29 November 2012

Rendam Beras Anda

Sejak ada anak,saya gigih mencari info pemakanan anak.Sebelum ini saya fikir makanan bayi readyfood tu adalah terbaik,senang dan berkhasiat.

Saya akui memang kurang pengetahuan tentang keperluan khasiat untuk bayi.Apa makanan yang patut dan tak patut.Saya berfikir syarikat yang menghasilkan produk makanan bayi memikirkan tentang kesihatan bayi tapi sebenarnya mereka mementingkan keuntungan sahaja.

Bukan tidak  berkhasiat sebenarnya tetapi kuantiti amat sedikit dan tidak cukup untuk bayi.Selain tu,ada pula tambahan bahan pengawet,gula dan garam.Tidak selamat untuk sistem pencernaan anak.Sanggupkah kita nak bagi makanan macam tu untuk anak kita?

Saya rasa kejam bila kita hidangkan makanan yang ditambah garam dan gula ketika anak belum mencapai umur 2 tahun.Lagi kejam bila kita nak senang dan cepat,kita suapkan anak dengan readyfood.Bagaimana ginjal dan buah pinggang anak nak bekerja untuk makanan yang tak sepatutnya? Tak dapat saya bayangkan.

Saya minta maaf kalau ayat saya ini menyinggung perasaan mommies lain tapi ini adalah pendapat saya.Saya tak nak sebab nak senang sekarang saya akan susah nanti.Saya juga tak nak anak sakit disebabkan kelalaian saya.

Tidak semestinya kita menjadi pakar pemakanan jadi harus menjaga pemakanan anak kita.Ilmu luas,dunia dah canggih.Kita buatlah mana yang termampu untuk kebaikan anak.

Kali ini saya nak kongsi tentang perlunya merendam beras sebelum dimasak untuk anak-anak kita.Kaedah ini juga elok kita amalkan untuk pemakanan harian kita juga :)

Kenapa kita perlu merendam beras?
Untuk menghilangkan/mengurangkan asid phytic dalam beras.
Penapaian mengasidkan medium perendaman, yang mengaktifkan phytase (enzim merendahkan asid phytic) sudah ada dalam beras; dan ia juga menanam mikroorganisma yang menghasilkan phytase mereka sendiri.
Beras perang tidak mengandungi phytase yang banyak. Anda mungkin boleh menggunakan cecair yang sama untuk rendamkan bijian lain, kacang dan kekacang.
Apabila kita makan makanan mengandungi phytates, sebenarnya mineral yang kita fikir kita dapat daripada makanan itu tidak akan berlaku kerana ia tidak bio-tersedia.
Mineral tersebut terus keluar daripada sistem pencernaan kita. Dengan makan terlalu banyak asid phytic boleh menyebabkan kekurangan mineral dan mengalami kepadatan tulang yang lemah.

Apa itu asid phytic,sila klik disini


Cara-cara merendam

Beras perang
  1. Rendam beras perang dalam air nyahklorin selama 24 jam pada suhu bilik tanpa mengubah air. Rizabkan (simpan) 10% cecair perendaman tadi (perlu menyimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama).
  2. Buang sisa cecair perendaman; masak beras dalam air segar.
  3. Pada kali berikutnya anda rendam beras perang, gunakan prosedur yang sama seperti di atas, tetapi menambah cecair perendam yang anda telah rizabkan dari kumpulan terakhir ke seluruh air rendaman.
  4. Mengulangi kitaran. Proses beransur-ansur akan meningkatkan sehingga 96% atau lebih asid phytic dinyahkan pada 24 jam.

Beras putih

Rendamkan beras sedikit sebelum dimasak dan masak terus dengan air rendaman tersebut. Beras putih yang lebih elok dimakan adalah beras basthmati sebenarnya.

*air nyahklorin = air filter atau air yang dimasak.


Sumber info : rendambijirin

27 November 2012

Jenis PASTA Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Hari ini saya nak kongsi  pasta yang sesuai untuk bayi yang berumur 8 bulan ke atas.
Masa ni terasa seronok nak masak untuk si kecik sebab dah boleh masak macam-macam resepi untuk dia.Alhamdulillah setakat ni masih menyuap Sofea homemade food.Dulu je pernah terbabas bagi readyfood.huhuhu..

Sebenarnya semua jenis pasta yang kita makan,bayi juga boleh makan sekali.Cara dan bahan masak sahaja ada pengkhususan untuk mereka.
Tertarik dengan pasta fusilli sebab warna-warni..Hujung minggu ni nak cuba resepi baru pula :))


Pasta Berkeju Dengan Labu Dan Kentang - Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Amboi nama resepi panjang bebenar kan.
Resepi ni sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
Saya gunakan pasta khas untuk bayi sebab tiada tambahan gula dan garam.
Jom kita share :)


 
Abaikan pic yang tak cantik,periuk belanga huduh tapi 100% bersih :))



Bahan-bahan :

Pasta Baby Heinz
Stgh ulas bawang putih -dicincang*
puree labu*
puree kentang*
Stok ayam*
separuh keping cheese slice* ( saya guna brand Emborg)
olive oil*
Sedikit air*

Cara-caranya :

Rebus pasta sehingga lembut.Toskan.
Campurkan semua bahan bertanda * di dalam periuk.
Masak dengan api perlahan.
Apabila mendidih,gaul sehingga rata.
Tutup api dan campurkan pasta.
Siap untuk dihidang.
Pasta ini juga boleh dijadikan stok puree.



 
ini rupa yang dah dikisar.

 
Ini yang kasar.


Nota :Boleh diberi terus atau kisar terlebih dahulu,terpulang pada penerimaan bayi.Sofea lagi suka resepi ini dikisar sebab cepat nak telan.


Demam Campak/Measles

Assalamualaikum..

Hai..Dah lama tak membebel panjang dalam blog.
Minggu lepas Sofea demam lagi.
Mama dan papa ambil cuti.
Patutlah demam panas sampai tiga hari, Sofea kena demam campak pula.

Korang ada persediaan tak untuk demam campak ni?
Persediaan dari segi mental dan emosi.Persediaan tentang cara-cara penjagaan dan pemakanan.
Saya? Sumpah tak ada.Tak jangka pun Sofea boleh kena demam campak waktu 8 bulan ni.Biar pun demam campak tu tak kira umur berapa.





Apa itu Demam Campak
Campak ini kecil dan dikenali sebagai Measles.Morbili atau campak German.Ianya disebabkan virus Paramyxovirus daripada kumpulan Morbillivirus.Ia sangat mudah menyerang kanak-kanak.

Tanda-tanda/gejala
Demam panas yang berlarutan
Ruam timbul di sekitar dada.
Batuk-batuk, selsema, mata bengkak dan berair
Mata   kemerahan dan berair
Ruam boleh juga merebak ke bahagian lain badan seperti telinga, hidung dan sekitar mata.

Elakkan :
mandi
kena air hujan
menghidu minyak yang ditumis
memakai baju ketika cuaca panas
bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit
cahaya terang kerana ia menyakitkan mata

Komplikasi
Jangkitan pada telinga
Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
Jangkitan pada otak (encephalitis)
Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Petua tradisional
Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh (Sofea minum 1 sudu kecil sahaja)
Ambil beberapa helai daun semambu.Mandikan dengan ramasan daun semambu.
sapukan bedak sejuk untuk menghilangkan kegatalan.

*Rujuklah di klinik/hospital juga perlu untuk elakkan sebarang komplikasi terutamanya bayi bawah setahun.Mereka akan bekalkan calamine lotion dan ubat selesema/gatal untuk mengurangkan atau mengelakkan kegatalan.

 

Eyewear Clearances Sales 2012 - PTIX WORLD

Iklan lagi dan lagi..
Tuan blog memang suka share apa-apa sales dalam ni.
Biar pun tak dapat shoping tapi tetap teruja!!!
Muahahaha...
Siapa-siapa yang nak tukar cermin mata,nak upgrade cermin mata boleh pergi sales ni.murah kot sebab harga serendah RM9.90..FUHHH!!!!








21 November 2012 – 1 January 2013

Eyewear Clearance Year-End Sale


Discounts up to 70% Off




Prices starting from as low as RM9.90

Brands Offered

Ray Bans

Levi’s

Guess

Bonia

Tommy Hilfinger

Seiko

Fila

FCUK

Adidas

CK

Anna Sui

Police

Hugo Boss

Emporio Armani

Esprit

Coach

Gucci

Crocodile

Manchester United

Kappa

Salvatore Ferragamo

Carlo Rino

and more

Visit your nearest Ptix World outlet today and get these irresistible deals.

Perkembangan Sofea Terkini

Semalam badan Sofea panas.Demam pula si kecik ni
Tengahari tu BS ada sms bagi tahu badan Sofea panas.Masa ambil petang tu masih lagi terasa panas.Muka pun tak ada mood.Bibir merah.Mata layu.

Sampai rumah,merengek-rengek tak nak duduk bawah.Nak berdukung.Budak badan tak sihat macam tu la.Akhirnya terpaksa bagi paracetamol.Takut Sofea kena sawan tarik.Teringat lagi cerita mak budak di sebelah katil masa Sofea masuk wad hari tu.Anak dia kena sawan tarik.Ngeriiii..Sementara tunggu papa balik,saya lap badan dia pakai tuala basah.

Bila papa balik dari kerja terus Sofea melonjak-lonjak,menjerit-jerit.Aikkk,hilang ke mana demam tu??Bawa pergi klinik kanak-kanak malam tu juga.Keluar dari kereta,badan dah kebah.Kebah sebab makan ubat atau sebab dapat berjalan ni?hahaha.
Kitaorang tak jadi masuk klinik.Sebab utama,Sofea dah ok.Lagi satu,ramainya orang!!!

Tapi, pukul 4 pagi badan Sofea mula panas lagi.Tiba-tiba muntah.Tak ada pilihan lain,bagi lagi PCM.huhuhuhu..

Alhamdulillah, hari ini Sofea dah sihat.badan dah ok.Dah aktif bermain.

Dua minggu lepas Sofea dah mula panggil mama bila saya jauh dari dia.So sweet!!!!
Bila lapar,dia akan cakap mamamam..Tengah merengek lapar tu boleh berhenti sekejap bila nampak mama dia bancuh susu.Tau saja kan untuk dia.hehehe ^_^

Sofea tengah rajin belajar berdiri.Dah berdiri kemudian lepas tangan.Mampu bertahan lebih kurang 2 minit.Kalau terlebih rajin, dia akan melangkah laju-laju lepas tu capai badan benda dekat dengan dia.Benda tu mama dialah.Good job Sofea!!

Gigi?? Nan ado lagi.Tak apa.Mama tunggu lagi.

Teruja sangat tengok perkembangan Sofea tapi setiap budak perkembangan lain.Janganlah mommies buat perbandingan ye.Ada bahagian yang cepat,ada bahagian yang lambat.


19 November 2012

Resepi Ikan Bawal Kukus Untuk Bayi 10 Bulan

Sekali lagi saya berkongsi resepi ini dari blog saya hot
Sebenarnya resepi ini untuk bayi 10 bulan ke atas tapi saya dah bagi Sofea masa dia 8 bulan.
Saya hanya kukus dengan sedikit halia dan setengah ulas bawang putih.
Nanti Sofea dah masuk 10 bulan barulah nak masak betul-betul ikut resepi ini.


 
pic dari blog saya hot ~


Bahan-bahan: 

seekor ikan bawal putih (perap denga halia yang ditumbuk)

halia (hiris halus)

1 ulas bawang putih

sedikit bawang holland hiris

daun sup

tomato

bunga kubis

lobak merah

capsicum

 

letak semua bahan didalam pinggan, kukus dalam pengukus selama 10-15 minit. siap untuk dihidangkan.

* kalau untk baby 1 tahun ke atas boleh tambah perahan limau sikit.
 
 
 
 
 
lauk tambahan - puree lobak

 
kita posing duluuu.

 
licinnnn.tinggal kulit ikan bawal sahaja.
 

Jadual Solid Foods/Makanan Pejal


Jadual pemakanan ini khas untuk pemahaman lebih senang buat mommies yang baru start nak bagi solid food/makanan pepejal pada anak tersayang.

~ gambar ini diambil dari grup HSFFYB di FB.

Taufufa Untuk Bayi 8 Bulan

Resepi ini saya dapat dari blog blog saya hot..
Sofea start makan taufufa dari umur 7 bulan.Alhamdulillah tak ada alergik dengan soya.
Mari share resepi (resepi ni saya ada ubah sedikit ikut kesesuaian sendiri :) )


Bahan-bahan:

2 sudu besar organic tauhu lembut (saya beli jenama Anzen).

4 biji kurma
 
setengah cawan air

 

- Rebus kurma dengan air sehingga lembut dan kuah memekat.
- Masukkan tauhu,tutup periuk.selepas 5 minit,tutup api.(boleh juga ambil air rebusan kurma. makan dengan tauhu yang sudah dikukus sekejap)
Siap untuk dihidang.





hasilnyaaa..


 
 
 


 
makan sambil bergaya

 
sedaplah mama..senang hati tengok anak makan macam ni.

 
licinnnnn...

 
 

Puree Untuk Bayi

Mari memuree..!!
Anak dah masuk 8 bulan baru mak terhegeh-hegeh nak buat stok puree.
Apa nak buat ,Sofea baru ada selera nak makan selepas sihat sepenuhnya.
Sekarang ni Sofea makan 4 kali dalam sehari.Last makan pukul 8 malam.kekonon supper la tu.ekekeke..


lobak,kentang putih,keledek,labu

 
dah siap kukus

 
hanya lecek.tak perlu blend sebab Sofea dah 8 bulan

 
taraaaa..dalam ice tray.siap untuk masuk dalam fridge.simpam tempat frozen supaya boleh tahan sehingga 6 bulan (tapi puree ni tak sampai sebulan dah habis )

Outing With Sofea














tiga kali outing,tiga kali juga ke Jusco.Macam dah tak ada tempat lain.hahahaha..

16 November 2012

Jangan Riak

Saudara seIslamku,
 
Jangan riak di dunia ini.
Setiap manusia ada bahagian/rezeki masing-masing.
Kaya atau miskin,susah atau senang,sihat atau sakit,kita tetap setaraf sebagai hamba Allah.
Apa yang ada di dunia ini takkan kekal.
Carilah bekalan untuk akhirat.
Salam Jumaat.

09 November 2012

Entri Bergambar

 
kenangan di HTAR..lepas ni jangan datang sini lagi tau.

 
Sofea vs CJ7.aktiviti panjat memanjat dah bermula.



 
ayoookkk..sape buli??
 
 
spidergirl coming!!!

 
anak beranak gedik di depan salun rambut.tunggu papa punya Q gunting rambut.

Kesayangan Kami



Alhamdulillah Sofea beransur pulih.Batuk dan selesema dah berkurangan.