10 July 2013

Terapi Islam Untuk Tingkatkan Imun Anak


MADU
 
Mengikut kaedah terapi Islam, tertumpu pada Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari Mengubat).Maka, saya menyarankan madu lebah, kerana antara kandungan dalam madu lebah adalah Biotin (vitamin H) dan 10-HDA selain dari beratus lagi zat-zat isian lain. Dua 'ejen' tersebut penting untuk kanak-kanak dalam memelihara tubuh dari serangan penyakit.Dosnya, dari bayi - 11bulan, diberi hisap jari kita yang telah dicelup madu(seperti tahnik), setiap pagi dan petang sebelum maghrib.Untuk 1 tahun - 3 tahun, satu sudu besar (sudu plastik), boleh juga dicampur dalam air suam, untuk menjadi minuman mereka.3 tahun ke atas, 3 sudu besar, sama ada ditelan tanpa air, atau dicampur dengan air.InsyaALLAH, semoga ALLAH melindungi sekalian yang beramal dengan janjiNYA.
 
 Madu yang saya syorkan adalah Madu Fateh, kualiti dan kesannya telah terbukti, saya tidak syorkan madu tualang, kerana cecair melebihi pepejal, tidak begitu sesuai untuk anak kecil, kerana bukan semua anak kecil boleh menerima Glutamine di dalam madu tualang.

Madu yang disyorkan adalah madu dari timur tengah, seperti yang saya syorkan di atas, kerana fungsi pepejal melebihi cecair, kerana mengandungi unsur namlik (zat asid dalam membanteras kebusukan dan kerosakan), ini adalah kerana habitat lebah tersebut, yang berada di tempat yang panas dan kering.
 
Rasulullah S.A.W bersabda “ Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka dihindari dari penyakit berat” (Riwayat Abu Hurairah ra )
 
Antara tips untuk beri anak pemakanan sunnah, khasnya madu, boleh dicuba jadikan madu sebagai jem dengan roti, atau paling tidak dicampurkan ke dalam air putih, diberi minum, lama-kelamaan mereka pula akan meminta setiap hari inginkan menu tersebut, insyaALLAH.

Cuma, sebagai Muslim, antara kaedah yang boleh dicuba, sebelum kita tidur malam, kucup dahi anak kita yang sedang tidur, sambil membacakan Ya ALLAH Ya Rahman sebanyak 11x, kemudian tiupkan ke ubun-ubunnya, insyaALLAH, akan terbuka hati dan keinginan mereka pada segala hal-hal kebaikan.

Sebaiknya setiap hari, kerana ianya bersifat lebih kepada pencegahan berbanding perawatan.

Seperti mana hadith sohih yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Bin Imam Ahmad dari Abdullah Bin Muhammad dari Muhammad Bin Ubaid, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :

'Hendaklah kamu SELALU berubat dengan dua penyembuh, iaitu AlQuran dan Madu'

Mustolah dari hadith ini bermaksud, AlQuran itu untuk masalah rohani, Madu itu untuk masalah jasmani.

Berubat yang dimaksudkan itu diisyaratkan sebagai mencegah.


Adapun berkaitan dengan clostridium botulinum atau botulism bayi ianya adalah berkaitan dengan spora yang tidak bersih pada kaki lebah yang membawa parasit atau bakteria yang tidak boleh diterima usus bayi tersebut.

Disebabkan itu, Terapi Alamiah mementingkan dos. Perlu kita faham, perihal CB ini adalah kajian pakar pemakanan kanak-kanak, dan ianya dikaji ke atas kanak-kanak yang sudah bermasalah, laporan penuh tidak pernah dinyatakan berkaitan hal ini, hanya memperihalkan tentang MADU ADA KANDUNGAN CB, IANYA TIDAK BOLEH UNTUK BAYI. Bagi saya, ianya tidak adil.

InsyaALLAH, dengan dos, yang saya kongsikan, tiada apa-apa kemudaratan kepada usus bayi tersebut apatah lagi tentang lumpuhnya bayi tersebut.
mencampurkan susu bersama madu dilihat pada dua sudut. Pertama, ianya bukan amalan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Keduanya, jika melihat prinsip unsur alamiah, kedua-duanya mempunyai unsur yang panas, apabila dicampur akan menghasilkan zat yang aktif atau boleh jadi hyper, yang tidak sesuai dalam kebanyakkan keadaan.

KECUALI, ianya digunakan untuk terapi pemulihan, iaitu bagi mereka yang menghidap masalah usus, iaitu mukoid telah menempel di dinding usus, yang mengakibatkan sembelit, tidak lawas dan seangkatan dengannya.

Kalau boleh amalkan menelan madu, 10minit kemudian baru minum susu. Itu kaedah yang terbaik agar tidak memberi beban kepada fisiologi perut dan usus. (Bagi mereka yang tiada masalah berkaitan perut dan usus).

 Madu 'pantang' disimpan dalam peti ais, kerana sifat madu adalah menyerap, jika diletakkan dalam peti sejuk, maka kesan aktif haba madu akan hilang, dan secara autonya, khasiat madu 'lenyap'.

kalau ikut prinsip alamiah, selagi sesuatu bahan itu tidak terdedah kepada sesuatu atau keadaan yang boleh lemahkan unsurnya, selagi itu tidak akan rosak.
Tetapi menjadi salah satu syarat farmasi, setiap ubat atau makanan tambahan yang dibotolkan perlu dilabelkan tarikh pembuatan dan tarikh akhir atau luput.

Madu, antara bahan alamiah yang tidak ada tarikh luput selagi bahan aktifnya tidak terjejas, terjejasnya bahan aktif madu, seperti simpan di dalam.peti sejuk, direndamkan botol berisi madu ke dalam bekas air, didedahkan ke cahaya matahari dan lain-lain lagi.



HABBATUS SAWDA
 
Untuk sukatan Habbatus Sawda bagi bayi, yang berusia kurang dari satu tahun saya lebih menggalakkan diberi dalam bentuk minyak berbanding serbuk atau biji kerana ianya agak kurang sesuai untuk Esophagusnya (saluran atau rongga pengangkut makanan).

H/Sawda ada 3 jenis, iaitu:

Nigella Arvensis. (Ini jenis yang kecil dan tidak sesuai untuk perubatan, lazimnya digunakan untuk masakan dan inilah yang selalunya dijual di pasaraya - Pn Siti Noraisah Bahjuri)

Nigella Damascena.( Ini adalah jenis yang digunakan untuk Landskap dan tidak sesuai untuk perubatan malahan untuk kesihatan, lazimnya mereka yang berada dalam bidang landskap tahu dan kenal bahanan ini, bunga dan pokoknya yang cantik, bijinya seakan-akan Nigella Arvensis)

Nigella Sativa. (Jenis ini yang sebenarnya untuk perubatan, saiznya besar dan lebar, minyak asirinnya tinggi dalam pengaktifan sistem imun dalam tubuh).

Begitu juga dengan minyak atau pati H/Sawda, perlu berhati-hati, penghasilannya perlu cold press, dan itu adalah yang jenis Gred A. Adapun ianya akan turun ke gred C, jika peniaga kurang jujur dengan mencampurkan minyak kapas ke dalamnya untuk memperbanyakkan minyak tersebut.

Jika Pn2 sekalian merasa bimbang dengan jawapan saya ini, dan inginkan minyak @pati H/Sawda yang diyakini asli, boleh order dari saya (Maaf, ini bukan promosi, cuma sekadar makluman). Klinik saya ada menjual Pati H/Sawda yang diyakini kualiti dan grednya.
 
Adapun dos untuk seisi keluarga, secara ringkasnya(menggunakan minyak/pati):
umur 1hari - 6 bulan (diberi hisap jari telunjuk yang telah dicalit sedikit minyak H/sawda)

6bulan - 11bulan (diberi 1/4 sudu teh)

1tahun - 2tahun (1 sudu teh)

3-5tahun (1sudu dan setengah sudu teh)

6 tahun ke atas ( 1-3 sudu teh).

Amalan ini diamalkan setiap pagi sebelum sarapan.
 
Untuk H/Sawda dan madu, adalah antara bahan alamiah yang 'alah' dengan unsur sejuk, kerana ianya akan melemahkan unsur thymoquinone (zat aktif dalam H/sawda) dan maltose(zat tenaga dalam madu), jadi, ianya kurang sesuai dicampurkan dengan ais krim.

Adapun bahan-bahan campuran sebegitu banyak dalam pasaran, ianya elok, tetapi kontranya disitu, kita tidak tahu atau kurang pasti bahan manakah lebih aktif dan adakah pembuatannya mengikut prinsip pembuatan alamiah. Sebaiknya kita buat sendiri atau beli dari Ahli Terapi yang boleh menjelaskan secara terperinci.

Minyak H/sawda boleh digunakan untuk sapuan, cuma tidak digalakkan untuk bayi dibawah 1 tahun, kerana bimbang bahan aktif di dalam H/sawda tidak sesuai dengan kulit bayi, terutama yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Adapun ianya sesuai digunakan.untuk sapuan kepada wajah (dewasa) yang bermasalah dengan jerawat, jeragat dan kulit bermasalah, cuma pastikan pati yang asli, kerana jika pati yang telah dicairkan, sama ada ianya kurang berkesan atau akan menambahkan lagi masalah kulit tersebut.

Ramai peniaga hari ini mengambil kesempatan untuk tujuan membanyakkan stok dengan menambahkan minyak kapas ke dalam pati h/sawda sehingga kesan sebenar h/sawda menurun atau hilang terus.


 

EVOO (EXTRA VIRGIN OLIVE OILSelain itu boleh juga menggunakan EVOO, extra virgin olive oil(minyak zaitun) disapukan ke tubuh anak (sapuan nipis) setiap kali selepas memandikan anak, dan sebelum anak tersebut tidur. Kita yang dewasa juga elok mengamalkannya, kerana ianya sunnah fiiliyyah(perbuatan) Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam dalam sepanjang kehidupan Baginda.
Tentang zat dan khasiat minyak zaitun, panjang penghuraiannya.
InsyaALLAH ada masa dan kesempatan, saya yang jahil ini akan berkongsi akannya.
Maaf, jika ada kekurangan.


Palestine EVOO adalah yang terbaik di dunia kerana pokok zaitun di sana adalah yang paling tua di dunia. Sebab itu, sekarang tentera zionis sedang rancak membakar ladang zaitun Orang Islam Palestin di sana, salah satu ianya mahal adalah kerana stoknya yang memang susah untuk diperolehi berikutan isu Gaza sekarang selain dari kualitinya yang memang terbaik.

Kedua terbaik adalah Syria dan Tunisia serta Turki.



Sumber : Wan Asrul Wan Al-Aydrus

No comments:

Post a Comment