04 April 2011

satu tahun sudah berlalu (epy anniversary)

~04042010~


Mcm masih di luar kesedaran yg kami da bertunang setahun yg lalu..
mmg betul la org2 tua ckp, masa bertunang ni mmg byk dugaan.
rasanya yang pahit manis tak perlu la diceritakan disini.
masing2 pernah mengalaminya dan untuk yg akan bertunang, selamat menempuh alam pertunangan!!
masa bertunang aritu memang tak ada planning langsung, semua last minute .
Planning sebelumnya nak bertunang sehari sebelum nikah, sebab tak nak la tmbh kos utk ulang alik dr KL - Sbh.
Biar pun tagline Airasia , 'everyone can fly' tapi kena ingat fly with money.
No money, No fly..flyers adela  !!
tapi disebabkan nak balik utk kenduri arwah atuk en.BF (masa tu belumm jd tunang lg). mum dia decide suruh kami buat majlis tunang.
Alasannya, kami da lama kenal ~ almost 3 years
Apa lagi, terlompat kami berdua di KL (w/pun sbnrnya tggl d Shah Alam)..sebenarnya ada masa 3 bulan lg tapi tau la perempuan punya kecoh mcm mana.
first thing kita org pikir adalah BAJET.
tolak tambah semua,mahu juga RM2K.
klu kawen terus kan best, tak payah membazir mcm tu .
kita org beli apa barang yg patut dan termampu.
dan yang peritnya, macam2 dugaan kami terima.
Sememangnya Allah menguji mengikut kemampuan kita.
Paling tak dapat dilupakan bila otw ke airport, kereta accident di Nilai.
Alhamdulliah semua selamat tapi dalam kepala da fikir macam2, sempat tak naik flight ni, klu missflight, ckup ke duit nak beli tiket semula.
rasa nak meraung time tu sebab en.BF mmg tak drive laju tp disebabkn sindiket towing keta punya pasal kami terkandas di tepi jln.
Dah la accident, polis saman lagi.cissss...nasib baik ada sepupu en.BF amik alih hal tu dan kami terus naik teksi ke airport.
satu lagi masalah, beg tak muat dalam teksi.uwaaaaa, sapa suruh bawa beg mcm tak balik KL lagi.
Jalan penyelesaian, masing2 letak beg atas riba.berat okey?? korang bayangkan kami guna beg beroda mcm kt AF bila pelajar tersingkir tu.
Anyway, terima kasih untuk En.Teksi yg bawa kami selamat sampai ke airport.memang laju giler dia bawa sampaikn kita org sempat lagi bekpes kt MCD.
Tapi mana ada hati yg tenang mengingatkn keta yg accident tu, duit lagi!!
Okey cukup, tak nak ingat yg sedih2 lagi.
Kami akhirnya selamat bertunang pada 12.00 tgh hari, 04042010 (sgt suka date ni)
Dan paling melucukan, black out sepanjang hari. bayangkan dgn baju tunang,dgn veil lagi..mcm ada air terjun dlm badan ni.mekap tak payah cerita la :)
sgt excited bila abg sulung ckp, rombongan lelaki dtg dgn 11 biji kereta. erkkkk??
Sangat berterima kasih dgn ahli keluarga yg bertungkus lumus menyiapkan majlis tersebut, jiran tetangga yg mdirikan khemah.


skrg da menjadi satu trend tempoh pertunangan yg singkat. tak sempat nk feeling2 jadi tunangan org, tup2 trus acara ijab kabul da. rasanya perlu ke mcm tu, tak membazir?? tapi kalau sebut adat, seharusnya la.
Kalau dr segi agama, hanya ijab kabul yang penting dan Allah melarang pembaziran. (kalau duit da terlebih byk,tak apa la ye)
yela, skrg ni majlis bertunang pun nak grand.siap ada pelamin, yg tak bestnya kenapa si teruna pun sanding sekali.hadoi !!! baju meleret sampi boleh buat mop.khemah ada la dlm 5 biji.bukan jeles tapi sayang duit tu mengalir mcm tu ja.
ada juga baik dan buruknya kalau bertunang sekejap sgt ni.
Kalau bertunang sekejap sgt, tak sempat nak kenal hati budi pasangan. biar pun da bercinta 10 tahun. Kalau da bertunang, feeling bertukar. ada yg makin sayang, ada yang rasa selamat sebab tak risau pasangan da kena booked (ingat brg ke).lagi bahaya, kalau rasa da jadi milik dia sepenuhnya.huh!!
Kalau bertunang lama, mcm2 dugaan kena tempuh tapi dari situ kita boleh kenal perwatakan pasangan kita.
Dalam masa yang sama, boleh la kumpul duit lebih sikit.
Semua ini bergantung pada perancangan masing2. terpulang lah korang nak buat mcm mana janji semua selamat dan menuju jalan yg diredhai Allah.


Apa2 pun yang penting, emosi harus bersedia menghadapi semua ini.
Iman kena kuat, jgn gaduh sikit da nk minta putus tunang (akukah itu?)


CZ:Sangat menghargai kamu !!

No comments:

Post a Comment