27 September 2012

Lelaki Dalam Hidup Saya



Ketika belum berkahwin
Lelaki ini...
selalu belikan makanan dikala kebuluran melanda.
sanggup bangun pagi-pagi buta,hantar pergi kerja,ambil dari kerja dan hantar balik rumah.
sedia hulur duit disaat poket terasa nipis tetapi mata ini  tak henti-henti melihat kasut idaman di kedai Vincci.
sanggup temankan bila kebosanan melanda dan kaki ini gatal nak merayap di shopping kompleks.


Selepas berkahwin
Lelaki ini..
makan masakan isteri yang tak berapa sedap.
kerja lebih masa untuk penuhi keperluan dan kehendak isteri.
mencari makanan bila si isteri mengidam itu ini.
celik mata tengah malam untuk bancuh susu anak.
sanggup mohon cuti untuk bawa anak ke klinik.tanpa si isteri.
dan banyak lagi nak cerita.taip sampai esok pun belum tentu habis.


Alhamdulillah..
Susah dan senang bersama.
Kenyang dan lapar bersama.
Sedih dan gembira bersama.

Bersyukur saya dapat jodoh yang baik.
Semoga jodoh kami berpanjangan dan diredhaiNya.Amin


No comments:

Post a Comment