24 September 2013

Tanda-tanda Merbahaya Bayi Yang Menghidap Viral Fever/Demam Virus

Selalunya "viral fever " tidaklah serius tetapi ibu bapa perlu ambil nota sebahagian dari tanda-tanda bahaya ini agar tidak terlepas pandang tahap kesihatan bayi yang tiba-tiba menurun.
 
1. Tidak boleh makan dan minum
2. Demam melampui satu minggu
3. Kesukaran pernafasan
4. Meragam dan susah tidur
5. Batuk berterusan melampaui 2 minggu.
6. Cirit Birit ( diarrhea ) melebihi 2 minggu
7. Najis berdarah
8. Bengkak mata dan kaki
9. Sawan

Untuk kanak bawah 2 tahun bawalah untuk pemeriksaan untuk mendapatkan diagnos setepat mungkin dan seterusnya menerima rawatan. Kaedah rawatan terpulanglah kepada ibu bapa untuk memilihnya kerana ada berbagai pilihan rawatan yang wujud di negara kita. Yang penting bayi anda  kembali sihat.


Viral fever jarang admitted kecuali terdapat komplikasi contohnya meningitis virus, demam dengue, hepatitis akut dan lain-lain. Kebanyakan  kita berurusan dengan komplikasi seperti demam panas, sesak pernafasan dan lain-lain.



Sumber : Dr Zulkifli Sharif
 
 

 
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment