedar. Pegang kaki, tangan.
Tengok sama ada dalam keadaan kejang atau mengeras.
Baringkan di atas permukaan rata, dan mengiring.
Jangan beri minum atau ubat.
Pastikan dia bernafas. (dekatkan telinga kat mulut anak).
Biar dia sedar, baru bawa ke bilik air untuk mandikan.
Jangan guna ais, nanti badan terkejut.
Biasanya sawan terjadi dalam masa 5 minit tetapi ada kes bayi kena sawan berulang-ulang.
Untuk kedua-dua keadaan, terus bawa ke hospital.
(Suhu 40++ bawa ke hospital untuk rawatan lanjut)
INFO PARACETAMOL DAN SUPPOSITORY
Tambahan info:
1.Cool fever TIDAK berkesan menurunkn suhu,cuma mungkin boleh kurangkan pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).
2. Paracetamol(PCM) adalah ubat demam+painkiller.
Bila dah beri suppository (ubat bontot) TIDAK BOLEH diberi oral/sirap PCM serentak atau jarak kurang 8 jam.
Supp umpama injection. Dadahnya terus masuk dalam darah. Toksik pada hati sekiranya dos melebihi tahap selamat pada suatu masa.
Supp harus ditangguh dan tidak sesuai untuk bayi umur bawah setahun. (ramai tak tahu,boleh periksa dengan membaca details di package insert).
Hanya boleh diberi atas arahan doktor bila anda dah ke klinik,dan pastikan dengan doktor anda sama ada supp boleh diberi pada bayi anda.
SETIAP BAYI TAK SAMA.
Info lain tentang PCM : http://buahpinggangsihat.com/
Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol (Panadol adalah PCM yang paling terkenal) ialah:
a) Hepatotoxicity(rosak hati):
Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10g atau lebih dalam sehari, atau 5g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut.
Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin.
Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan keracunan dan juga maut.
Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure).
Perlu dingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka yang meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol.
Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
- Nefrotoxicity (rosak buah pinggang).Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
- Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
- Allergic (pada sebahagian individu)
3. Pastikan anda ada termometer,suhu bayi tidak boleh diagak-agak.
4. PCM juga menganggu gluthathione synthesis yang penting dalam proses pemulihan,menyebabkn demam atau penyakit berpanjangan.Sebab itu tidak digalakkan terlalu cepat dan terlalu kerap bg ubat demam.
5. Tak bagi PCM tak sama dengan BIAR ANAK. Jangan salah faham. PCM IS A SHORT CUT.
Jadi ibu kena buat lebih dari bagi anak mkn ubat.
- Monitor suhu,sponging dan pakaikan baju nipis.
- Masak bubur dan kisar jadi cair.
- Buat sup ayam atau sup tulang. (membantu menaikkan sistem imun)
- Buat jus buah (jangan bebankan sistem pencernaan anak dengan makanan keras)
- Minum air kelapa muda segar , barli , kembang semangkok atau air asam jawa untuk melawan virus dan menurunkan suhu badan.
- Makan antiviral foods seperti bawang putih, halia, kunyit, brocoli
Juga boleh gunakan petua Natural remedies dengan menggunakan stokin/socks:
A. GARLIC SOCKS (Stokin Bawang Putih) - Onion socks juga boleh)
Letakkan bawang putih pada stokin anak.
Caranya :
Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yang berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yag telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu panas (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih).
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih sahaja yang dibuat sendiri.
Caranya, bakar seulas bawang putih bersama kulitnya, kemudian lenyekkan pada olive oil atau minyak masak dan sapukan pada tapak kaki anak.
Untuk anak yang lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.
Biar anak tidur semalaman begitu.
Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.
Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
Sila lakukan patch test (percubaan letak sikit2 pada kulit anak, jika ada keradangan sprt merah, hentikan penggunaannya kerana kulit anda tidak tahan panas garlic)
B. LEMON SOCKS
Rendamkan stokin dalam perahan air lemon dengan air sejuk.Perah sedikit kemudian pakaikan pada kaki anak.
Ulang semula proses sehingga suhu badan turun.
Sifat asid pada lemon menarik haba keluar dari dalam badan.
C. APPLE CIDER VINEGAR SOCKS :
Rendamkan sepasang stokin dalam campuran cuka epalr cuka dan air sejuk. Perah dan pakaikan di kaki anak.
Jika kering,rendam lagi sekali sehingga suhu panas turun.
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
D. EGG WHITE SOCKS (bagi yang tidak alah pada telur) :
Rendamkan sepasang stokin pada putih telur dan pakaikan di kaki.
6. Penting,fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan.. Demam adalah petanda baik bahawa badan sedang membina antibodi.Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan VITAMIN C, antioksidan,probiotik atau olivenol
7. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma membunuh bakteria baik dan jahat. Jika sudah terambil, perlu habiskan dan selepas itu perlu makan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku jangkitan seperti tonsil bernanah atau lainnya).
8. Elakkan sebarang pengambilan vaksin.
9. Kerapkan susu ibu, jika anak tidak boleh makan antiviral foods, vitamin dan penawar lain, ibu yang menyusukan boleh makan dan khasiatnya akan diserap oleh anak. Dalam apa keadaan penyakit pada bayi, susu ibu adalah penawar utama.
10. Kerapkan beri minum air suam atau cecair lain yang sesuai (jus atau sup).
11. Elakkan pengambilan gula, kerana gula adalah makanan virus dan bakteria juga. Gula membantu pembiakan dan mengaktifkan virus atau bakteria.
DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM ITU.
Sumber : Laman Kesihatan Ibu Dan Anak - Kini GNRAM
Salam..nice sharing..memang anak tgh demam hehe thanx ya
ReplyDeleteWww.adaa-inspiration.com utk info kesihatan ye
nice sharing..
ReplyDeleteTq for the info. Baby asyik demam berulang2..tu yg agak risau sikit.
ReplyDelete