24 October 2013

Perlukah Ubat-ubatan Ketika Mengandung - Iron Tablet/Ferrous Fumarate

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini nak tulis tentang ubat yang diambil semasa mengandung.
 
Sememangnya sewaktu mengandung pasti akan mengalami masalah seperti kencing manis,tekanan darah tinggi,keputihan dan yang paling sinonim dengan ibu mengandung ialah HB (hemoglobin) rendah.
 
Seorang Doktor O&G berkongsi dengan saya,sekiranya mengalami HB rendah,ibu sebenarnya tak perlu mengambil ubat Iron tablet.
 
Keburukan Iron tablet :
 
Iron adalah zat besi atau dalam bahasa saintifiknya FERROUS.Zat besi ini adalah khasiat yang Allah buat.Ia terdapat dalam tumbuhan (sayur) hijau dan macam-macam lagi.
 
Ferrous Fummarate yang diberikan oleh KKM atau farmasi adalah sintetik.
Badan kita yang sempurna ini tidak perlu menerima barang sintetik.Jadi,badan kita tak akan guna Iron tablet ( Ferrous fumarate) untuk sintesis hemoglobin.
Kesan pengambilan Iron tablet ( Ferrous fumarate) boleh menyebabkan darah tinggi, sawan dan kegagalan hati.
 
Tanda-tanda badan tidak menerima zat besi sintetik seperti sembelit,pening dan mual ,najis berwarna hitam.
 
Oleh itu,makanlah makanan yang sebenar sebagai sumber zat besi untuk tubuh badan kita.
Contoh makanan seperti labu, keledek, kacang merah, tempe, brokoli,  ( kacang-kacangan), serta sayuran hijau seperti bayam, kangkung, sawi. Contoh dari sumber haiwan pula seperti daging ayam, itik, kuning telur dan jenis makanan dari laut seperti ikan, kerang, tiram dan udang.
Buah-buahan yang mengandungi zat besi terdapat pada epal, pisang, betik,laici,buah prune dan kurma.
Untuk penyerapan zat besi yang baik,badan kita juga memerlukan vitamin C.Makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C membantu zat besi memasuki tubuh.
Vitamin C terdapat pada sayur-sayuran dan buah- buahan.
Sayuran yang mengandungi vitamin C adalah sayur bayam, kangkung, sawi hijau, brokoli,dan lain-lain.
Pada buah-buahan pula,vitamin C boleh didapati pada tembikai,jambu batu,nanas,oren dan sebagainya.
 
Kesimpulannya, kembali kepada sunnatullah untuk keperluan badan kita.Apa-apa semua bergantung pada pemakanan kita.Makanlah yang berkhasiat dan InsyaAllah kita akan sihat.
 

No comments:

Post a Comment