Alhamdulillah atas rahmatNya.
Kurang sikit rasa bahang siang hari.
Teringat kata pengasuh semalam, anaknya demam sebab terjangkit dari Sofea.
Mengucap panjang mak masa tu (tapi dalam hati saja).
Sentap.
Sofea cuma selesema,anaknya demam.
Tak ada kaitan.
Masing-masing bergantung pada kekuatan antibodi,persekitaran dan keadaan cuaca.
Sekarang ni cuaca tak menentu.Tengah panas tiba-tiba hujan.
Saya cuba dekatkan cara natural remedies untuk kakak tu.
Pesan dia supaya bagi anaknya minum air kelapa.
Pakaikan garlic socks juga.
Janganlah masukkan ubat dalam badan kecil tu lagi.
PCM supp atau Voren supp tu tinggi dosnya.
Pagi tadi, dia cakap dah bagi air kelapa sebiji tapi tak kebah pun.
MasyaAllah kak, memang betul air kelapa penawar penyakit tapi tak adalah secepat macam tu.
Tak sampai 24 jam lagi.
Dalam masa yang sama,kita tawakal.
Lepas tu disumbat lagi ubat kat anak dia.Sobbss..
Dah berlawan dadah dan rawatan alami dalam badan.
Sambil tu,di sini saya kongsikan kebaikan air kelapa.Ciptaan Allah yang sungguh berkhasiat.
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
-Ahli sukan menjadikan air kelapa sebagai minuman tonik pada mereka.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.
http://www.rawatanislam2u.com/
Saya cuba pujuk dia,tak apalah kak,sekali sekala demam.
Tu tandanya badan tengah bina antibodi yang lagi kuat.
'Merepeklah ko ni Alya,akak tengah risau ni,dah la anak akak tak nak makan ubat.'
*Tepuk dahi*
Saya tak salahkan kakak tu.Bukan semua orang tahu apa keburukan ubat dan kebaikan natural remedies.
InsyaAllah,saya cuba perlahan-lahan.
Doakan yang baik-baik.
Semoga anak dari Syurga sihat sepanjang masa.
Tapi jika Allah ingin beri ujian,mak redha.
Baguskan air kelapa..byk khasiat & sedap plk tu...
ReplyDeleteSalam kenal dari group JLO. Done folo here.. :)
Nukilan UmmiAbi
sedap minum sejuk sejuk kan Ummi..
ReplyDeleteSalam ukhuwwah JLO :))))
Kalau anak demam, boleh cuba qaseh gold junior.
ReplyDeleteSesuai untuk demam, semput dll..
http://www.muslimchoices.com/?p=qaseh_gold_junior