14 August 2012

Pengalaman Sebagai Pengajaran!!

sebenarnya ni entri lama terperap dalam draf.
boleh dikatakan ini entri serius.
jaga-jaga ada yang memerhati.
sebelum tu saya mohon maaf kalau ada yang terasa.

baru- baru ni saya sangat terasa dengan seseorang atau lebih tepat lagi mereka sekeluarga.
rasanya  pertalian saudara sebelah suami.
apa yang dorang buat kat saya, membuatkan saya berfikir semula.

tak semestinya kita berbuat baik orang lain akan dibalas dengan cara baik
tak semestinya juga orang tu saudara mara kita, dia akan layan kita macam saudara juga

niat hati nak tolong mereka yang susah.
bukan nak cakap saya ni dah cukup senang tapi saya nak bantu yang memerlukan.
selepas dua bulan, saya rasa ada perubahan.
terlalu banyak alasan dari mereka.
hampir setiap hari hantar sms.
nak pergi sana, nak pergi sini.
kadang -kadang sms tu pedih terasa nak baca.

dah namanya tu kerja dan dia yang beria-ria nak, tak payah lah lagi nak buat itu ini.
setiap bulan saya bagi upah.
sampaikan saya rasa saya yang bekerja dengan dia sebab asyik kena ikut cakap dia.

sampai satu tahap, kesabaran saya tercabar.
bila dorang dah keluarkan kata-kata kesat, ungkit itu ini. tuduh saya macam- macam, putar belit cerita, mengaibkan saya di fb.
pelik bila dorang tak pernah berterus terang dengan saya.
sanggup hantar sms berjela-jela.
dengan alasan, tak nak saya malu.
apakah yang memalukan kalau setakat nak suruh saya balik awal, tak puas hati dengan bayaran upah?

sedih yang teramat.. terasa hati ni dicucuk-cucuk.
saya nekad, 24hb Julai, hari terakhir saya nak berjumpa dengan dorang.
ikutkan hati nak buat laporan polis tapi suami tak nak panjangkan cerita.
ok, takpe. kalau sekali lagi saya dapat mesej dari dorang. saya takkan berfikir panjang lagi.
saya TEKAD!!

sekali lagi, bukan senang nak cari yang betul-betul ikhlas bekerja dengan kita dan bukan senang nak cari orang yang jujur depan belakang kita.


Sekian, luahan perasaan dari mama sofea kepada si polan bin si polan dan mak jemah yg tinggal di hujung kampung. bye..


No comments:

Post a Comment