Sehingga satu masa,beberapa hamba Allah bertanya tak ada niat nak masuk Islam ??
Bukan susah tapi persediaan belum cukup sepenuhnya.
Bukan juga tawar hati tapi terasa sebak mengenangkan penerimaan keluarga satu masa dulu.
Bila fikir balik dugaan yang saya alami tidak seteruk orang lain.Apatah lagi nak dibandingkan dengan halangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.Ketara jauh bezanya.
Menginjak usia 23 tahun,saya semakin nekad untuk tunaikan niat memeluk agama Islam.Membuat persediaan sedikit demi sedikit.Hal ini saya rahsiakan dari semua orang.Saya mula membeli telekung dan sejadah.Sepasang baju kurung hijau pucuk pisang dan tudung bawal untuk dipakai pada masa hari tu.Telefon pejabat PERKIM untuk buat temujanji.Apa yang perlu dibawa untuk proses memeluk agama Islam adalah :
- Dua orang saksi lelaki (Islam,akil baligh dan waras)
- dua keping gambar bertudung
- salinan IC sendiri
- salinan IC dua orang saksi
- dan yang paling penting,pakaian menutup aurat.
Sehari sebelum ke Perkim,saya beranikan diri untuk telefon mak di kampung.Luahkan sekali lagi niat saya.Mak terkejut sebab dia andaikan saya dah masuk Islam sejak umur 18 tahun.Saya terharu dengan pesanan mak.Saya masih ingat sampai sekarang.Dia cakap bila dah masuk agama Islam,hiduplah dengan cara Islam.Puasa dan sembahyang.Ya Allah,mengalir air mata saya.
29 March 2010
Pagi tu pergi kerja macam biasa.Tudung pula simpan dalam kereta.Dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Perkim Shah Alam ( dalam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).
Setibanya di sana,saya ternampak seorang makcik guard dah bersedia dengan sehelai tudung di tangan.Bila saya tunjuk tudung sendiri dia pesan agar pakai sebelum masuk masjid.Saya pakai sekadar menutup rambut kemudian masuk ruang wuduk untuk kemaskan tudung.Pertama kali pakai tudung dan tempat tu tak ada cermin.Nasib baik dah praktis di rumah sebelum ni :)
Bila dah siap bertudung, kami menuju ke pejabat PERKIM.Masa tu ada seorang perempuan baru selesai melafaz dua kalimah syahadah.Alhamdulillah.
Rasa berdebar-debar?Memang.Takut kalau tiba-tiba tak lancar masa mengucap nanti.Mula-mula ustaz tu tanya betul ke nak memeluk agama Islam.Saya angguk dan jawab ya.Kemudian dia terangkan sedikit pasal Islam.
Selesai membuat penerangan,dia minta saya isi borang berwarna hijau.Isi maklumat nama asal,nama Islam dan lain-lain.Kemudian dia tunjukkan satu buku dan belajar baca dua kalimah syahadah dalam bahasa rumi.
Bismillahnirrahmannirrahim
ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH
Ertinya ;
AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK
DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD
ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR.
Alhamdulillah lancar saya menyebutnya.Ustaz pun terkejut.Bersyukur pada Allah SWT saya terpilih dan diberi hidayah untuk menjadi seorang muslimah.
Selesai pengislaman,ustaz hadiahkan buku agama dan nasihatkan saya supaya masuk kelas fardu ain di masjid tu.Saksi saya pula pesan supaya amalkan menyebut Allah dalam hati.
Kami balik ke tempat kerja dan rakan-rakan sangat terkejut dengan perubahan saya.
Kenapa bertudung?
Saya dah masuk Islam.
Mereka (kawan perempuan) memeluk saya dengan erat.Terasa kasih sayang sebagai saudara Islam.
Nikmatnya hidup sebagai Islam.
Alhamdulillah.
syukur alhamdulillah..
ReplyDeleteTerima kasih Qurratul
ReplyDeletePagi2 ni terbaca blog ni..cri mklumat psl atkins tp terbca crta ni..
ReplyDeletePagi2 ni terbaca blog ni..cri mklumat psl atkins tp terbca crta ni..
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca.
ReplyDelete