06 June 2011

Persona buat hal lagi

Perkataan ‘lagi’ tu da cukup menyatakan sebelum ni si merah da buat hal.
Ermm..kali ni sang keta tak boleh start langsung.sebelum ni boleh la manja2 sikit kat dia baru la boleh start.
Huh,semalam memang perit melayan. Hampir 6 jam tunggu  cik abg tu check tapi hampa.
Da la parking baik punya kat zon tunda, berdoa jela supaya abang MBSA tak tarik keta.
Hampir2  keta masuk bengkel, nasib baik tak jumpa towing servis. kalau tak, melayang duit.

Masa tu terfikir, kenapa la sang keta ni buat onar masa dekat majlis?
terasa kaki sebelah ni patah.
Da terbayang bakal pengantin naik motor pergi masjid untuk akad nikah.
Ngeriiii…

Esoknya otak ni da dapat berfikir. Nasib baik ada member kerja kat proton.
Alhamdulillah, tak sampai sejam abang proton tu buat. Rupa2nya, wayar kat fuel pump terbakar.cisss, patut la masa nak start tak dengar minyak naik. korang pernah perasan tak sebelum ni?
Dan kos untuk repair hanya RM50!!! Kalau hantar kat bengkel berapa la agaknya..

Kepada pengguna PROTON PERSONA, ada info mengatakan keta ni selalu failed pasal wiring, sensor dan fuel pump. Ya, beli lah barangan buatan MALAYSIA tapi berhati2 semasa buat pilihan.
Lagi satu, servis la keta ikut jadual dan pastikan servis di pusat servis proton kalau korang nak maintainkan warranty keta.
Paling penting, simpan la nombor telefon member yang korang boleh call saat2 genting macam tu.
Dan masa ni la kita boleh tengok siapa sebenarnya kawan kita, siapa yang sanggup tolong kita?? hehehe..

Untuk abang proton, terima kasih bebanyak ya.lepas ni kita ikat kontrak setahun. En. Tunang da planning macam2 untuk repair keta. Nak tukar timing la, aircond la..macam2 laaa..tak pa, yang sy tau keta tu boleh jalan.


CZ: lepas ni nak beli Honda la, mampu ke?? Honda cup boleh laaaaa..

1 comment:

  1. Proton memang menyusahkan pembelinya terutamanya rakyat malaysia. Dahlah mahal, baru beli je macam-macam masalah. Nak tolak kedai, memang tak dapat duit.

    Aku ada jugak kena macam kau. Tiba-tiba tak leh start. Kenapa benda yang penting proton tak reti nak guna peralatan yang betul-betul baik. Macam masalah kau tu, bukan perlu kos yang mahal pun tapi akibat yang ditanggung oleh pengguna seperti kos menarik kereta ke bengkel amatlah tak berbaloi untuk dibayar.

    Orang-orang yang buat kerja kat proton tu kata handal-handal belaka tapi kenapa banyak sangat masalah kereta tu. Kalau satu masalah tak ape, ni berbagai masalah yang timbul walau baru je keluar kedai.

    Orang-orang dalam proton kena fikir macam mana nak baiki produk mereka. Kalaulah kerajaan tiada kawalan harga kereta, aku ingat 1 dari 10 je yang kereta proton berada di jalan raya.

    Renung-renungkanlah wahai orang-orang PROTON....

    ReplyDelete