02 October 2015

Simposium 2 - USUS SIHAT ANDA BAHAGIA

************************ PINNED POST ******************************


Assalamualaikum ibubapa moden sekalian,

Pernah tak terfikir tentang penjagaan kesihatan usus kita?
Penjagaan usus bermula sejak dari bayi lagi dan sebab itu dititikberatkan hanya susu ibu sahaja untuk bayi berumur kurang dari 6 bulan.
Adakah anda atau anak-anak selalu mengalami perut sensitif atau penghadaman yang bermasalah?
Pernahkah anda mendengar atau membaca pesakit yang terpaksa dipotong sedikit ususnya kerana bocor atau atas sebab-sebab yang membahayakan usus?
Tahukah anda semua itu berpunca dari pengambilan makanan yang tidak sihat.
Di dunia moden ni kita dimomokkan dengan makanan sintetik,GMO dan makanan terproses.
Kesibukkan mengejar masa kadang kala menyebabkan kita lupa untuk menjaga kesihatan.
Apa-apa pun, jagalah perut kita yakni usus kerana di situlah bermulanya penyakit.
Luangkan sedikit masa dan wang anda untuk sama-sama mendengar dan mempelajari tentang PENJAGAAN USUS anda sekeluarga.
Ilmu seluas-luas alam dan tidak pernah merugikan.
InsyaAllah.

Usus atau perut, tempat bermula penyakit. Anda ialah apa yang anda makan. Baik makanan anda, baiklah kesihatan anda. Tabiat pemakanan yang tidak sihat menjadikan usus anda gudang penyakit. Salah satunya Candida.
"Candida boleh bertapak dikulit apabila ada candida dalam usus. Candida memang penghuni biasa dalam usus tetapi populasinya terkawal oleh microbiota baik namun bila ada ketidak seimbangan dalam microbiota usus, candida akan membiak dengan pesat dan berjangkit ke mulut dan kulit. Untuk hapuskan Candida, kita kena tingkatkan microbiota baik dalam usus, berikan dia makan dan tambahkan populasinya dengan makanan fermented yang ada bakteria baik. Kefir, tempe, kimchi, kombucha, yoghurt, tempoyak antara makanan probiotic. Probiotic adalah makanan yang ada bacteria baik" - petikan artikel dari; http://drsuriyakhatun.com
JOM PELAJARI TIPS & AMALAN PEMAKANAN BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN USUS KITA SEKELUARGA.
SIMPOSIUM IBU BAPA MODEN SIRI 2 : USUS SIHAT ANDA BAHAGIA
Tarikh : 3 Oktober 2015 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang Lokasi : Celebrate Life Event Hall, F-2-3A Jln Serai Wangi N 16/N, Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam
Hubungi 0189445626 untuk pertanyaan (Whatsapp Only)




No comments: