11 September 2012

Cara Penjagaan Luka bersalin Ceaser

Korang yang pernah bersalin ceaser mesti ada pengalaman macam saya kan,
mana yang bakal bersalin ceaser mesti risau macam mana nak menjaga luka ceaser.
Saya pula tak pernah terfikir akan bersalin secara ceaser.masa tu membayangkan macam mana sakit nak bersalin walau pun tau tak akan dapat bayangkan macam mana.hahahaha
sebelum bersalin asyik google macam mana nak meneran, nak kawal pernafasan.kesudahannya, semua tu tak sempat nak praktis pun.


Mari kita share macam mana korang menjaga luka sampai sembuh.

#1. minum air yang mencukupi
selain penting untuk menambah susu badan, air juga perlu untuk menyembuhkan luka dengan cepat. dalam masa yang sama,boleh mengelakkan sembelit.

#2. perlu bergerak atau berjalan
untuk membekalkan oksigen dalam darah ke bahagian luka. >> info ini saya dapat dari pihak hospital.patutlah sehari selepas bersalin dorang pindahkan katil saya jauh dari toilet.huhuuhu.

#3. selepas mandi luka perlu kering
ada yang nasihatkan saya supaya jangan mandi, hanya lap badan pakai tuala basah tapi saya tak selesa buat macam tu.terasa badan tak bersih. ada juga yang suruh saya balut luka pakai plastik,pakai plaster tapi dalam keadaan macam tu rajin atau larat ke nak sedia semua tu.

#4. JANGAN sapu gel gamat, minyak gamat.
cecair dan lembapan menyebabkan kuman melekat seterusnya berlaku jangkitan.nanti luka bernanah,berair,terbuka sape nak jawab?hehehe

#5. makanan bersumberkan protein
makanan seperti ikan,ayam dan lagi membantu luka cepat sembuh tapi ada yang nasihatkan saya supaya jangan makan sebab nanti berat badan lambat turun..sobssss..masa tu saya lebih pentingkan luka dari berat badan. ada lagi mitos nanti luka jadi gatal kalau makan ayam dan daging.cuba sedikit dulu,kalau rasa badan tak boleh terima ,berhentilah.

#6. suplemen atau ubat
sekarang ni dah moden. kalau rasa tekak tu tak boleh telan lauk ikan haruan, cuba makan pati haruan.kalau rasa hidung pula tak boleh terima bau hanyir pati tu, cuba makan pil pati haruan.

No comments:

Post a Comment