04 October 2011

Kad ibu mengandung

Da buat pun kad pink tu.
Bulan lepas lagi da buat tapi baru nak buat entri hari ni.
Yela, masa nak pergi klinik kena demam teruk.
mana larat mocik nak buka blog.
Sekarang baru baik sikit tapi masih batuk-batuk manja yang entah bila nak hilang ni.

Sebelum pergi, hari isnin dah call Klinik Desa Bukit Naga, Klang.
Soalan pertama dorang tanya, alamat rumah.sebab lepas bersalin nanti dorang akan datang rumah untuk follow up check up.

Pagi selasa tu datang pukul 8 pagi.mak aih, dah ramai orang..kebanyakan mama-mama yang dah sarat.pergi kat kaunter letak kad pengenalan dalam bakul.lepas tu nurse akan panggil nama dan bagi tau nombor berapa.
No. 30 !!!
Erkkk....
kalau macam ni tak ada maknanya nak masuk ofis pukul 10.
Nurse suruh ambil air kencing dalam botol.lepas setengah jam,nurse tu cakap ‘ibu-ibu,sila basuh air kencing.semua air kencing normal’.
Rasa nak gelak pun ada.kalau ada orang salah fahammau ada yang pergi basuh kencing sendiri kat tandas.nurse tu lupa cakap air kencing dalam botol kot.
Lepas beberapa jam baru lah kena panggil masuk dalam bilik untuk ambil sample darah.

Pukul 10.30 badan dah rasa lemau. Dah la tak sempat nak sarapan.badan berpeluh tapi rasa sejuk.nasib baik tak pengsan.sakit dada sebab asyik batuk je.

Tunggu punya tunggu baru la nurse panggil semula untuk timbang berat badan dan ukur ketinggian.
Omaigod !!!
ketinggian : 162.5cm
berat badan: 57.5 kg
napa susut lagi ni?
Sebelum mengandung 59kg..
Masa 2 bulan pula 58kg.
Kalau macam ni kena makan banyak-banyak la.

Last….kali ni tunggu doctor panggil pula.tak tau berapa lama lagi kena tunggu.hubby da menjenguk-jenguk kat pintu klinik.sebelum tu dah col manager bagi tau MC.memang check up tak habis lagi.badan pula rasa sakit.sejuk.rasa nak nangis pun ada.

Pukul 12 baru dapat masuk bilik doctor.sempat tanya kat doktor boleh tak minta ubat demam.doktor cakap tak boleh sebab baby tengah membesar.tak sesuai/elok ambil ubat.lepas jumpa doktor,letak buku kat kaunter untuk next appointment dan ambil ubat Obimin.korang bayangkan proses check up dari pukul 8 sampai la pukul 12.lama tak????
Redha jela buat check up kat klinik kerajaan ni.

Pukul 12.30 tu baru lah boleh balik rumah.
Pengsan terus..
next appointment 19/10/2011.kali ni pukul 7 lagi da terpacak depan klinik.nak ambil no.1 !!!

No comments:

Post a Comment