31 January 2013

Natural Remedies For Fever, Flu, Sore Throat And Cough

Share from Teri Liew,OHUB

FLU
1. Sliced onion on the sole of feet cover with socks. Also put a few slices of onion around the little one.
2. For babies below 6months, mashed kunyit/turmeric and apply juice at the bridge of the nose to get the mucous flowing.
3. If your child is above 1, consider giving at least 500mg of Vit C every 2-3 hours. loose stools means it's too much so reduce to 250mg. i have given 1000mg every 2 hours to my kids during day time.
4. Squirt breast milk into nostril. Can help also.

Cough
1. Virgin coconut oil 5ml 3 times a day. together with increase vit c as per above.
2. Garlic Capsules have worked wonder for my girls. i give them bout 3-4 capsules before they sleep if they are coughing and within an hour, the cough will stop.. do it at the begining stage so more effective. i buy Kordel but if u can find any from MLM better still..
3. A glass of Apple Cider honey every 3-4 hours for kids above 1yo. 1 teaspoon of ACV into a glass of honey diluted according to taste.
4. For night coughs, toddlers old enough can be given unwashed jackfruits.(nangka)

SORE THROAT
1. Virgin Coconut Oil. 5 ml 3-4 times daily..
2. ACV honey sip throughout whole day..
3. For adults, if u gung ho gargle with cayenne pepper.

FEVER
1. Increase vit C. drink lots of liquid
2. If u really must bring the fever down, try soak egg whites in small towel wrap little one's feet and wear socks over the towel.
3. Giving LO bath in apple cider vinegar can help too... in a tub, just add a capful of ACV..
4. Coconut Water works well too.

Corn Water remedy shared by Enid Tang.
Corn water is good for many disease such as major heart attack, cholestrol, high blood pressure, bladder problem etc. Boiled whole corns including the leaf, stalk ~ just drink the water.. Is good to prevent diseases... esp those fever not reduce at all.. Corn also can eat so no harm of trying.. The corn's hair (jagung chew in hokkien) can pour hot water and drinks like tea - better than tea ! One glass put half corn's hair pour hot water in drinks and pour again.. can used twice only ! Sharing knowledge!
I understand that taking vitamin c in high dosage may create some doubt and even fear... here's 2 links that have credible clinical studies on high dosage of Vitamin C for your peace of mind..http://www.vitamincfoundation.org/
http://www.doctoryourself.com/

Natural alternatives by Datuk Dr. Rajen M - writer in NST for holistic medicine and remedies. http://www.harum.com.my/female.php?id=146
So what do you do for a cough? There are lots of natural remedies and old grandmother\´s recipes.
Here\´s one that involves stuff that you may find in your kitchen - honey and garlic - and some sunlight.
    1. Peel a handful of garlic pips
    2. Crush lightly
    3. Add to a jar of honey
    4. Seal the jar tightly
    5. Leave by the window where it can get sunned regularly
    6. Allow to stand for two weeks. This can then be kept in a refrigerator for better long-term preservation.
The dosage for both dry and productive cough is one to three teaspoons, two to three times a day. After consuming this formula, do not drink or eat to allow the \"cough syrup\" to remain in the throat area for a little longer.
Honey has a powerful demulcent (soothing) effect on the throat. Garlic, especially when \"aged\" and \"sunned\", is activated and becomes one of Nature\´s most powerful antiseptic formulas.
Another simple treatment to break thick and stubborn mucus is warm salt water. Water is a powerful immune stimulant. Warm water makes you sweat and this too wakes up a sluggish immune system. Salt is used both to \"dilute\" and \"break\" your phlegm. That is why phlegm is somewhat salty.

When and How to Use a Garlic Poultice
A garlic poultice aids most illnesses. e.g. cold or flu, especially if there is a lot of wheezing or coughing going on. A small poultice can also be used on external wounds and held against the ear during an ear infection.
http://simplehomemade.net/fight-illness-naturally-with-a-garlic-poultice/

Homeopathy Remedies
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151085533623541&set=o.329517783765449&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Luahan Penghuni Pondok Buruk

Orang berbudi kita berbahasa tapi kalau tak faham bahasa..??
Bagi betis nak peha,bagi peha nak apa lagi,penyepak..??

Tak tahulah saya ni jenis tak boleh berkongsi dengan orang lain atau jenis kedekut atau jenis pentingkan diri sendiri.
Boleh bayangkan situasi saya ?
Sebelum ni hanya bertiga dalam rumah tapi sekarang jadi berlima.
Terus terang saya cakap,tak kisah berapa ramai dalam rumah tapi sila bertimbang rasa.Sila fikir perasaan orang lain terutamanya tuan rumah.
Rumah saya bukan rumah kebajikan.
Sorang tak bekerja,sorang lagi bekerja tapi serupa macam tak bekerja.
Kalau tak bekerja siapa yang tanggung makan semua?
Tapi hal makan saya tak kisah sangat.Saya anggap itu satu sedekah untuk dorang.
Masalahnya sekarang KEBERSIHAN dalam rumah.
Hari ni mop lantai esok dah melekit semula.Punca? Tak pakai selipar bila masuk dapur basah.
Setiap masa mesti ternampak cawan/gelas terpakai atas meja makan.Siapa punya? Takkanlah Sofea kan.
Semangat nak basuh baju.Tengok-tengok dalam mesin basuh ada baju terendam entah dah berapa hari.
Ikutkan hati nak vakum rumah setiap hari.rambut gugur sini sana.Sofea lah tukang kutip.Haish..
Satu lagi,hisap rokok dalam toilet.Pantang betul kalau terhidu bau rokok dalam rumah.
Ada banyak lagi tapi tak tertulis semuanya.Tak larat nak mengadu oii..

Dah pernah slow talk dengan suami pasal ni tapi tetap sama.Berharap sangat dia dapat tegur.
Nak suruh saya tegur boleh sangat tapi lepas tu jangan menyesal.Saya jenis pendam lama-lama lepas tu meletup sekaligus.
Ada tips tak untuk perbetulkan semua ni O.o

Tips Untuk Pemakanan Yang Sihat Bagi Si Manja

Apabila si manja berumur 6 bulan ke atas, permakanan tambahan perlu bagi memberi nutrien (zat makanan ) yang optimum untuk tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun sesetengah bayi tidak memberi respon yang memuaskan apabila diberi makanan tambahan. Begitu juga bagi kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas ramai ibu bapa menghadapi masalah untuk memujuk mereka supaya makan.." mereka lebih suke main dari makan..." keluhan sebegini biasa didengar daripada para ibu bapa.

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini.


1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang. Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zak makann yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.


2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh itu perlu pelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.

3. Optimunkan zat makanan.
Cara masakan yang boleh optimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali meyediakan makanan simanja anda. Sesetengah cara masakan boleh menghilangkan zat atau nutrien yang ada pada makanan tersebut dan ini kalau boleh perlu dielakkan.

4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih dengan betul apabila sudah ada perancangan daipada awal.

5. Mengalakkan waktu makan yang tetap
Waktu makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.

6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai oleh simanja anda, begitu juga dengan air panas etc.

7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika si manja mendapati waktu makan adalah masa yang menggembirakan sudah pasti dia akan tertunggu-tunggu untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap simanja pada makanan.

8. Cuba mencari sebab masalah permakanan.
Jika simanja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut apabila makan makanan tertentu, cirit birit etc..maka perlu dipastikan samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

9. Memastikan anak makan apabila dia sakit.
Jika si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit badan perlu lebih nutrien bagi melawan jangkitan dan untuk untuk digunakan semasa tempoh peyembuhan.

10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapati perkembangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jika si manja anda masih tidak menyukai makanan tambahan , jangan berputus asa, cuba lagi dan lagi..insya Allah dia pasti dapat permakanan yang optimun dengan kesungguhan kita..dan jangan lupa berdoa untuk kesihatan mereka ...
Posted by Dr Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMed(Paed)UKM
(http://drsaiful.blogspot.com/2010/01/tips-untuk-permakanan-yang-sihat-bagi.html)

Mengapa Nestum/Cerelac Tidak Sesuai Untuk Bayi?

Nestum mengandungi gula, bahan sintetik, GMO, trans fat dan sebagainya.
Bila besar, anak boleh obes, tidak mahu makan makanan yang tidak manis i.e freshly cooked food, jadi picky eater, hyper.
Bila dah tua dapat kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

Apa itu GMO?
 - Genetically Modified Organism = Organisma Ubahsuai Genetik.

Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan sernagan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.

Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.

Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.

Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.

Kesimpulannya, kita tidak makan makanan yang asli tetapi sudah diubah unsur genetiknya.




27 January 2013

Sakit Itu Penghapus Dosa

Bermalas-malasan di rumah sepanjang cuti ni.Anak dan mak selesema dan batuk sejak hari Jumaat.Petang tadi pula badan sofea panas.38 darjah celcius.Terpaksa bagi pcm.Asyik merengek.tak nak makan.lepas minum susu muntah.
Semalam dah bagi jus delima.Lepas bagi 10ml terus muntah kahak dengan meriahnya.
Sekarang ni tengah berjaga-jaga.risau suhu badan naik mendadak lagi.

25 January 2013

Tips Untuk Anak Berkahak

Jus Delima ~

Jus ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas.
Cara penyediaan sangat senang.
Ambil sebiji buah delima kemudian cincang menggunakan chopper atau kisar guna mesin pengisar kenudian tapis untuk asingkan biji.
Paling cepat proses ialah bagi makan macam tu saja.Tak ada masalah tertelan biji sebab biji akan keluar dalam najis :)

Tetapi...
Elakkan pengambilan delima jika anak demam/batuk disebabkan panas badan kerana delima bersifat PANAS.

Untuk mengenal batuk kahak

- kahak jernih + badan sejuk = boleh dirawat dengan delima/makanan bersifat sejuk
- kahak pekat/kuning/hijau + badan panas = diberi minum air barli/asam jawa/makanan bersifat sejuk.
 ** asam jawa/keping untuk 10-12 bulan ke atas**

Selamat mencuba :))

#Hometown#Sabah

Alhamdulillah..selesai urusan beli tiket balik raya puasa nanti.
Awal beli tiket?
Kami memang macam ni.suka plan awal.bajet bukannya tip top pun.Nak beli tiket dekat-dekat raya memang tak dapat la.harga melambung.
Kali ni sama macam tahun lepas,naik MAS lagi.
Tiket Sofea rm31.80 sahaja.Tak adanya rm250 macam tahun lepas.Itu semua tipu.Taubat dah mak nak percaya orang tu lagi.
Lepas ni bolehlah bajet beli baju raya pula.weeeee~

Resepi Jejari Labu Bakar - Bayi 8 Bulan Ke Atas

Nama resepi dah hebat tapi sekali tengok gambar tak menarik pun.hahahha
Saya memang tak pandai nak hias makanan tu supaya jadi sedap dan menarik perhatian.Apa yang penting untuk saya ialah rasa makanan tu.Dan yang paling penting Sofea sangat suka sampaikan menangis bila labu tu dah habis.
Jom kongsi resepi :-)
Bahan - bahan :
Labu
unsalted butter
Cara -caranya :
potong labu secara memanjang.
lumurkan labu dengan unsalted butter.
bakar dalam oven/pemanggang ajaib/kuali.
pusing/terbalikkan supaya labu masak sekata (betul ke ayat ni?)
bila dah lembut tandanya labu dah masak
siap!!!!
p/s : pasrah update blog guna fon.pakai fon baru boleh upload gambar.arghhhh...

She Can WALK WALK WALK

Alhamdulillah Sofea dah boleh berjalan selepas beberapa hari genap 10 bulan.
Sebelum ni pernah berniat nak belikan Sofea kereta kecik untuk ganti walker dia.
Bila tengok di Giant tak ada pula yang berkenan.Ada yang comel tapi tak ada tempat letak kaki.Ada juga yang tersepit kaki di bawah kereta tu.Motor tu ada tapi alamakkk...tak sesuai untuk baby girl.hahahaha
Tak apa,nanti nak cari di Jusco pula.

Our Sofea

yogurt time..
Comot anak mama ni.
Memula bagi dia geleng-geleng kepala.Campur dengan epal stim terus keluarkan dari mulut.
Mak dah hampir putus asa nak bagi yogurt.kali ke tiga suap Sofea dah mula jilat bibir.
Kali seterusnya terus telan sambil cakap dap dap dap.
Berjaya *clap hand.
Good girl.Duduk diam depan mama tunggu kena suap.Dia habiskan sebekas yogurt marigold low fat natural.
Oh ya baby boleh makan yogurt bila dah 8 bulan.
Nanti nak cuba bagi yogurt campur mangga pula.
Yummy!!!!

21 January 2013

Masalah Apa ni?

Sekarang ni tuan blog ada masalah.
Tak boleh upload gambar dari desktop masuk dalam blog.
Mengapakah?
Ada kaitan ke dengan download blogger apps dalam android?
Nampaknya tak cukup canggih lagi nak faham semua ni.
Siapa yang baik hati tolonglah explain  :(

Dah tu nak upload apa yang error pun tak dapat.
Bila klik upload,tak keluar pun tab untuk pilih gambar di computer.

18 January 2013

Tiba-tiba


Tiba-tiba teringat cincin nikah ni.
Kalau masa tu pakai pergi kerja mesti cincin ini ada lagi sampai sekarang.
Kalau tak pakai pun,dapat simpan tempat yang tersorok pun mesti ada lagi sampai sekarang.
Tapi apakan daya,dah takdir Tuhan cincin ni dicuri sebab ada orang pecah masuk rumah.
Kalau nak beli semula tak mungkin rasanya..banyak benda lain nak beli selain cincin ni.tengoklah kalau ada rezeki lebih.
Tapi sangat sayang cincin ni T_T

16 January 2013

Sofea Kami

Alhamdulillah anak mama membesar dengan sihat.
Ini bukan untuk dijual tau.hahaha
Temankan papa shoping baju.mama pula dah penat nak dukung.letak kejap atas timbunan baju.


14 January 2013

Habis Madu Sepah Dibuang

Perumpamaan yang sangat wajar untuk hari ini..

Korang pernah dapat tak kawan yang macam ni~

Masa susah/sedih/bosan setiap minit akan sms/whatsapp/bbm kita
Bila rasa nak berborak,perlukan teman untuk meluah perasaan bila-bila masa dia nak call tak kira masa tu kita tengah memandu,bancuh susu anak,nak makan bla..bla..
Dan saya akan cuba untuk jawab panggilan atau call semula lepas tu.
Bila bagi sesuatu benda kat dia,sangatlah menghargai.Berbakul - bakul ayat pujian.Siap cakap ' ko la kawan aku yang ambil berat,prihatin pasal aku'

Tapi...
Bila saya perlukan dia, call atau msg langsung tak jawab.
Bila saya nak cerita sedikit masalah - perkataan keluar dari mulut dia - sabar ok!
Bila dia dah senang, dah gembira memang tak ingat dengan kawan tempat dia meluah perasaan.


Tak apalah,saya tak minta apa -apa balasan.
Saya ikhlas nak berkawan.
Tak sampai hati nak buang kawan macam tu saja.
Tapi mustahil kalau saya cakap tak terkilan dengan cara dia.

Apa -apa pun, sesibuk mana pun orang tu pasti ada masa untuk luangkan masa untuk orang yang dia sayang.
Atau dia memang tak sayang saya sebagai sahabat?
Sobbssss..

Haihhh..merepek~

01 January 2013

Kau Datang Lagi

Di saat bahagia ini kau muncul kembali.Bagaimana harusku tempuh hari- hari yang mendatang?
Seksanya menahan derita ini.

Oh sangat menyakitkan sakit gigi ni.Masa ni la gigi geraham nak tumbuh.badan dah tak imun dengan dua biji painkiller.haihhh..
Nak cabut tapi keadaan tak mengizinkan.Bertabahlah diri ini...