09 May 2014

Pengalaman Bersalin - Inilah Saatnya

Dalam LR.
Doktor, bidan dan 2 orang sister berkumpul keliling katil.
Saya tengok seorang satu.Dalam hati kenapa ramai sangat ni.
Pasang itu ini, cek itu ini.
Buat VE dah 9cm.Kepala bayi masih tinggi.
Sebabnya sebelum ni ada rekod ceaser, jadi doktor kena ada.

Nasihat bidan, jangan meneran jika belum cukup bukaan rahim.Nanti tenaga hilang pastu tak dapat nak meneran bila sampai masanya.
JANGAN YA MAK..
Ini pengalaman saya. Teran sebelum waktunya dan terasa sangat lemah bila bidan suruh teran.Sobssss..

HTAR adalah hospital rakan bayi.
Kalau dahaga,mintalah air minuman.
Tak payah nak malu-malu, nak tahan tekak kering.
Penat layan contraction, saya minta air dengan nurse.Sekali teguk dah habis.
Kalau sempat, bawa bekalan kurma ke LR.
Sementara tunggu bukaan 10cm, makanlah kurma untuk tenaga.
Nikmatilah sakit contraction itu.huhuhu
Tapi mampukah makan sambil tahan sakit tuuuu??

Masa ni,saya tak fikir lain.Terus berzikir sambil doa supaya bayi cepat keluar.
Pujuk anak bagi kerjasama.
Jam dinding pula depan mata.Kejap-kejap tengok jam.
Tambah stress lagi dengan CTG sebab bila alat tu dipasang,ibu tak boleh bergerak sangat.
Sekejap-kejap doktor datang buat VE.
Tak terasa sakit pun sebab lagi sakit contraction tu.

Menunggu sampai 10cm tu terasa berjam-jam lamanya.
Sempat membayangkan macam mana kalau homebirth.
Saya lagi tenang atau makin kelam kabut.Wallahualam.

Doa untuk bersalin secara natural hampir termakbul.
Begini rupanya situasi bersalin natural.
Kejap-kejap tengok jam,muka ketat tahan contraction.

Tiba-tiba teringat mak di kampung.
Mak tak tahu lagi anaknya masuk hospital.Dia dah pesan jangan bagi tau, nanti dia yang merana sakit perut.
Hebat aura mak.
Dia pesan banyak kali, jangan angkat punggung.Jangan ya jangan..Nanti koyak.

#2.50 pagi

Cukup 10cm.
Tepuk tangan.
Ok,bersedia untuk teran.
Doktor pesan, kalau rasa contraction terus teran dan lepas tu jangan tarik nafas panjang-panjang.
Satu lagi, TUTUP MULUT.
Hahhh, ni payah nak buat,hahaha.
Berkali-kali sister pesan, jangan keluarkan suara nanti makin kurang tenaga.
Jangan buka mulut masa meneran.Tumpukan semua tenaga untuk meneran.
Alhamdulillah dikelilingi staff hospital yang sabar dan baik hati.
Tak putus-putus bagi semangat, bagi tunjuk ajar.
Sebelah kiri pegang bahu sambil ajak berselawat.
Sebelah kanan pula, ajar macam mana nak kawal pernafasan.
Doktor dan pembantunya pun ikut bagi semangat.
'Sikit lagi..Teran lagi lagi dan lagi.Puan mesti boleh, kepala anak dah nampak tu.'
Seorang lagi monitor CTG.
Rasa nak cabut alat tu, menganggu konsentrasi tapi itulah alat untuk monitor degupan jantung bayi.

#3.15 ( agaknya)

Doktor cakap kena cepat, kepala bayi dah lama sangkut kat bawah.
Nanti bayi lemas atau otaknya kurang oksigen.
Allahurabbi.
Badan dah penat.
Tiada tenaga nak teran tapi bila doktor cakap macam tu terasa tenaga ditambah semula.
Tambah pula sister cakap, ' Puan,kesian kat anak nanti kalau otaknya kurang oksigen.'
Contraction pula makin kurang terasa.
Anak dah stress kot sebab lambat sangat dapat keluar ^__^
Bidan dan sister pula pujuk bayi sambil selawat dan tolak-tolak perut.
Serius, nak nangis rasanya.
Mak terharuuu..

Doktor buat keputusan nak vakum.
Sebelum tu, dia tanya saya.Apa yang saya mampu jawab, buat jela apa yang boleh.wuwuwuwu.. dalam keadaan separuh pasrah.
Hanya fikir supaya anak selamat keluar.
5 minit kemudian, datang doktor pakar. Katanya, buat episiotomi sahaja.
Doktor tu tanya lagi dengan saya, 'Puan, kita gunting ya, bayi dah lama kat bawah ni.
Baiklah.
Mula meneran balik, dan tiba-tiba terasa ngilu,pedih.
Ternampak alat untuk mengunting tu, perghh macam playar pun ada.

#3.29 pagi
Sekali lagi teran dengan panjang, Alhamdulillah anak mak keluar dengan selamat dan anak terus terberak di celah kaki maknya :))
Lahir seorang puteri.
Ya Allah, lega rasanya.
Perut terasa ringan.
Hati berbunga-bunga.
Nikmatnya Allah saja yang tahu.

Selepas potong tali pusat, nurse letak bayi di atas badan.
Allahuakbar..besarnya ko anak.Apalah yang mak ko makan ni.

Nipple crawling moment .
Kuncup dahi anak.Allah,syukur dapat nikmat wangian syurga.
Dah tak rasa sakit, penat atau mengantuk.
Semua hilang lepas tengok anak depan mata.
Nurse tiarapkan anak atas badan saya untuk bagi anak mencari susu.
Pandainya dia cariiii..

HTAR ( hospital rakan bayi ) galakkan nipple crawling selama sejam.
Tapi tak sampai sejam,anak dah menggigil kesejukan.
Nurse terpaksa bawa keluar untuk bersihkan kemudian buat pemeriksaan.

Uri keluar 10 minit lepas bersalin.
Doktor cakap tak perlu teran tapi automatik rasa nak meneran bila terasa ada benda nak keluar.
Selepas tu nurse datang, tanya puan nak tak kami suntik ubat untuk hentikan pendarahan.
Saya angguk saja.
Ini antara ciri-ciri hospital rakan bayi. Prosedurnya, sebelum beri apa-apa ubat atau suntikan perlu tanya pesakit terlebih dahulu.




Sesi menjahit bermula.
Oh sebelum tu,kena bius dulu.
Nurse ada tanya, nak bius atau tak untuk tahan sakit..
Silakan cucuk saya.
Tiada tenaga nak tahan kesakitan.Letih sangat.
Dah mula rasa sejuk dalam LR.
Mak pula ganti menggigil.
Lama pula proses menjahit ni sebab kena jahit dalam dan luar.

Selesai proses jahit dan tukar baju, pindah ke katil pengusung untuk masuk dalam wad semula.
Tunggu anak di tepi LR.
Tak lama lepas tu, nurse bawa si comel.Dah bersih dan berbalut tuala hijau.
Tunggu pula fail siap.
6.30 pagi baru dapat masuk wad.
Hujan rupanya di luar.
RahmatNya.Dah lama tak hujan sebenarnya.

Benda pertama yang dibuat selepas pindah katil, ambil hp dan tangkap gambar anak.muahahaha
Lepas tu telefon encik suami.
Dia ingatkan belum bersalin, terkejut bila dengar suara bayi menangis.
Lepas tu telefon mak.
Sambung breastfeed sementara tunggu keluarga sampai.
Semalaman tak tidur.Mata tak ngantuk tapi kepala pening.
Anak pun belum pakai baju.Bedung dengan kemas sementara tunggu papanya sampai.

#4.30 petang.
Doktor benarkan balik rumah sebab anak dah kencing dan berak.


Alhamdulillah.
Pada 4/3/2014 selamat bersalin setelah overdue 8 hari kalau - ikut perkiraan LMP.
Jika ada rezeki untuk bersalin natural lagi, saya nak buat dengan lebih gentle lagi.
Yaaaa..gentlebirth!!!
Perlu belajar dan usaha lebih lagi.
Tak perlu epi, tak perlu tunggu lama untuk bukaan penuh.
Apa-apa pun, sakit lama atau sekejap, mudah atau sukar semuanya Allah yang tentukan.



6 comments:

UmmiAbi said...

Betul Alya..bahagian masing2.. Semua org teringin gentlebirth. Tapi Qada' & Qadar menentukan segalanya. Kita mohon & berserah. Ya Allah..comel sgt baby... Kiss untuk Aunty Reen sket..hhe

Home4health said...

Alhamdulillah kak Reen.Allah beri peluang saya untuk bersalin normal.Da kisskan n gigit bb untuk akak :))

NoEn said...

alhamdulillah berjaya akhirnya

akak hari tu x sempat tengok jam pun even jam dinding dok depan mata je...

Home4health said...

Kak Noen, sementara nak tunggu cukup 10 cm tu yg asyik tgk jam je..

AJ said...

Alhamdulillah..bersalin normal..Semoga baby dan mak baby sihat sentiasa...

Unknown said...

Syukurlah mesti baby dah besar skrg..