25 October 2013

You Are What You Eat

" Doa yang dipanjatkan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh sekalipun tetapi orang itu bergelumang dengan makanan, minuman, pakaian dan pemenuhan segala keperluan hariannya dengan cara-cara yang haram, doa itu ditolak oleh yang Maha Pemberi "
(HR. Muslim)
 
 
Anda adalah apa yang anda makan.
Selain menjadi sumber keperluan tenaga badan, makanan juga membentuk perilaku,emosi serta keperibadian kita.
Manusia tergolong dalam makhluk-makhluk omnivor iaitu memakan segalanya.Namun begitu, tetapi bagi orang beriman tidak semua makanan patut dimakan.
Ahli falsafah Islam al-Harali pernah memberi kenyataan makanan dapat mempengaruhi status mental manusia.
Makanan dan minuman yang haram dalam al-Quran diistilahkan sebagai rijs yang diertikan sebagai keburukan budi pekerti atau pun mental.
 
Kehidupan nyata memperlihatkan mengenal hal ini.
Secara ringkasnya, kambing sebagai haiwan herbivor berkarakter lembut.Haiwan karnivor seperti singa berkeperibadian keras dan ganas.Haiwan khinzir sanggup memakan sisa kotorannya dan pemalas.
 
Karakter orang yang beriman dalam soal makanan adalah seperti lebah.
Diceritakan Ibnu Umar,
 ' Orang beriman adalah umpama lebah. Apabila makan, makan yang baik-baik dan apabila   jatuh, jatuh ke atas benda yang baik-baik.'
 
Lebah hanya memakan yang terbaik iaitu nektar bunga dan mengeluarkan produk terbaik iaitu madu.Madu sangat bermanfaat kepada manusia.
Karakter terpuji lebah yang berkait dengan pola makanannya adalah bekerja keras,tertib dan profesional.
 
Begitulah sikap orang yang beriman.Rasulullah mendefinisikan antara bukti kebenaran keimanan individu adalah apabila tidak ada kerosakan yang ditimbulkan oleh lisan dan tangannya kepada orang lain.
 
Makanan haram dari segi ramuannya atau cara mendapatkannya akan mempengaruhi tingkah laku.
Rasulullah pernah berkata,
' Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, Neraka lebih utama kepada mereka.'
 
Pakar-pakar agama menghuraikan hadis ini sebagai makanan yang haram itu mendorong individu berkelakuan jahat dan menyebabkan kecelakaan dan kesengsaraan di akhirat nanti.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment