10 February 2013

Diet Atkins - Hari Kelima

Ehemmm..dah 5 hari tak makan nasi dan roti.makanan ruji tuuu..
Setakat ni masih bertahan lagi tapi kena tambah tahap disiplin.Pandai je otak ni psiko diri sendiri.tak pa sikit je langgar pantang,tak pa hari ni je makan sos T_T
Harap diet ni menjadi.
Tadi pegi supermarket Giant.hampir- hampir tewas nak timbang berat badan.nasib baik mesin penimbang rosak.fuhh...
Pecah rahsia kat hubby tadi cakap dengan dia dah 5 hari tak makan nasi.Dia terkejut.Bila jawab tengah diet terus sengih.Jimat beras katanya.Hampehhhh...
Menu hari ni tak best tapi alhamdulillah kenyang.

Sarapan dan tengahari : ayam panggang dan sayur peria ( lauk semalam)
Malam : yong tau fu - makan sos sikit :'(

Jadi malas nak masak kalau makan sorang.
Sofea pula cirit birit.Entah apa punca,adakah sebab puri mangga semalam o_O

No comments:

Post a Comment