17 October 2011

Sembelit Ketika Mengandung

Memang perit.
Dah pernah rasa sebulan lebih masa trimester pertama.
Orang cakap jangan teran, nanti lain yang keluar.janin atau usus agaknya.entah..
Tapi macam mana kalau bahan buangan tu dah sampai kat hujung-hujung.
Selesa lagi ke?
Setiap hari mesti setengah jam duduk dalam tandas.
Setiap hari juga mesti keluar darah.
Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya.


Bila tanya dengan orang terdekat,
  • ramai yang suruh makan buah betik.da cuba tapi tak berkesan juga
  • Ada juga yang suruh banyakkan minum air suam tapi masa tu memang tak boleh minum air putih.mesti muntah balik.
  • Ada yang suruh beli ubat di farmasi untuk lembut/cairkan !#@#$ , bila fikir balik,sedangkan demam pun doktor tak bagi makan ubat,apa lagi kalau ubat jenis macam tu.

Masa pergi day care untuk follow up check up selepas admitted, ada juga tanya kat doctor tu.dengan harapan dia akan bagi ubat yang sesuai.
Tapi…
Doctor cakap sembelit itu normal.so,kena bertahan.banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.
Sedihnyaaa..
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan.

Cari ikhtiar lain di google,
  • Banyakkan makan buah dan sayuran.
  • Lebihkan minum air putih
  • Kurangkan/elakkan makanan lambat hadam – daging

Bila dah cuba macam-macam cara,akhirnya sembelit tu hilang juga tapi tak tau sebab faktor pemakanan atau sebab da masuk trimester kedua.

No comments:

Post a Comment